jump to navigation

Norman sah cerai Abby talak satu – Malaysiakini December 18, 2008

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, General, malaysiakini, Memey Suhaiza, mstar, National, Norman Hakim.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

             Abby ditemani pelakon baru Zul Ariffin di Mahkamah Syariah pagi tadi.

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad.

Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.

Ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah, Norman mengakui beliau gagal mengawal perasaan semasa mula-mula hendak melafazkan talak.

“Bukan mudah saya nak lafazkan cerai kepada dia (Abby) kerana banyak perkara yang telah dilalui bersamanya.

“Saya teringat kembali di awal perkahwinan kami sehingga mempunyai anak-anak, semua ini membuatkan saya gagal mengawal emosi.

“Namun, Alhamdulillah, setelah saya berjaya menenangkan diri, baru saya dapat lafazkan talak kepada Abby,” kata Norman dalam nada sedih.

Biarpun sedih dengan perpisahan itu, Norman akur dengan ketentuan takdir dan Ilahi.

“Saya akur dengan ketentuan qada dan qadar. Semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini.

 

“Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan anak-anak tetap dapat kasih sayang daripada bapa dia sendiri,” ujarnya.

 

Ditanya mengenai bagaimana hubungannya bersama Abby selepas berakhirnya rumah tangga mereka, Norman berkata, dia selalu mengharapkan terbaik untuk bekas isterinya itu.

 

“Kita mengharapkan segalanya yang terbaik. Kita ambil peluang sekali dalam kehidupan ini jadi kita tak nak memutuskan silaturrahim dan kita fikirkan masa depan untuk anak-anak,” katanya yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas.

 

Sementara itu, Abby yang ditemui pemberita menyifatkan keputusan yang dicapai pada hari ini sebagai perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak.

 

“Sebagai manusia saya maafkan dia (Norman), tapi saya tak berani janji saya boleh betul-betul baik dengan dia.

 

“Saya terpakSa ambil keputusan ini kerana Saya tak nampak ruang untuk kami berbaik semula selepas apa yang terjadi.”

 

“Saya hanya berserah dan harap semua pihak termasuk peminat doakan saya dapat jaga anak saya dengan baik,” kata Abby yang pernah menganggotai kumpulan Elite.

 

Jelas Abby selepas penceraian ini dia mahu menumpukan perhatian kepada karier seni dan anak-anaknya dan melupakan kenangan pahit yang berlaku.

 

“Saya nak jadi orang baru. Saya nak ‘refresh’ balik apa yang ada dalam diri. Saya memang kena jadi orang baru dan kuat untuk lalui semua di masa akan datang,” ujarnya sayu.

 

Tegasnya, jika diberi peluang beliau tidak mahu semua pihak terus mensensasikan kisah rumah tangganya yang telah hancur.

 

“Kalau boleh saya tak nak diberi perhatian kepada cerita-cerita rumah tangga sebab saya berada dalam bidang ini untuk mencari rezeki,” katanya.

 

Ditanya mengenai hak penjagaan anak Abby berkata anak-anak masih berada di bawah penjagaannya.

 

“Tak timbul soal nak rebut anak-anak sebab mereka masih dengan saya dan saya tak ada halangan untuk dia (Norman) berjumpa dengan anak-anak.

 

“Tentang tuntutan nafkah dan sebagainya akan dibuat dan akan diuruskan oleh peguam syarie saya, Ahmad Nazib. Saya sendiri payah nak selesaikan masalah ini kerana saya susah nak berbincang dengan Norman,” ujar Abby yang juga ibu kepada Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan.

 

Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby berkata, hubungan mereka tidak ubah seperti ‘kawan baik’.

 

“Bagi dia ruang. Dia macam kawan baik saya. Dia datang hari ini pun sebab nak beri sokongan moral kepada saya sama macam Shasha dan Wan Norhafiza daripada kumpulan Elite dan saya rasa ini bukan satu isu yang perlu dibesar-besarkan,” katanya.

 

Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dirinya yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.

 

Tegas Abby, gambar gandingan mereka berdua yang disebarkan sebelum ini adalah perbuatan mereka yang punya niat tertentu.

 

“Saya tak rasa ia salah kalau kita ambil gambar dengan lelaki lain. Lagipun bukan saya sahaja semasa bergelar isteri orang ambil gambar dengan lelaki lain, tidak pula menjadi isu. Tapi bila saya kenapa ia dilihat macam pelik sangat.

 

“Saya rasa ia tak perlu diperbesarkan lagi. Bagi ruang kepada kami untuk mencari rezeki dalam bidang ini,” katanya.

 

Tambah Abby apa yang penting dia tahu menjaga batas perhubungannya dan dia tidak pernah minum arak serta tak pernah berfoya-foya seperti yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu.

 

“Pada saya apa yang ditimbulkan itu keterlaluan dan saya harap hentikanlah daripada menyebar fitnah. Lagipun apa yang diperkatakan itu tidak benar,” ujarnya.

 

Beliau pada masa yang sama berharap agar peminat di luar sana tidak salah sangka dengan apa yang berlaku kerana dia percaya ada pihak yang cuba menggeruhkan lagi keadaan.

 

Zul yang akan berlakon dalam Gerak Khas musim terbaru tiba perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.

 

Turut hadir memberi sokongan moral kepada Abby adalah teman baiknya, Sasha bersama suaminya Salyo.

 

Hubungan Abby dengan pelakon kacak berkenaan semakin rancak diperkatakan apabila Zul turut berlakon dalam drama bersiri, Gerak Khas terbitan skop Production itu.

 

Zul yang ditemui di luar perkarangan mahkamah turut menafikan dia dan Abby mempunyai hubungan istimewa.

 

“Seperti yang diketahui umum hubungan saya dan dia (Abby) sebagai kawan. Dia banyak bantu saya dan lepas ini kami akan bekerjasama lagi,” ujarnya.

 

Ditanya adakah dia bersedia jika digosipkan dengan Abby selepas penceraian itu berlaku, Zul berkata:

 

“Itu saya tak tahu lah. Itu hanya gosip. Dan apabila masuk dalam bidang ini saya terpaksa lalui semua benda ini.”

Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.

Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.

Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.

Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.

Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.

Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap

Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.

Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.

 

Comments»

1. zhur - December 18, 2008

Dah takdir……mungkin ada hikmahnya….

2. nenek - December 18, 2008

Mmmglah apa yg berlaku tu takdir, tpnya kita yg memegang watak tu adalah pelakonnya. Sst perkara x akan terjadi kalu x dibuat. Eg x kenyang kalu x makan. X basah kalu x mandi. Btul, takdir tlah ditetapkan, tp manusia dok nganga pejam celik sja ka till ketetapan tu berlaku?

3. ani - December 18, 2008

Mentang-mentang pas ni ko dah bebas ngan c memey perampas laki orang @ perosak perkahwinan @ peruntuh masjid 2….jgn lepas tgn lak ko norman…..ank ko 3 org…..WAJIB ko bagi nafkah…..jgn pandai main sandiwara je…..sayang bini la….sayang anak-anak la….sayang rumahtangga la…pastu nangis depan press….depan hakim….eeeeeeeeee…..geli aku jantan nangis sana sini depan public…….

4. wanita - December 18, 2008

kesian…………si norman nangis-nangis depan hakim,tak sampai hati
nak ceraikah atau malu dengan perangai sendiri,kesian baby yang
baru lahir tu,entah berapa kali si norman tengok wajah si anak comel
tu ha ,maklumlah sibuk dgn beti…………..tu.jangan nanti airmata
jatuh kah paha si beti…………. pula.abby kuatkan semangatmu,
dan ingat anak-anak kurnia tuhan.sabarlah.

5. aliahus - December 18, 2008

saya tak tau siapa salah…apa yg dah berlaku..telah berlaku. ada rahsia disebaliknya. yg penting semua yg terlibat ambil iktibar n move forward. yg mendengar dan melihat, ambillah juga pengajaran. mungkin hari ini, cerita abby, norman n memey…sok lusa citer kiter…lain pulak. saya doakan yg terbaik utk semua sekali

6. noname - December 18, 2008

harap abby tabah dan bertekad utk berjaya mendidik anak2 n berjaya dlm kerjaya. hidup sbg ibu tunggal lebih baik drp hidup diabai suami. biar anak2 takda bapa drp membesar dlm trauma melihat ibu bapa asyik bergaduh, apatah lagi bila menyaksikan bapa asyik mendua-tiga-empat-sepuluhkan ibunya.

harap abby jgn cepat sgt cari ganti. berdikari dahulu. utamakan anak2 dahulu. banyak2 memohon pertolongan Yang Maha Esa. Mudah2an Dia mempermudahkan jalan hidupmu.

7. DD - December 19, 2008

norman ni aku rasa hobi dia menangis
kena tangkap basah tak pula dia nangis insaf dosa
bila abby acah ngan cerai mesti dia nangis
tapi perangai tak ubah jugak
sayang sangat kot ngan abby
tak sampai ati nak cerai
atau malu jugak pasal bini yg tuntut
hensem-hensem org nak tanak jato ego

8. syura - December 19, 2008

Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk ABBY.
Kuatkan semangat dan jangan sesekali tunjukkan kesedihan itu kpd anak-anak. Mereka amat mengharapkan bimbingan dan kasih sayang darimu………Amin.

9. nikmj - December 19, 2008

Komen Datuk Yusof Haslam…
“Saya sudah banyak kali menasihati mereka. Saya cakap jika boleh mereka pertahankan rumah tangga itu, pertahankanlah. Jika tidak selesaikanlah dengan cara elok,” ujarnya yang juga pemilik syarikat penerbitan Skop Production Sdn Bhd.

Beliau pada masa yang sama meminta semua pihak jangan menunding jari kepada mana-mana pihak selepas apa yang terjadi dalam rumah tangga Abby dan Norman.

“Kita tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka. Ini soal dalam kelambu, saya harap semua pihak tidak boleh hentam Norman sahaja.

“Mungkin Abby juga ada salah kita tak tahu? Apa yang saya harap kita jangan menunding jari kepada sesiapa dalam hal ini,” ujarnya yang pernah digelar ‘Six Dollar Man’ kerana kejayaan filem Sembililu II arahannya berjaya memecah kutipan box-office dengan memungut RM6 juta ringgit.

10. Lijan - December 19, 2008

saya harapkan abby banyak2 bersabar…kalau o jgn cepat sangat cari penganti..klau o didik anak2 sehingga berjaya dan mentaati ibubapa…anak 2 la yg o membantu kt bila kt susah n membawa kt ke pintu surga… anak adalah nikmat dari allah…sy harap abby tabah dgn dugaan ini…

11. awatif77 - December 19, 2008

mungkin x patut, tapi saya hepi sebab abby dah berpisah dgn norman. ala norman tu syco je. kalau dia benar@ sayang dia xkan berani lepaskan abby. abby memang berani, dia berpegang dgn prinsipnya, janagn ingat orang perempuan/isteri boleh dibuat sesuka hati. walau suami boleh kawin lebih dari 1 tapi kalau xleh nak beri perhatian dan kasih sayang lebih baik jangan hidup bsama.

12. merah - December 19, 2008

tak setuju pendapat datuk Yusof haslam.

macam mana hebat pun masaalah rumah tangga, macam mana jahat/lemah pun isteri, TIDAK MEMBERI LESEN UNTUK SUAMI LARI DARI MASALAH RUMAH TANGGA. SESUKA HATI TAK BALIK RUMAH. BIAR ISTERI SEORANG DIRI URUSKAN SEGALA URUSAN RUMAH TANGGA DALAM KEADAAN HAMIL. MENGHIANATI PERKAHWINAN. BERLAKU CURANG. BERMESRA DENGAN PEREMPUAN LAIN YANG TERANG-TERANG TIDAK HALAL BUATNYA SEDANGKAN YANG HALAL DI RUMAH TAK DIENDAHKANNYA. ABAIKAN ANAK-ANAK. PENTINGKAN ORANG LAIN MELEBIHI ANAK ISTERI SENDIRI. isteri mungkin ada salah…..kewajipan suami sebagai nakhoda….ketua rumah tangga untuk bimbing isteri…untuk pastikan rumah tangganya aman dan bahagia….BUKANNYA LAKUKAN SEMUA KEMUNGKARAN DI ATAS….

TAK GITU DATUK…???

13. wanita insaf - December 20, 2008

semoga abby dan norman tabah menghadapi segala mendatang..terus maju ke depan dan pentingkan anak anak….

14. hana - December 20, 2008

harap abby tabah dan kuat utk semua dugaan ini..kite sebagai ibu tunggal jgn mudah mengalah..tunjukan yg kite boleh hidup tanpa insan yg bergelar lelaki/suami..sujud dan doa terlalu penting dlm apa jua keadaan..mudah2an abby menjadi IBU TUNGGAL YANG BERJAYA dlm khidupan abby dan anak2. kalau boleh abby jgn la cari pengganti dulu ye..mmgla kite akan terasa sunyi tetapi kite kan ada anak2 sebagai pengibur, keluarga yg sentiasa beri sokongan moral dan kawan2 yg memahami kite..semoga tenang dan relax dgn semua ni…..

15. violet - December 20, 2008

sdh d takdirkan jdi kena terima semua ni…..harap2 anak2 tdk terabai…krn anak2la yg akan membuat seseorg kuat dlm tempuhi hdp ni dan satu hari nanti mereka akan menjaga ibu atau bapa….

16. snoopy - December 20, 2008

untuk abby tabahkn ht2mu. ingatkan anak2. simpan ksdhan dlmt ht. insyaallah ada gajaran menantimu. utk norman… jalankn tanggungjawab anda dgn sbaik mungkin dan ingatlah tuhan 2 maha adil n maha mgatahuai. utk memey pula ingatlah apa yg kt lakukan akan dpt balasan yg stimpal. ingat wahai memey.. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan perempuan zalim utk lelaki yg zalim… 2lah dinamakn hkm kalam…

17. mohamad - December 20, 2008

apa ler kau ni norman….wife dah punya cantik n perfct age..kau masih nak cari yang lain..ape punya jantan la kau ni…???tak kenal dek untug langsung!!!!!!sekarang ni terima lah balasan dariada tuhan kerana kau tak menhargai dan bersyukur pemberianya(aBby) kepada kau….FIkir2 kan lah…#$@#$

18. gaharu_cendana - December 21, 2008

tak apalah ya abby. mulakan juga hidup baru. anak2 ada jadi tempat mencurah kasih sayang.

19. Mak budak - December 21, 2008

Mmglah semua org ada kekrgn, takkan itu jd lesen utk srg suami, nakhoda kapal, ketua rumahtangga, utk ‘abandon ship’. Malahan masa tulah Abby btl2 perlukan suami. Datuk seorang influential figure, komen datuk dpt perhatian, jgnlah mcm norman pula, dalam ghairah nak jaga anak org, isteri yg tengah mabuk dan lemah mgandung ditglkan sendiri mgurus rumah. Adillah skt, jgn aniaya seorang ppuan yang tgh lemah dan anak2 yg tak bdaya. Klu norman dah tak suka septtnya lpsknlah dgn baik, ni tidak, anak bini terpaksa melalui trauma gara2 gatal suami. Abby, close chapterlah si norman tu, mula hidup baru. Norman, awak ada 3 org anak, jgnlah pula nangis2 bila kena byr nafkah, Heiii..! Jantan sekor ni..

20. jean - December 22, 2008

I menyampah tgok sandiwara Norman Hakim tu nangis depan hakim konon sedih nak bercerai. Memang Norman Hakim tu dasar lelaki buaya so tak hiran airmata buayanya juga dibawa ke mana-manapun utk minta simpati masyarakat…boleh blah lh Norman Hakim..lelaki mcm u ni selalu curang dan kejam dgn isteri takkn bahagia seumur hidup…merempat juga akhirnya ..Amin..!. Kpd Memey perampas suami dan peruntuh rumahtangga ppuan lain..semuga u juga akan mengalami nasib yang menimpa Abby skrg. Ingat klu tak berlaku dgn Memey ..akan berlaku nanti dengan anak ppuan…Amin..!

21. fnd - December 22, 2008

Tak baik doakan buruk² kat org, baik buruk org kita doakan je yg baik²… semoga mereka berdua bahagia menjalani hidup masing². Amin.

22. aman - December 22, 2008

abby body masih panas

23. SHAHRISEMAN - December 27, 2008

aku rasa kedua-dua ni pelakon of the year. masing masing bodoh kerana membuka pekung didada, mengharapkan melodi, majalah dan surat khabar menjadi posmen dan menharapkan peminat mereka membuat keputusan untuk berfikir mana yang terbaik. yang paling bangang sekali, aku rasa kedua-dua ini masing tidak ikhlas dan riak terhadap diri masing masing. masing masing nak tunjuk power.

24. masminkadad. - December 29, 2008

Selamat Aby. Selamat Man, itu biasanya adam punya hallah.Kami yg digelar suami2 ni xtahulah, dah adapun masih mencari meno yg lain.Itu tabiat alami kami yg ter”lelaki”. Jgnkan Norman pakcik yang dah keriput ni pun klo rezki janda yg datang oh my god ,sumpah malaikat 4 tetap ……? Tanyalah fadilah kamsah “Bohong Lelaki klo x mo kawin lagi”. Soalnya gimana siadam ni bijak”mem-P-Ramlee-kan diri.jangan sampai “cerai jalan terbaik” pdhal ia dibenci.

Perlu pd masa akan datang Jabatan agama memasukkan kursus POLY”gam”-iii dan menunjukajar sang suami kaedah,taktik MENDUA,TIGA MENG”EMPAT” tanpa hancur berderai, Kasian Aby…saya yakin jauh dihati masing2 x mo berpisah.Apa boleh buat ada dia antara kita. Aby, dengar2 in lagu D”Macief “Cinta ini membunuhku” Mo kasi nasihat ah…2×5 juga.Sya hormat sama Aby-Tetaplah Bersabar, Utkmu Aby, “Kehidupan itu x dikira bagaimana dia bermula tapi b/mana dia berakhir”. Selamat Aby,Selamat Norman.

25. izlaini - December 30, 2008

hmm
sedih lah pulak berita ni.
sob…sob..

26. stcin - January 5, 2009

abby, be STRONG !

27. insan - January 23, 2009

aku sokong merah ngan mak budak..kalo ye pun ada masalah, tu bukan alasan yg si norman buat hubungan sulit ngan si memek..konon2 si memek tu penyelamat dia..pi rah…lelaki yg lari dari masalah adalah lelaki dayus!! Kalo betul ada masalah ngan si abby, patut diselesaikan dgn cara baik walaupun terpaksa berpisah..pastu lantak ko lah nak buat camana pun ngan simemek tu..bahlul !! ni nangis konon..nampak sgt air mata murahan..eleh.. dlm drama pun ko bole nangis..bila jd kes camni lagi senang nak kasi nangis kan..padahal lepas tu kemain gembira lagi dia..siap pegi kekampung simemek n simemek lak pegi kekampung norman..apa makna semuanya tuh..?

28. POWERPUFF GURLZZ!! - October 2, 2009

memey ko pompuan yg x tau malu……..klu ya pun ko dhagakn ksh syg jgn le rosakkn rmh tgga org..cba ko bygkn bla ko kwin sok2 ada pmpuan lain plak yg rosakn rmh tgga ko????apa prasaan anda??????CBA KO FKIR KLU KO D TMPT ABBY..apa prasaan ko??LU PKIRR LA SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: