jump to navigation

Calon PAS PRK P36 akan diumum 1/1/09 – Malaysiakini December 23, 2008

Posted by nikmj in Buletin Online, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

 

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita15/pctokguru2112.jpgKuala Terengganu – PAS akan mengumumkan calonnya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada satu majlis besar-besaran di Stadium Negeri 1 Januari depan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada satu sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

“Saya menerima calon yang disenaraikan oleh pihak negeri (Terengganu).InsyaAllah, nama calon itu akan diumumkan pada 1 Januari 2009 depan bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu. 

“Nama ada satu sahaja yang akan bertanding. Kita (PAS) mempunyai ramai calon-calon yang layak bertanding dan kita (PAS) mengambil kira dari semua aspek untuk memberi kemenangan kepada calon itu,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah ‘dalaman’ (berebut) serta mendapat kerjasama sepenuhnya.

Menurutnya, calon yang akan diketengahkan oleh PAS adalah calon yang lebih layak dari Barisan Nasional (BN) bagi mewakili rakyat di Parlimen.

“Kita (PAS) tidak mengalami masalah ‘dalaman’ dan kita dapat menjalankan kerja dengan padu dan semua jentera memberi kerjasama sepenuhnya. Siapa sahaja yang dinamakan untuk jadi calon. 

“Kita (PAS) akan umumkan calon yang lebih layak dari calon Barisan Nasional (BN). Calon PAS itu dapat restu dari Pakatan Rakyat. Kita tidak ada masalah dan dia (BN) ada masalah calon sebab itu dia umumkan lebih awal,” jelasnya. 

Justeru itu, Dato’ Seri Abdul Hadi yakin calon PAS boleh menang dan diterima oleh para pengundi di P.36 Kuala Terengganu berdasarkan ketokohan, profesional serta berjiwa rakyat.

“InsyaAllah, boleh menang sebab Kuala Terengganu adalah salah satu dari tempat yang kita (PAS) kuat. Aspek ketokohan, profesional dan lapangan yang boleh diterima oleh rakyat. 

“Kita (PAS) sudah ada calon dan sudah ada dalam poket saya. Calon PAS sudah bersemangat dari sekarang tanpa diumumkan calon lagi,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Ketua dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: