jump to navigation

PKR dakwa calon TP UMNO terlibat rasuah – Malaysiakini December 17, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

Dewan Rakyat semalam diberitahu mengenai politik wang yang dilakukan oleh agen salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO.

Anggota Parlimen PKR dari Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa beberapa orang agen calon berkenaan dalam satu pertemuan dengan penyokong telah membuat tawaran untuk meraih undi pada pemilihan parti Mac depan.

Antara tawaran tersebut ialah pemberian wang tunai RM500 setiap minggu, tiket penerbangan percuma, dan penginapan di hotel percuma.

“Tawaran tersebut dinyatakan secara terang-terang dalam pertemuan tersebut,” katanya ketika bercakap membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008.

Saifuddin yang juga Pengarah Strategi PKR memberitahu Dewan, beliau mempunyai nama-nama agen yang membuat tawaran politik wang berkenaan, dan mempunyai laporan lengkap mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menjawab tuduhan Saifuddin berkata: “Sekiranya Yang Berhormat berkenaan mempunyai bukti yang kukuh bolehlah mengemukakannya kepada pihak berkuasa.

“Tetapi sekiranya Yang Berhormat tidak mempunyai sebarang bukti, tuduhan seperti itu adalah satu kesalahan.”

Sementara itu persidangan Dewan Rakyat semalam menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.

Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorang pun termasuk pembangkang yang tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Dakwaan Ismail ketika sedang membahaskan rang undang-undang berkenaan menimbulkan kemarahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang bangun dan meminta Ismail memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.

“Cuba jelaskan…ini bukan masa untuk menuduh,” kata Chong Eng.

Ismail mempertahankan dakwaannya serta meminta anggota pembangkang itu supaya duduk.

“Ini masa saya berbahas…duduk, duduk,” kata Ismail sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan kedua-duanya menamatkan perang mulut dan meneruskan sesi perbahasan.

Pertikaman lidah hampir lima minit itu turut disertai beberapa Anggota Parlimen pembangkang yang lain tetapi suasana panas itu dapat dihentikan oleh Wan Junaidi.

“Cukuplah Yang Berhormat. Tadi waktu (Anggota Parlimen) Batu (Tian Chua) bahas, sebelah sini (Barisan Nasional) tidak mengganggu pun…Biar Maran (Ismail) buat penjelasan,” kata Wan Junaidi yang meminta Ismail menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya tadi.

Ismail berkata, beliau tidak bermaksud menuduh mana-mana pihak.

“Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional sahaja malah dunia. Rasuah ini melibat semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung,” katanya.

Comments»

1. tan, tanjong bungah - December 17, 2008

Hi semua,

Kenyataan ” … Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorang pun termasuk pembangkang yang tidak terlibat dengan gejala rasuah.” secara langsung merupakan satu pengakuan bahawa dia sendiri terlibat dengan gejala rasuah.

Strateginya ialah untuk mengakui pendirian rakyat jelata bahawa ahli-ahli BN terlibat dalam gejala rasuah, tetapi menekankan bahawa ahli pihak pembangkang juga terlibat. Dengan ini, dia cuba menimbulkan kekeliruan rakyat bahawa tiada bezanya antara BN dan PR!

Atau adakah dia sekarang akan menjelaskan bahawa maksudnya teleh dipesongkan, dan sebenarnya, dia merujuk kepada tiada satu pihak pun, termasuk pembangkang, yang tidak terlibat dengan gejala rasuah!

2. JoraKelokai - December 17, 2008

Kenyataan Isamai Abd. Mutalib( BN-Maran) Umpama soal rasuah yang berleluasa dalam negara yang berlaku di segenap sektor dan lapisan rakyaat usah di ungkit2, biarkan saja buat pura2 tak ada. Dimana2pon rasuah,tapi negara kita maju antara yang termaju dalam negara2yang membangun.Rasuah sana sini rakyat takkan lapar, semua orang cukup makan. Jadi jangan di halang untuk yang kaya menambah kekayaan kerana rasuah adalah salah satu saluran bagi yang mampu melakukannya.Kan ke begitu akan maksud tok wakil Maran tu.

3. chris chong - December 17, 2008

itu bukan rasuah. itu money politic. kata sial hamil.

lol


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: