jump to navigation

Shaziman ugut Selangor serah aset air atau naikkan tarif 37% – Malaysiakini December 13, 2008

Posted by nikmj in National, water.
Tags: , , , , ,
trackback

Seramai 1.5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin terpaksa membayar kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus jika Kerajaan Selangor tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Mac tahun depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini memberi jaminan tiada langsung kenaikan tarif air di kawasan-kawasan tersebut pada tahun depan sekiranya aset itu diserahkan.

Ini kerana perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun antara 1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034 boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula setelah penyerahan aset itu, katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, aset perkhidmatan air Selangor bernilai RM5.5 bilion termasuk paip utama, loji rawatan serta kawasan tadahan air dan aset itu adalah milik kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abas.

Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor yang turut membekalkan airnya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Shaziman berkata, masalah beban kewangan itu dapat dikurangkan kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui perpindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada Kerajaan Selangor dan pemegang konsesinya pada kadar yang rendah.

Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang rendah dan tempoh bayar balik pinjaman yang fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman bank bagi menguruskan aset perkhidmatan air mereka.

Mengikut perjanjian konsesi itu, tarif air di ketiga-tiga kawasan itu sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi kelonggaran sehingga 31 Mac tahun depan untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB.

Jika tidak, Kerajaan Persekutuan tiada pilihan dan terpaksa memenuhi hak Syabas untuk mendapatkan kenaikan tarif itu seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.

“Jika tidak, faham-faham sahajalah…kena kurangkan mandi,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan Selangor belum menyerahkan aset perkhidmatan airnya kerana ia mahu menstruktur semula tarif airnya terlebih dahulu.

Shaziman berkata, mengikut pengiraan Jabatan Audit Negara, Syabas berhak mendapat kenaikan tarif sebanyak 30 peratus walaupun perjanjian menyatakan 37 peratus kerana syarikat itu telah memenuhi hampir semua syarat untuk menaikkan tarif.

Menteri itu berkata, Melaka akan menjadi negeri pertama menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada PAAB apabila mereka menandatangani perjanjian mengenainya pada 17 Dis ini dan kesannya tiada kenaikan tarif air di Melaka tahun depan.

“Negeri lain juga boleh menikmati jaminan tiada kenaikan tarif air tahun depan jika turut berbuat demikian,” katanya. BERNAMA

Comments»

1. Eagle - December 13, 2008

kalau macam itu cara menteri nak menyelesaikan masalah, tak payah jadi menteri balik saja tidur.

2. mut - December 18, 2008

Dia cakap tak naik, sampai bila?

Atau sama macam perjanjian Syabas tu, RAHSIA ! Dulu privatise, sekarang mabik balik, macam MAS, Renong dsb ! Yang ketawa sampai sekarang kroni UMNO macam Daim, Halim Saad dan Tajuddin Ramli ! Mamak Kerala dan anak dia tu pura-pura tak tau dan kena-mengena, dok berlakon dia lagi baik dari F*ck Lah…..

Sain pun sembunyi-sembunyi, macam sain kontrek jambatan bengkok, beli helikopter, dan perjanjian konsesi tol? Dengan kata lain, perjanjian ala UMNO ! Perjanjian ala UMNO ni nama jer perjanjian, yang janjinya UMNO dapat isi tembolok, perjanjiannya entah ke mana! Contohnya perjanjian royalti kerajaan negeri Terengganu! Wakli orang Melayu ?

Jangan malukan aku daaaa……!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: