jump to navigation

RTM gam nukilan Dr Asri – Malaysiakini December 17, 2008

Posted by nikmj in Entertainment, General, islam, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.

Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.

Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.

Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.

Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ hasil nukilan tokoh agama Dr Asri Zainul Abidin khabarnya digam oleh RTM.

“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.

Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’

Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(‘Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).

Album ‘Yang Benar Tetap Benar’ yang memuatkan 10 puisi nukilan Dr Asri Zainul Abidin.

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Lirik lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ tulisan Dr Asri atau Dr MAZA.

Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”

Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

Ihsan mstar online

Comments»

1. Pak Ulong - December 18, 2008

Jika kita mencari kebenaran, maka banyak halangan yang terpaksa ditempuh. Bergitu juga dengan diri DR. Maka itu jangan dipedulikan tentang apa yang pihak RTM lakukan pada nukilan Dr. Masih ada ruang dan cara untuk para pendengar menikmati bibit bibit lirik yang dihasilkan. Sesungguhnya lirik yang dihasilkan itu memang tepat ditujukan kepada mereka yang mengaku sebagai pemimpin. Namun pada hakikatnya mereka adalah perompak harta negara.
Maka itu apabila terhasilnya lirik semacam itu yang terkena pada batang hidung mereka, mereka tidak sanggup untuk mendengarnya.
Wahai para perompak harta negara, seharusnya kamu (Perompak) mengucapkan terima ksih kepada orang yang telah menghasilkan lirik lagu tersebut. Yang mana mudah mudahan apabila anda (perompak) mendengarnya akan ada rasa keinsafan untuk tidak lagi menjadi perompak.

2. ekramhakim - December 25, 2008

ada orang terasa…..~

3. SHAHRISEMAN - December 27, 2008

FREEDOM OF SPEECH..BEGITULAH YANG DIUARKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG. KERAJAAN UMPAMA BAPA, YANG SENTIASA MENEGUR ANAK-ANAK BERBUAT BAIK TETAPI DIA TIDAK SEMESTI YANG TERBAIK ATAU YANG PALING BAIK DIDUNIA INI. KITA WAJAR REDA KERANA KITA MASIH BERUPAYA UNTUK MENCARI BAPA ANGKAT YANG BARU PADA SETIAP PILIHANRAYA…JAGI BAPA-BAPA ANGKAT YANG SEKARANG INI WAJARKAN DIBERI PENGAJARAN UNTUK KALI KEDUA. HANYA ANDA YANG MENGETAHUI YANG MANA BAIK DAN BURUK..YANG MANA CANTIK DAN HODOH, YANG MANA RASUAH ATAUPUN POLITIK WANG.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: