jump to navigation

BN Terengganu bakal kehilangan 2 kerusi Timbalan Menteri – Malaysiakini December 23, 2008

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, National, news, utusan malaysia.
Tags: , , , ,
trackback

Dikala pagi ini Datuk Wan Farid mengangkat sumpah sebagai Senator yang membolehkan beliau terus menjadi Timbalan Menteri KDN, hak dan nasib rakyat Terengganu terus diperjudikan oleh BN.

Jika sebelum kematian Datuk Razali rakyat Terengganu mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang wakil sebagai TM, seorang diKDN dan seorang diKPM, dua minggu lagi kedua-dua kerusi tersebut akan kosong.

Apakah BN Terengganu kekurangan wakil untuk dicalonkan diKT? Mengapa memperjudikan nasib Wan Farid seorang senator dan TM sedangkan bekas MP diKT juga seorang TM? Apakah ini suatu agenda politik untuk mengurangkan hak bersuara rakyat Terengganu didalam kabinet Malaysia?

Jika Wan Farid tewas maka sah 2 kerusi TM untuk Terengganu hilang. Risiko ini telahpun diakui Wan Farid sendiri. Jika menang pun, belum tentu Wan Farid akan terus diangkat menjadi TM.

Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail di Genting Highlands pada 28 November lalu.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan perdana menteri ketiga, allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun. 

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid, yang ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil tersebut.

Wan Ahmad Farid, 46, bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London merupakan anak jati Kuala Terengganu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan exco Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.

Pada 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Jadi apa keuntungan atau kelebihan yang rakyat Terengganu akan dapat dengan percaturan politik BN diKT ini? Atau adakah mungkin Wan Farid sendiri akan memperolehi keuntungan luar biasa dengan melepaskan jawatan senator dan bertanding diKT?

Wallahua’lam….

Comments»

1. GoMalaysian - December 23, 2008

Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

2. ekramhakim - December 25, 2008

politikus yang penuh dengan musliat..tengok jer la nnti…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: