jump to navigation

Timbalan Pengerusi PKR Selangor letak jawatan – Malaysiakini December 31, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini mengumumkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor berkuatkuasa serta merta.
 

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu telah pun dihantar kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, di dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Khalid dan Wan Azizah itu, beliau berkata: “Memandangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat diterajui PKR tidak menilai pandangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya dengan ini memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor.”

Sidang akhbar tersebut diadakan kira-kira lima jam sebelum Biro Politik PKR bermesyuarat malam ini.

Sejurus selepas sidang akhbar yang berakhir dalam masa 20 minit itu, Manikavasagam menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menyertai satu pertemuan yang dihadiri pemimpin-pemimpin PKR nasional.

Pertemuan tersebut sepatutnya diadakan di hotel yang sama di mana sidang akhbar Manikavasagam diadakan tetapi telah diubah di saat-saat akhir.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak meninggalkan parti itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR berkata, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri konvensyen Parvasi Bharatiya Divas di Chennai, India bulan depan.

Ketika di Chennai nanti, Manikavasagam juga akan mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan, P. Waytha Moorthy.

“Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak. Tunggulah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR negeri adalah muktamad.

Ketika ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan malam ini, Manikavasagam berkata, beliau tidak dijemput.

Tambahnya lagi, beliau tidak kisah apa tentang apa jua keputusan yang bakal dibuat Biro Politik itu.

“Kalau mereka nak singkirkan saya pun, saya tidak kisah,” katanya.

Comments»

1. Jon - December 31, 2008

Manikavasagam, lu memang bodoh, sengaja cari isu untuk UMNO-BN mengutuk Pakatan. Lu tak layak lagi jadi YB lagi kerana tindakan u telah merosakkan Pakatan. Berambus lah luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…phuieee!!!!!

2. ramesh - December 31, 2008

Ram-Dec 21,2008

Manikavasagam-Lu bodoh sengaja mau jadi hero,rosakan nama kaum india,you resign as a MP also bodoh.Sengaja bawa isu bus stop sudah ambil duitkah dari barisan.Pegi masuk MIC LAH bodoh.
Baduwa raskul.

3. Malaysia Darul Sampah - December 31, 2008

what is so great about malaysians?

there is not a place in this country that is clean tidy and orderly.

rubbish is everywhere from the drain, pavement the market , housing estate whether its the front or back lane, the food court , the industrial area.

apart from all these nonsense the electrical pole , traffic light pole, telephone pole , signboard pole are all in slanting position.

why is it all those majlis perbandaran from the bottom to the top are not sacked when it is proven they cannot perform all these years.

employ only those who really care about cleanliness and love the environment and reward them dearly.

we voted for change and changes are what we want to see.

4. Pak Ulong - January 1, 2009

Politik tidak menjanjikan kepuasan kepada pemipinnya. Jika apa yang disuarakan atau tuntutan tidak dapat dipenuhi jangan terlalu emosinal hingga hilang arah dalam perjuangan. Pemimpin seharusnya belajar untuk bersabar didalam memperjuangkan nasib rakyat. PKR adalah sebuah perti politik yang masih muda dan lagi parti untuk semua bangsa tak kira agama dan keterunan. Seharusnya pemimpin PKR mempunyai satu etika dalam memperjuangkan nasib rakyat. PKR tidak boleh ada pemimpin yang hanya berjuang untuk bangsanya sendiri. Jika pemimpin PKR orang melayu, maka janganlah pemimpin tersebut memperjuangkan nasib orang melayu sahaja. Jika ini berlaku maka pemimpin dari bangsa lain akan melakukan perkara yang sama. Pemimpin india akan perjuangkan nasib orang india dan pemimpin cina akan perjuangkan nasib orang cina. Apabila tuntutan untuk satu kaum tidak dapat dilaksanakan , maka akan berlakulah pergolakan seperti mana yang berlaku diantara MB Selangor dengan MP Kampar.
Sedikit ketidak kepuasan pada diri , ugut mengugut akan berlaku. Ini adalah kerana kekuatan pihak kerajaan dan pihak pembangkang sama sama kuat dalam mempengaruh Ahli Yang Berhormat untuk beralih arah. Contoh yang nyata adalah dalam permasaalahan Parti SPPP. Ketuanya tahu kerajaan BN tidak kuat dalam parlimen , maka kesempatan diambil dengan membuat berbagai tuntutan. Bila mana tuntutan tidak dapat dilayan maka keputusan diambil untuk keluar dari gabongan Barisan Nasional. Akibatnya yang rugi adalah rakyat. Maka itu jika pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor seharusnya ada titik nota. Jikanya berterusan maka yang rugi adalah rakyat khasnya dan negara amnya. Pemimpin politik seharusnya menpunyai maruah dan harga diri. Jangan diri dijadikan alat untuk dijual beli. Jangan jadi macam pemimpin UMNO yang baru baru ini menyertai PAS. Pemimpin semacam itu tidak layak untik menjadi pemimpin. Parti parti politik diMalaysia seharusnya mempunyai garis panduan untuk menerima keahlian seseorang. Jangan hari ini ahli UMNO , esok lusa ahli Pas. Pemimpin semacam itu hanya layak untuk menjadi pemimpin pada kera kera yang berkeliaran dihutan. Dan lagi jika ada pemimpin yang boleh dibeli oleh parti lain, seharusnya pemimpin tersebut dibogelkan dikhalayak ramai agar menjadi tauladan pada pemimpin yang lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: