jump to navigation

UMNO sendiri akan sabotaj Wan Farid – Malaysiakini December 26, 2008

Posted by nikmj in By election, General, malaysia today, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , , ,
trackback

BELUM pun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.

Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun ‘najis yang melekat’ kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.

Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya ‘mengamankan’ kelompok yang bertelagah.

Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.

Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih ‘bengang’ dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi ‘elit’ tetapi tidak membantu kempen.

Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai ‘sabotaj’ kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.

Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana ‘signal’ berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.

Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, ‘sabotaj’ rakan baik menantu PM itu pada 17 Januari ini.

Wan Farid juga pastinya ‘tahu’ perkembangan ini, namun ‘alang-alang’ telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.

Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena dengan selera mereka.

Lihat sahaja fakta dalam pilihan raya umum lalu ahli Umno secara ‘borong’ memangkah calon Pakatan Rakyat untuk menzahirkan kemarahan kepada Umno yang hancur kerana ditadbir Abdullah Ahmad Badawi dengan nasihat ‘tingkat 4′.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui senario yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu yang akhirnya menjerumuskan Umno kepada keparahan.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan mengulangi senario yang sama, pastinya kubu kuat Umno itu bakal disabotaj oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Wan Farid.

Angin perubahan sudah mula bertiup, kalangan pemimpin bawahan Umno di Kuala Terengganu sudah mula mengkritik dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Seperti kata seorang pemimpin Umno tempatan, BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

“Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50,” katanya.

Malah BN juga perlu memikirkan faktor lain seperti pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

Paling menjelekkan mata pengundi pastinya personaliti Wan Farid yang dianggap “elit” menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Pengundi juga dikatakan mula membandingkan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dengan bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Razali Ismail, yang diibaratkan “langit dengan bumi”.

Ihsan Malaysia Today

Comments»

1. Subahir Taib - December 26, 2008

UMNO cuba belajar dari kesilapan lalu di Permatang Pauh kerana lewat menamakan nama calonnya. Lalu nama Wan Farid awal-awal lagi diumumkan untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu; walaupun beliau bukannya calon yang dianggap paling layak dan mendapat restu majoriti ahli UMNO untuk kawasan parilmen Kuala Terengganu. Dengan kata lain, UMNO ada masalah calon yang akan memberi kesan kepada kemenagan parti itu nanti. Peliknya, Wan Farid sendiri siang-siang memukul canang dengan mengatakan PAS yang menghadapi masalah calon. Dari segi perang psikologi, tidakkah tindakan UMNO dan Wan Farid itu bukan sahaja kebudak-budakan, malah mendedahkan kelemahannya yang sukar dibendong?

2. masminkadad. - December 28, 2008

utk merebut kemenangan KT, sebaiknya KJ direhatkan dulu dr berkempen, ramai Ust.2 KT yg sesuai berkempen di msyrkt.Demikian pula wanita UMNO dgn karekter pimpinannya sprti Rafidah dan Shrizat + Azalina. Jujur saja org berjiwa agama plus faham agama KT dan di manapun di Malaysia faham betul bhwa type pemimpin wanita secara zahir x demikian krakternya. Gimana mungkin mo jdi contoh kpd wanita2 KT yg tenang wajahnya,bercahaya wajah mereka oleh pancaran iman n oleh ketinggian ilmu pengetahuan agama dpt menerima krekter pimpinan wanita Islam ASPAL (asli tapi palsu).Secara peribadi sy x rela anak gadis sya dipimpin katakanlah Azalina,Srizat,Fidah(maaf). Sebaiknya wanita UMNO itu sudah jauh kehadapan lebih baik amalan agama mereka tapi klu yg paling asas mengenakan penutup kepala sahajapun ibarat pakai tali keledar shja ya gimana mo jdi model pimpinan yg mo pertahankan agama,bangsa & Negara. Sy kira penyukat iman itu adalah zahirnya.Tapi ya faham2 saja, UMNO di Sabah ri Jumaat pakai jubah mcm Nik Aziz dgn Tasbih, tpi mlm minggu diusung pulang krna mabuk alkohol. Ah,,mudahan KJ tdk demikian. apalagi Pemuda UMNO, kita2 inikan pemimpin bangsa,agama dan Negara. Puteri2 UMNO juga jgn demikian dong, klu sampai mabuk2an alkohol,pakai2 yg seksi segala yg xda lngsung ciri beragama Islam wah gimana sy berani n rela anak gadis sy diakrabkan dgn mereka yg gitu-gituan. Pendeknya, biarlah Ust Datuk Dr. Abdullah Mohd Zain yg ngatur siapa kempenernya. Klu abang Najib juga yg ceramah politik org akan cepat tergambar muka tantuya secara x sengaja.Maaf bang JIB, jujur ni. Dgn demikian ada rembesaan dari tenggorok menolak kuat keluar ke mulut ketika mendengar bang jib Pidato. Pidato saja rasa2, mo kursus dgn Ust. Asnawi UKM, Belajar Art Of Speech, (Al-Fannu Fil Kalam) Ah Ust Zain pun tahu tu. Akhir sekali, sebagai tips, agar type n karekter pemuda/wanita yg kurang cocok menurut k/mata Islam, xyahlah gi KT. Pengundi KT, bila lihat wanita/pemuda PAS yg serba cocok dgn Islam pasti negetif jdinya kpd UMNO. Dollah dah beri nasihat2 jaga imej ketika di KT. Ertinya dolah faham krekter style of life bwhnnya (ya TST-lah). Amalan rasuah (ang-Pau) msa kempen rasa2 x sesuai.Yg u berikan itu kan orang berotak. Yg sesuai tu ialah calun n karekternya-pas atu x pas- cocok atau sebalikya. Umno akan mengalahkan diri mereka sendiri- carilah factur dlmn n selasaikan. Detec awal lebih baik. UMNO pd masa ini hanya 30% menang. Gunalah semua kekuatan yg ada, intelegent tentra,kemas,kafa, k/tgn jabatan itu hnya merepotkan KT.Wal-hasil kembalilah kpd fitrah mendekati pngundi KT. Wan Farid xyah lagi ada kes guna peluru. Itu gambaran x bijak pimpin KDN. Mudah2an Umno menemukan dirinya sebagaimana UMNO menemukan diri mereka di Permatang Pauh sebelum ini.

3. masminkadad. - December 28, 2008

Salam, baru sebentar tadi, kasian bang Wan Farid, anak2 tahanan ISA mo gi sekolah xda persiapan.Ibu2 anak2 ni x mampu cari rezki gara2 suami2 mereka masih dlm tahanan ISA. Kenapa sih bang Wan, suka thn2 orang x bicara. Guna dong Wan, mahkamah yg kita dirikan di perlembagaan itu. Masa bang Wan x punya rasa manusia walau sedikit. Pak Med tu kan emosi orgnya.Layaknya UMNO tu mengagama dlm dirinya. Beza dong Pak Med,mengancam UMNO dgn mengancam keselamatan negara. pantas yg benar tu,klu masih dlm wilayah isu politik kepartian ya itu sah2 saja dlm demokrasi.Nga usahlah krna mempertahankan parti mo tangkap segala macam dengan alasan “berketiak ular”. Anak2 tahanan ISA tu jgnlah sampai dibenci juga.Kesihan dong mas.Kak Fidah,Rizat,dan segala yg dlm UMNO tolong dong anak2 mereka.Masa kita yg pembela agama,bangsa negara x turun bantu.Cpt2 deh KJ hantar bantuan.Selasaikan anak2 mereka dulu. Ayuh dong Puteri UMNO, kan kita juga pernah jd orng x punya, masa Saniza sedang nenyak lena di hotel Juta keningau,makan angin keliling Sabah entah apa program, yg kecil2 hal begini xdiselasaikan. Adikku Sahaniza, bantu dong jngn tangguh2 lagi. ayuh???. Nah, satu hal lain yg lucu bagi sya, PakLah kan mo perang rasuah, S/jaya Anti Rasuah dahpu lulus, jujur ni paklah AngPau blum p/Raya KT nga pernahkan disogok2 gitu2.Masa sekarang ni tiba2 ada Ang Pau utk pengundi Cina. Tiba2 ada projek sana-sini,Tiba Royalti minyak Pusat mo bayar.Ah pak Lah! benerin dong pak. gi mana rakyat Malaysia mo percaya klu gitu2 terus2an. Rasuah2 yg sudah tersebati dgn UMNO-jgn marah dong-kan Pm juga kata gitu,Tun juga,Rais juga kata gitu=sy sgt optimis tebal rasuah dlm UMNO itu x mampu diperangi walau dgn segala macam cara.Manusia UMNO yg bertahun2 lamanya makan rasuah itu telah menjadi tubuhbadannya,anakpinak, segala keponakannya, segala macainya.wah! gi mana mo hapus rasuh dari atas sampai ke bawah hidup dgn rasuah.Tobat dong Pak Lah. Lu cakap talak selupa bikin oh,mcmna org percaya. Serang rakan Senator membisikkan saya,” klu mo perang rasuah,haramkan semua parti menerima keawangan dari luar.yg ada hanya wang bayaran bulanan ahli sahaja”Tapi klu Parti UMNO masih menerima uang luar ini menengless”ujarnya. Ayuh! pak lah jujur dong..”Belajarlah jujur sejak lahir” dong lah!

4. UMNO cuba belajar dari kesilapan lalu di Permatang Pauh kerana lewat menamakan nama calonnya. Lalu nama Wan Farid awal-awal lagi diumumkan untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu; walaupun beliau bukannya calon yang dianggap paling layak dan mendapat re - January 6, 2009

[…] UMNO sendiri akan sabotaj Wan Farid – Malaysiakini December 26, 2008 […]

5. orgtrgkite - January 7, 2009

biasa la… PAS sendiri pun kelam kelibut…

Yang diharapkan Dr Syed Azman, tp tiba2 hj hadi tertukar poket, terambil sampul Wahid Ndut…

tak tau la…banyak sangat nama dalam poket atau banyak sangat poket yang ada satu nama je…

rupanya selama ni yg ada dalam poket haji hadi hanya nama wahid ndut je…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: