jump to navigation

UMNO lega jika PPP keluar BN – Malaysiakini December 2, 2008

Posted by nikmj in bernama, General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Berikut laporan dari Bernama hari ini berkenaan ugutan PPP mahu keluar BN.

Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata kenyataan presiden parti itu Datuk M. Kayveas semalam bahawa PPP akan keluar daripada BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) sebelum PRU ke-13, adalah berbaur ugutan jahat dan amat menyakitkan hati.

“BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya, dan Kayveas telah berkali-kali membuat ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapatkan sokongan murahan penyokongnya,” kata Mohd Khusairi dalam kenyataan di sini, Isnin.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim itu berkata BN akan berasa lega jika PPP keluar daripada komponen BN sekarang kerana parti itu sudah lama menjadi duri dalam daging kepada BN sejak Kayveas menjadi presidennya.

“Kayveas perlu menerima hakikat bahawa PPP mampu bernafas ketika ini kerana berada dalam komponen BN, dan jika keluar daripada BN, rakyat tidak akan mempedulikannya lagi,” kata beliau.

Apa lagi Kayveas, tunggu apa lagi keluar la. Orang dah tak mahu hang lagi, buat apa lama-lama dalam BN. Lagipun masa Pilihanraya ke12 yang lepas PPP tak menang satu kerusi pun. Apa la sangat yang ada dalam BN untuk PPP. Selagi parti MIC dan boss lamanya ada kat situ, PPP takkan kemana lagi dalam BN.

Lagipun, hang Kayveas sendiri pernah menyokong Datuk Nik Sapiea dalam kes sembur cili kat Chedet dulu, takkan buat-buat tak tahu pulak, kan Najib tu anak didik Chedet. Kalau hang Kayveas tak keluar sekarang, kan nanti bila Najib naik jadi PM lain pulak ceritanya….

Comments»

1. malayamuda - December 2, 2008

parti komponen BN ini tak de maruah diri……..

selalu jilat selipar UMNO supaya selipar UMNO sentiasa bersih dan berkilat

2. GOD'S CHILD AN EX-DECORATED SARGENT - December 2, 2008

DATUK KAYVEAS,, IN YOUR HEART,,, IF YOU REALLY WANT TO BE A POLITICIAN, WHO REALLY WANT TO SERVE THE PUBLIC THAN IT’S HIGH TIME TO LEAVE BN. AT LEAST AAB IS A TWO TERM PM BUT NAJIB WON’T BE A ONE TERM PM CAUSE IN THE NEXT GE THERE WILL BE NO BN ANYMORE. IT TIME FOR YOU AND YOUR PARTY TO JOIN PAKATAN AND FIGHT FOR THE WELL BEING OF MALAYSIA

3. koli - December 2, 2008

ppp received govt contracts. kayveas received attention,its was a backdoor entry anyway.so mr kayveas has to leave,buy kayveas is a thick skin mountain rat who will eat shit to stay inbn. believe me

4. Pak Ulong - December 4, 2008

Kalau pun hendak keluar tidak payah le memberi kata dua pada BN, keluar sahaja la. Tapi PPP mesti ingat, jika keluar pun belum tentu Pakatan Rakyat hendak terima untuk menjadi sebahagian dari mereka. PPP apa yang ada? Presiden bertanding pun kecundang.
PPP seharusnya dibuburkan bukan nya keluar dari BN. PPP pun selama ini hanya Kayeas yang mendapat keuntungan. Semuanya di sapu oleh Kayveas. Ahli PPP yang berbilang kaum dapat apa? Oleh yang demikian maka seharusnya PPP dibuburkan dan kesemua ahli boleh menyertai parti yang ada Dalam Pakatan Rakyat. Tak payah menyusahkan parti parti yang ada dalam Pakatan Rakyat.

5. Khairi Jalalluddin - December 10, 2008

PPP sebagai parti yang terkenal banyak menyusahkan BN pada masa lalu eloklah keluar jika rasa tidak rasa sepakat dalam BN. ISA itu hanyalah helahnya sahaja untuk menunjukkan mereka ini paling baik, padahal sebelum ini mereka ini bermasalah dengan presiden MIC. Oleh itu, eloklah mereka ini keluar dan bubar itu lebih afdhal.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: