jump to navigation

Mawi’s Wedding of the year – Malaysiakini December 22, 2008

Posted by nikmj in Entertainment, islam, malaysiakini, Mawi, mstar, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

 

Pengantin baru Mawi dan Ekin sedang melayari kehidupan manis suami isteri. -foto The Star, Bernama dan Utusan

 

BUKAN mudah menjadi Asmawi Ani semuanya perlu dikongsikan bersama media dan ribuan peminat-peminatnya di seluruh negara.

 

Sabtu lalu, termeterai sudah ikatan suci antara Mawi dan Ekin apabila pasangan popular ini sah bergelar suami isteri.

 

Biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Ekin, Mawi tetap tegar mengenepikan semua perkara yang disifatkan tidak benar mengenai kekasih hatinya apabila dengan sekali lafaz pasangan sama cantik dan sama padan ini selamat diijabkabulkan di masjid Sultan Abu Bakar, Sabtu lalu.

 

Pihak romobongan pengantin lelaki membawa 9 dulang hantaran berupa cek bernilai RM30,000, senaskah Al-Quran, tas tangan, jam tangan, alat solek dan set pewangi kek dan sirih junjung beserta mas kahwin RM22.50.

 

Sementara pihak perempuan membalasnya dengan 11 dulang hantaran berupa, jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah, songkok, senaskah Al-Quran ,set pewangi, kek buah-buahan, coklat dan sirih junjung.

 

Dalam sesi sidang media yang berlangsung sebaik upacara akad nikah berakhir, si pelantun lagu Kian ini nyata ceria dengan senyuman manis yang tidak lekang terukir dibibirnya.

 

“Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana semuanya berjalan lancar dan Ekin hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

 

Bagi Mawi ketabahan dan kesabaran isterinya itu membuatkan makin mendalam kasih sayangnya buat pemilik nama Nora’ Ashikin Rahmat.

 

“Dia terlalu istimewa. Paling membuatkan saya terharu pengorbanannya ketika kami berkawan dulu. Dia banyak bersabar dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Sama cantik dan sama padan – pengantin baru Mawi dan Ekin.

 

“Saya tahu bukan mudah untuk laluinya dan dia yakin untuk menepis segala perkara tersebut. Ini buatkan saya makin sayang kepada Ekin,” ujarnya sambil melemparkan senyum mesra buat isteri yang baru dinikahinya.

 

Ditanya apakah perasaannya tanpa kehadiran lelaki bergelar ayah dihari perkahwinannya, penyanyi popular ini tenang menjawab soalan tersebut.

 

“Memang sedih, tapi nak buat macam mana. Sebenarnya beberapa hari sebelum bernikah saya kerap mimpi arwah ayah. Beberapa kali saya alami perkara yang sama.

 

“Saya ingat betul-betul ayah datang dan berbual-bual dengan saya tapi bila saya terjaga itu mimpi rupanya,” katanya tenang biarpun sebak.

Mawi ingin Ekin sentiasa berada di sisinya.

 

Bagi Mawi biarpun tanpa kehadiran ayahnya dia yakin doa dan restu ayahnya akan tetap mengiringi perkahwinan yang baru dibina bersama Ekin.

 

Sementara itu, bagi Ekin dia sangat bersyukur akhirnya dia berjaya bergelar isteri kepada Mawi.

 

“Saya menangis hari ini kerana tak sangka lepas pelbagai dugaan dan halangan yang dihadapi sebelum ini kami kahwin juga akhirnya.

 

“Saya sudah tak kisah dengan apa jua yang orang nak katakan selepas ini kerana saya rasa keputusan berkahwin dengan dia (Mawi) adalah yang terbaik,” ujar Ekin yang pernah menjadi model sebelum ini.

 

Karier seni

Terpancar riang tawa kedua mempelai ketika menjawab soalan ‘nakal’ daripada media.

 

Biarpun sudah berumah tangga, bagi penyanyi yang bakal berentap pada Anugerah Juara Lagu ke-23 ini karier seninya akan tetap diteruskan seperti biasa.

Diari Cinta berlatarkan gambar Mawi dan Ekin kini dijual di pasaran.

 

“Tiada yang berubah semuanya sama. Cuma saya akan kembali bekerja pada 1 Februari depan selepas balik bercuti untuk uruskan majlis resepsi kami,” katanya.

 

Ditanya mengenai perancangan masa depan selepas bergelar suami kepada Ekin, juara AF3 ini berkata dia mahu isterinya menjadi pengurus kepada karier seninya.

 

“Dia (Ekin) akan jadi suri rumah tangga sepenuh masa dan untuk elakkan fitnah yang bukan-bukan saya akan bawa dia ke mana-mana majlis.

Ciuman sayang Mawi terhadap Ekin.

 

“Dia juga akan jadi pengurus, perunding imej dan macam-macam lagilah untuk saya,” kata Mawi dalam nada ceria.

Gelagat malu-malu Mawi yang masih kekok bersama Ekin ketika upacara membatalkan air sembahyang.

 

Menurut Mawi lagi, dia akan membuka butik muslimah buat isteri tercinta.

Pasangan sama cantik sama padan ketika majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru.

 

“Butik muslimah ini akan jadi peneman dan pengubat kebosanannya,” kata Mawi.

 

Ekin disebelah hanya tersenyum mesra dan mengiyakan kata-kata suami tercinta.

Upacara memotong dan menyuap kek.

 

Bagi pelakon drama bersiri hanya Kawan ini, dia menerima apa jua perancangan suaminya itu.

 

“Saya tidak kisah, saya akan ikut sahaja. Kalau duduk di rumah pun seronok. Lagi pun saya suka masak,” ujarnya ceria.

 

Nafi perkahwinan ditaja sepenuhnya

Tak lekang senyuman di wajah Mawi dan Ekin saat upacara persandingan.

 

Biarpun telah puas bintang AF3 ini menepis dakwaan perkahwinannya ditaja sepenuhnya, masih ada pihak yang terus memperkatakannya. “Mana ada mereka taja seratus-peratus. Saya tak nafikan memang ada pihak yang taja perkahwinan ini tapi bukan semua. Malah ada yang beri potongan istimewa pada kami sempena majlis ini,” ujarnya ringkas.

 

Mahu anak berderet

Kek perkahwinan Mawi dan Ekin.

 

Soalan wajib mengenai anak pasti ditujukan bagi setiap artis yang baru bermuah-tangga dan Mawi tidak terlepas daripada diajukan soalan berkenaan.

 

“Kami tidak merancang apa-apa. Kalau ada rezeki dapat anak cepat saya lagi suka. Lagi ramai lagi bagus.

 

“Kalau dapat anak kembar lagi seronok. Sekali dapat dua orang, kalau empat ke lima kali kembar lagi best nanti boleh dapat anak berderet,” ujarnya ceria.

Pelamin rekaan Naz The Great Ideas menaikkan seri dan aura perkahwinan Mawi dan Ekin.

 

Si isteri di sebelah hanya tergelak mendengar apa yang diperkatakan sang suami.

 

Jelas pasangan yang sama cantik dan sama padan ini mereka akan berlepas ke Korea sebagai destinasi bulan madu mereka. Selepas itu jika punya kelapangan masa, pasangan ini akan Syria tempat yang menjadi saksi momen indah Mawi melamar Ekin untuk menjadi suri hidupnya.

 

Pasangan pengantin baru ini akan disandingkan sekali lagi pada majlis bertandang pihak pengantin lelaki pada minggu hadapan di kampung kelahiran Mawi di Felda Taib Andak.

 

Dijangka 15,000 peminat akan membanjiri majlis resepsi yang bertemakan adat orang Jawa dan akan diserikan dengan persembahan konsert Mawi bersama-sama rakan-rakanya dalam Akademi Fantasia.

 

Dan majlis resepsi yang ketiga berkonsepkan Timur Tengah akan diadakan di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari depan dan dikhaskan untuk teman-teman rapat serta orang kenamaan kedua mempelai.

 

Comments»

1. Dave - December 22, 2008

Who Bloody Cares

2. melisa - December 22, 2008

blog artis?please post to utusan malaysia/utusan online pakcik?

3. dragon - December 22, 2008

what waste of money. i m sure alot of poor kids would have benefitted from this sandiwara.i don t think mawi is great singer at all.

4. sultan - December 22, 2008

mawi is a worse singer i never seen for a malay artis in my life…what a waste of money and time.

5. Sebby - December 22, 2008

aku setuju ngan dargon!

6. nikmj - December 22, 2008

Even TGNA had invited Mawi for show in Kelantan…. so he must be somebody interesting enough…

Dragon, Sebby, Sultan …..Many people say so bad about Mawi… but then the SMSes favor him..

Melisa … This is my blog…. while I accept any comments… its still up to me to decide what article to be published…. I have no control over utusan, OK my dear…

Anyway, thanks for your comments… I believe once in a while cerita artis should be included in my blog as most of the commentors and visitors who left traces are those who are looking for hot story pasal artis… The one looking for politics seldomly leave traces or comments that sometimes spur my gut to write more on the issue…

7. Kak Ana - Kluang, Johor - December 22, 2008

Selamat Pengantin Buat Mawi & Ekin…. Semuga sabar dalam apa jua cabaran yang mendatang…dan semuga kekal hingga ke akhir hayat..
Amin…

8. Pak Ulong - December 23, 2008

Sesungguhnya perkahwinan itu satu perkara yang baik. Maka sama samalah kita berdoa agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Namun dalam apa jua perkara yang kita lakukan jangan lah ianya terlalu berlebih lebih. Jika perkara berlebih lebih dilakukan maka ianya akan mendatangkan sikap sombong dan bongkak. Dengan keadaan ekonomi yang lembab maka pembaziran seharusnya tidak berlaku dalam melakukan perkara yang dituntut oleh agama seperti perkahwinan. Dan janganlah terlalu inginkan glamour maka perkara perkara yang dilarang oleh agama dilakukan tanpa menyedarinya. Sesungguhnya tiada istilah “wedding of the year” pada pasangan islam yang melangsungkan perkahwinan. Jika pun Mawi menjadi kegilaan orang ramai , pihak pihak yang tertentu janganlah mencari keuntungan dalam perkara yang dituntut oleh agama.

9. gun - December 23, 2008

Syukur Allhamdulillah untuk Mawi dan juga Ekin yang telah selamat diIjabkabulkan sebagai suami isteri pada 20/12/2008,semoga direstui dan diberkati oleh ALLAH S.W.T,serta semoga berbahagia hingga keakhir hayat…………………AMIN.

10. Sebby - December 23, 2008

aaaaerr…. bernas kata2 ko Pak Ulung! itulah yang kami tak suka..
telebih2 sangat.. bukan kami tak suka mawi! tapi perbuatan orang yang mengagung-agungkan nya itulah yang kami benci….

11. miaw-miaw - December 25, 2008

Boring couple, boring wedding. The whole thing is BORING!!!

12. Suleiman Bin Abdullah - December 26, 2008

Assalamualaikum,

KEPADA PASANGAN PENGANTIN BARU MAWI & IKIN KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA ,MUDAH-MUDAHAN PERKAHWINAN INI AKAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT. SATU PESANKU KEPADA PENGANTIN..JAGALAH MARUAH EMAKBAPAK DAN NAMA BAIK AGAMA KITA.KERANA ISLAM TAK MENGALAKAN PERKAHWINAN YANG MELAMPAU-LAMPAU..KERANA KITA TAKUT…ORANG YANG MELAMPAU-LAMPAU AKAN BANYAK PEMBAZIRAN…KERANA MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN.

13. Noname - December 26, 2008

Dengar.. dengar..

Dia terlalu istimewa. Paling membuatkan saya terharu pengorbanannya ketika kami berkawan dulu. Dia banyak bersabar dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepadanya

** huh.. kalau aku pon .. nak dapat ikan paus besar.. aku tahan sabarrrr la jugak… sapa tak nak berlakon live lagi..

14. sayang n cayang - February 26, 2009

CONGRATESSSSS TO MAWI N IKIN………….
SMOGE BAHAGIA N CEPAT2 DAPAT ANAK KEMBAR.HUHUHU…….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: