jump to navigation

Ku Li mahu pemilihan UMNO ditangguh kerana politik wang – Malaysiakini December 24, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat pemilihan parti pada Mac depan wajar ditangguhkan jika siasatan berhubung aduan politik wang tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh.

 

Tegas beliau, jika Umno mahu terus bertahan dan kekal sebagai parti yang masih relevan dalam politik arus perdana, kesemua kes aduan politik wang yang didakwa berlaku sepanjang proses pencalonan lalu perlu diselesaikan sebelum pemilihan.

 

Pencalonan jawatan tertinggi parti berakhir awal bulan lalu kecuali lima bahagian dan pemilihan sepatutnya diadakan bulan ini tetapi telah ditunda hingga Mac depan.

 

Dalam temu bual dengan Astro Awani semalam, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu tidak menolak kemungkinan dalam 800 kes politik wang yang kini disiasat Lembaga Disiplin, mungkin terdapat calon bakal pemimpin, yang turut dikaitkan dengan kes rasuah sepanjang tempoh pencalonan lalu.

 

“Kredibiliti pemilihan itu akan dipersoalkan. Orang yang terpilih nanti tidak akan mempunyai legitimasi, tidak mempunyai kedudukan yang wajar kerana pemilihan dibuat secara tidak betul dan tidak adil.

 

“(Ia) akan dipertikaikan selama-lamanya dan ini tidak boleh membawa kestabilan kepada parti. Orang akan terus mempertikaikan kedudukan pemimpin seumpama itu, apatah lagi kalau dia berkuasa, membuat keputusan-keputusan menyentuh kepentingan rakyat.

 

“Maka keputusan yang dibuatnya nanti akan dipertikaikan juga kerana pemilihannya tidak dibuat dengan cara yang baik. Ini semua merosakkan dan boleh membawa akibat yang buruk,” kata beliau yang pernah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno kali ini.

 

Beliau hanya memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri.

 

Jawatan Presiden dimenangi tanpa cabaran oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak manakala jawatan Timbalan Presiden akan menjadi saingan tiga calon iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

 

Sebelum ini, Lembaga Disiplin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menyiasat aduan membabitkan calon jawatan Timbalan dan Naib Presiden.

 

Dalam temu bual dengan mStar Online bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, setiap kali ada pemilihan gejala politik wang semakin buruk dalam Umno.

 

Pun begitu, jelas beliau, kali ini jumlah aduan yang diterima kira-kira 900 kes iaitu lebih dua ganda berbanding ketika 2004, tetapi bukan seratus peratus di bawah Tata Etika Umno, sebaliknya hanya 40 hingga 45 peratus.

 

Justeru, Tengku Razaleigh berkata, Perlembagaan Umno perlu dipinda untuk mengeluarkan semua peruntukan yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan dan Perlembagaan Persekutuan.

 

Malah, beliau juga mengesyorkan supaya keanggotaan dalam Lembaga Disiplin Umno yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat salah laku anggota dipilih dalam perhimpunan agung parti.

 

Ketika ini badan terbabit terletak di bawah Majlis Tertinggi, yang menubuhkannya sebagai badan berkecuali dalam parti.

 

“Kalau dia ini adalah lantikan Majlis Tertinggi, dia bertanggungjawab kepada Majlis Tertinggi, dia pun duduk di bawah Majlis Tertinggi sedangkan ada yang melakukan rasuah ini daripada kalangan ahli Majlis Tertinggi… barangkali.

 

“Jadi, bagaimana hendak harapkan Lembaga Disiplin yang dilantik oleh Majlis Tertinggi hendak bertindak terhadap Ahli Majlis Tertinggi, misalnya…,” katanya lagi.

Comments»

1. Ahmad SP - December 24, 2008

Tepat ujar Ku Li kali ini , kita sokong ikut lunas undang2 Malaysia. Kalau benar2 “BPR” telah berubah kita lihat apa mereka buat bukan apa yang mereka ucapkan.

2. Pak Ulong - December 24, 2008

Jika kita mahukan tindakan diambil pada UMNO dalam permasaalahan politik Wang , maka seharusnya UMNO diharamkan. Ini adalah kerana semua pemimpin UMNO mengamalkan politik wang. Politik wang dalam UMNO berlaku pada setiap tahun. Yang dimaksukan oleh saya ialah tentang yuran keahlian yang mana para ahli seharusnya bayar kepada UMNO. Selama yang saya ketahui , ahli UMNO tidak pernah membayar yuran keahlian mereka. Ini adalah kerana selalunya yuran keahlian akan dibayar oleh pucuk pemimpin bahagian. Tanya kepada mana mana ahli UMNO , mereka akan mengatakan bahawa yuran keahlian tidak pernah dibayar oleh mereka sendiri. Siapakah yang membayar wang tersebut? Tentu ianya dibayar oleh ketua bahagian. Jika wang tersebut dibayar oleh ketua bahagian , maka bermulalah istilah politik wang. Biar pun nilainya tidak sebesar mana namun perkara yang terjadi seperti membayar wang keahlian adalah merupakan politik wang. Jesteru itu seharusnya UMNO melihat tentang fenomena politik wang dalam semua aspek bukan sahaja terhadap mereka yang bertanding untuk jawatan tertinggi parti. Dalam keadaan hidup yang mana wang adalah semuanya , maka apa jua perkerjaan yang hendak kita suruh orang lain lakukan mesti dengan membayar upah. Oleh itu jangan lah UMNO membangkitkan tentang politik wang dalam pemilihan UMNO. Wang adalah segalanya untuk manusia selagi manusia menjadi hamba pada wang. Jika perkara asas seperti yuran keahlian pun dibayar oleh ketua bahagian , maka janganlah ada pihak dalam UMNO yang hendak mencari kebenaran tentang politik wang. Politi wang telah menjadi perkara yang harus dalam UMNO yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri. UMNO rosak adalah kerana pemimpinnya bukan kerana ahli bawahan. UMNO yang ada sekarang bukan seperti UMNO pada awal penubuhan nya dahulu. Pemimpin dahulu bermati matian untuk menjaga UMNO tapi pemimpin UMNO sekarang bermati matian untuk merebut jawatan agar senang untuk membuat duit. Mengunakan kedudukan yang ada untuk mendapat projek bernilai jutaan ringgit bahkan ada yang memecah berbilon ringgit. Tidak ada lagi perjuangan untuk agama ,bangsa dan negara dalam kamus pemimpin UMNO. Yang ada hanyalah perjuangan untuk menjadi kaya raya pada diri sendiri serta ahli keluarga dan rakan. Hinggakan ada bangsa yang peratusnya tidak berapa puloh didalam negara berani untuk mempertikaikan tentang hak dan kedudukan orang melayu pada ketika ini. Bangsa lain dalam negara sudah tidak takut untuk mengatakan tentang bab bab orang melayu ini adalah kerana mereka tahu yang pemimpin orang melayu sudah tidak lagi memperjuangkan nasib bangsanya. Yang mereka (pemimpin melayu) perjuangkan hanya untuk diri mereka dan keluarga serta rakan taulan.

3. Dagens IT-nyheter | Vlkommen Webbutveckling AB - December 26, 2008

[…] sorterat på plattformMac Ku Li mahu pemilihan UMNO ditangguh kerana politik wang – Malaysiakini – Bloggsfären politik Konceptbild på nya Mac Mini – IDG.se Konceptbild […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: