jump to navigation

Kenyataan Media MB Selangor – Malaysiakini December 3, 2008

Posted by nikmj in National, Politics, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tags: , , ,
trackback

ISU-ISU SEMASA SELANGOR 

SHAH ALAM (2/12/08)– Berlandaskan prinsip “Merakyatkan Ekonomi Selangor” Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang melonjak kehadapan dalam memartabatkan keberkesanan pentadbiran telus dan begitu perihatin dengan setiap permasalahan rakyat.

Isu Perumahan Kampung Berembang yang sudah lama dibangkitkan sejak daripada zaman pemerintahan terdahulu yang belum mendapat perhatian sewajarnya. Kini, setelah meniliti semua perkara yang berbangkit, Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang berhak. Seramai 68 buah keluarga di Kampung Berembang telah dikenal pasti untuk mendapat bantuan yang sepatutnya seperti rumah pangsa.

Dalam isu berkaitan, kadar sewa unit kediaman di Program Perumahan Rakyat juga telah mendapat perhatian umum. Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan layak untuk membayar sewa pada kadar lama iaitu RM124. Jesteru itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah memulakan kajian bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak. Penduduk yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi kelancaran kajian tersebut 

Karnival Mesra Rakyat anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam Rakyat telah Berjaya dianjurkan di kawasan perkarangan Stadium Shah Alam pada 28 hingga 30 November 2008. Ianya bertujuan untuk mendekatkan rakyat Selangor kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak syarikat Kerajaan Negeri serta memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui aktiviti-aktiviti PBT dan produk keluaran Selangor. Untuk menarik orang ramai, pihak PBT juga telah menyediakan makanan kepada semua pengunjung. Kerajaan Negeri juga berhasrat supaya menjadikan Karnival Mesra Rakyat satu acara terbesar tahunan kalendar Negeri Selangor yang menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara. 

Disini Kerajaan Negeri juga ingin menjelaskan tohmahan penyalahgunaan kuasa yang telah dilemparkan kepada YAB Dato’ Menteri Besar adalah tidak benar. Kongres Nasional PKR telah diadakan didalam Stadium Malawati dimana semua perwakilan disediakan makanan yang dibiayai oleh pihak parti. Namun demikian, seperti yang dinyatakan sebelum ini, pintu pejabat Menteri Besar Selangor sentiasa terbuka kepada Badan Pencegah Rasuah. Bahkan pertemuan dengan Pengarah BPR Selangor Khamis ini telahpun diatur semenjak tiga minggu lepas.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semalam (01 Dis 2008) telah meluangkan masa mengucapkan takziah secara peribadi kepada mangsa kejadian tanah runtuh Roslan Mohd Jali yang telah kehilangan dua orang anak dan mendapatkan penjelasan secara terus tentang kejadian tersebut. Menerusi pertemuan terbabit, Dato’ Menteri Besar Selangor juga berjanji akan memberi bantuan yang sepatutnya dalam tempoh sebulan dari sekarang setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak serta agensi yang terlibat.

Disini, Kerajaan Negeri menegaskan nasib golongan yang betul-betul memerlukan bantuan akan terbela tanpa perlu dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Kerajaan Negeri Selangor juga berharap dan berdoa agar senantiasa mendapat kepercayaan daripada seluruh rakyat Selangor bagi meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan telus dan professional.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Comments»

1. eagle - December 3, 2008

Tapi malam ceramah perdana tu MB betul habis semangat….gua caya lu MB.
Lain kali hantam toyo tu macam Tan Sri buat malam ceramah tu mesti toyo gigil.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: