jump to navigation

Malaysiakini : Sufiah Yusof sudah menyesal … December 2, 2008

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.


Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

01math12

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.

Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.

“Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.

Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.

Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. (hmetro)

Comments»

1. matt - December 2, 2008

Bagaimana dengan anak gadis bumiputra tulen Malaysia yang terpaksa melacur kerana tersempit.Ini dia politik sempit yang di mainkan olih mangkok bereon mcm hanafi.

2. Azizah - December 2, 2008

Ek elehh! Pengarah PISANG! Apa punya nama persatuan! Fuyooo, siap usaha menghubungi pengurusan yg pernah menjadi ejen bagi aktiviti pelacuran Sufiah. Nak tanya, ada cuba-cuba, …. ehemm ehemmm ke? Pastinya caj yg dikenakan Sufiah bertaraf 5 bintang kot.

Piiraahhhh, nak merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam kunun. Jangan jadi kucing ditugaskan menjaga ikan sudah le! Nampak sangat hipokritnya lelaki Melayu.

3. Tun Perak - December 3, 2008

PISANG, hahahahahaha, perstuan sintok kot kekekekekekekek. macam macam ada, pisanglah, gempurlah, geramlah, sintoklah, astronot lah, ini semua gabungan pelajar uitm yang tak bolih dapat kerja, senang lenang buat ngo, buat sibuk, dapat funding dari umno. persatuan ketuanan sintok kot. bila wanita nak buka gabungan CABAI, atau bahasa cina (pakailah otak) pengerusi sintok tu sapo, Rafidah, nak bela semua budak2 siafool, penkid, bapok, anak tiri rosmah, mumtaz jaafar. Semua ahli ini malas nak kerja, cari jalan senang cari makan, jaguh kampung ketuanan sintok dengan ijazah tipu beli dari internet, jadi doctorlah, phd lah. pelik-kan?

4. manpower - December 10, 2008

Usah kita nak menghina orang, kerana apa yang terkandung dalam hati seseorang tak siapa yang tahu melainkan Allah sahaja. Pada saya sesiapa sahaja yang mwempunyai niat yang baik serta ikhlas untuk menolong sesiapa saja, saya alu-alukan asalkan niatnya suci serta ikhlas.

Pada saya saya tiada baiknya kita menghina atau beranggapan buruk dengan seseorang…….. Kita lihat kedalam diri kita dahulu adakah kita ini baik sangat….?

Banyak ahli psikologi menyatakan apa yang dinyakan seseorang itu adalah projek peribadi seseorang itu, saya tak pastilah adalah anda yang memberikan komen ini adalah begitu….. Wallah hu alam….

5. krasivayadebushka - December 11, 2008

Assalamualaikum…Saye setuju dengan pendapat manpower.Pintu taubat untuk Sufiah kembali masih ade dan rahmat Allah itu sangat luas.Janganla kita suka berprasangka buruk terhadap orang laen kerana hanya Allah swt saje yg tahu ape yg terkandung dlam hati seseorang itu.Kita ni bukanlah malaikat untuk memandang hina orang .Hari ni mungkin kita seorang yg baik, but in the future no one knows..

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Al Qur’an, surat Al Hujuraat (surat ke 49) ayat No.12

Dari Abu Hurairah r.a.katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hindarilah prasangka, karena prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukkan orang. Jangan saling mengorek rahasia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Jangan saling marah dan jangan saling tak acuh.. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah. Hadis Shohih Imam Muslim (HSM). No. 2191

6. Nur_lulu - January 3, 2009

Inilah melayu yang tak habis-habis ada buruk sangka pada orang lain. Cubalah berbaik sangka. Cuba berfikiran lebih terbuka. Kutuk mengutuk bukan boleh membawa penyelesaian. Ada baiknya kamu yang terasa tu berdoa untuk kebaikan Sufiah. Dia mungkin satu dalam sejuta wanita yang kisahnya didedahkan. Pasti ramai lagi anak gadis islam dan melayu di luar sana yang inginkan keadilan kerana teraniya terjebak ke kancah maksiat tapi tiada siapa mampu membantu. Usaha PISANG itu saya sambut dengan baik kerana saya yakin mereka ini antara mereka yang mampu membantu.

7. Nur_lulu - January 3, 2009

Sufiah walaupun bijak tapi dia tetap punya kelemahan iaitu lemah iman kerana hidup dalam persekitaran yang tidak membantu langsung dirinya mendekatkan diri pada Allah SWT

8. shah - December 30, 2010

betul tu,saya sokong 100% pada pisang,u all yang mengutuk tu sedarla ckit jgn buruk sangka, ada baik sangat ke,cube buktikan kebenarn kamu tu?..jangan jadilaa melayu dulu2 tu.. sekarang melayu da profesional ini zaman alaf 21,bukan melayu saja bangsa2 maju pon mengamalkan sikap berbaik sangka sesama mereka psaltula mereka kuat dan maju..oK*-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: