jump to navigation

MCA tolak konsep Ketuanan Melayu – Malaysiakini November 28, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan ‘Ketuanan Melayu’, hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

chua soi lek 030108“Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu,” katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

“Bila kita berkata tolak ‘Ketuanan Melayu’, kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.

“Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya,” kata Chua.

Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka “bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita”.

Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai ‘satu bahasa’ sahaja dalam dunia globalisasi IT.

“Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain,” tambahnya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman.

“Jika kita menjadi kurang emosi/konfrontasi dan lebih objektif, maka suhu politik di Malaysia akan lebih ‘normal’.

“Mesti ada lebih konsensus, lebih bertolak ansur dan lebih asas kesaksamaan; bukan hubungan Tuan dan Hamba.

“Hak semua masyarakat terkandung dalam perlembagaan. Para pemimpin tidak semesti tahu semuanya. Mungkin hanya yang terbaik untuk mereka dan bukannya untuk rakyat,” katanya.

Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.

Comments»

1. Dale - November 28, 2008

“Satu lagi perubahan yang diperlukan, katanya ialah bagi rakyat Malaysia berfikiran seperti rakyat Malaysia dan kurang berdasarkan garis perkauman.”

Tahu pun, ingat tak tahu tadi. Dan, kalau dah tahu kenapa tak gunakan Bahasa Melayu/Kebangsaan seperti yg dinyatakan dalam Perlembagaan, untuk papan tanda, kenapa perlu Bahasa yang mengikut kaum?? Contradicting your own statement is it, Politician will always be Politician, will always have the ulterior motives!

2. Pak Ulong - November 28, 2008

Dah lama orang melayu bertolok ansur dengan bangsa lain. Sememangnya hak semua kaum terkandung dalam perlembagaan. Maka itu bangsa lain jangan mengungkit hak orang melayu seperti yang termaktub dalam perlembangaan. Dan jika bangsa lain mahukan orang melayu berfikiran seperti orang Malaysia dan mengurangkan garis perkauman maka buburkan semua sekolah jenis kebangsaan. Yang ada hanya satu sekolah iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN. Dengan cara itu maka anak anak kita dapat bergaul sesama mereka dan merasakan diri mereka sebagai anak MALAYSIA. Tidak akan ada lagi anak melayu, anak cina ,anak india atau anak lain lain bagsa. Adakan kelas bahasa bahasa lain seperti bahasa manderin atau bahasa tamil dan bahasa yang boleh diterima oleh dunia sekarang. Dengan cara yang demikian maka saya percaya garis perkauman dapat dikurangkan dan anak anak kita boleh hidup dengan aman dimasa akan datang. Jika sistem persekolahan yang sedia ada maseh mahu diguna pakai nescaya sampai bila pun isu perkauman tetap menebal pada rakyat Malaysia. Kuatnya satu bangsa atau rakyat sesebuah negara adalah kerana bahasa dan kecintaan rakyat pada negara mereka. Negara Korea maju bukan kerana rakyatnya pandai berbahasa inggeris atau bahasa perancis, tapi majunya Korea adalah kerana jatidiri mereka sebagai rakyat Korea. Bergitu juga German, Jepun dan lain lain lagi. Selagi negara kita tidak mengamalkan prinsip satu bahasa satu bangsa selagi itulah isu isu perkauman akan menjadi isu untuk dipolitikan. Jika rakyat majmuk mahukan satu bangsa Malaysia dilahirkan pada masa akan datang maka seharusnya menerima BAHASA MALAYSIA sebagai bahasa BANGSA MALAYSIA.

3. awang - November 28, 2008

Siapa yang perlu berubah. Rakyat yang masih tidak boleh terima konsep Melayu yang perlu berubah seperti Chua misalnya. Dan komuniti imigran yang masih memuja dan mendukung budaya asal mereka. Masih tidak boleh terima yang berbau Melayu, sedangkan dia berpijak di bumi Melayu. Kalau di China cara Cina, masuk kandang kambing mengembek dan…

Apa masalahnya dengan ketuanan Melayu. Memang pun negara ini bertuankan Melayu. Yang masalahnya ialah pendatang yang tidak masih tidak setia dengan adab budaya dan peraturan setempat. Masih pertikai yang sedia ada. Bersikap petualang.

Sekian lama menjadi rakyat, tetapi masih bersikap mendewa-dewakan bahasa asing sedangkan bahasa sendiri diperlekeh. Menguasai bahasa asing tidak salah, yang salahnya bahasa asing pula didokong dan disokong. Rasional apa sebegitu.

Pemimpin sebagai bangsa negara perlu berjiwa besar dan bukan berjiwa sakit. Lebih sadis sakit itu pula nak dijangkitkan kepada orang lain. Pemimpin biarlah bijaksana dan tidak bengap.

Kita tak perlukan ketuanan asing atau ketuanan imigran. Melayu itu kebangsaan kita. Terimalah kenyataan. Baca kenyataan terbaru Ibrahim Ali di Utusan Malaysia 28 November 2008.

4. sweet - December 3, 2008

kenapa baru sekarang hendakkan perubahan?setelah sedekad berada dibumi MALAYSIA yang dalam mana2 sejarah menulis/menyebut Tanah Melayu jadi tak haruslah dipertikaikan.Sebenarnya sengaja untuk menambahkan masalah yang ada.Memang benar bangsa melayu mudah sangat bertolak ansur,cuba kalau bangsa melayu ni berada ditanah besar china,agak2nya segala tuntutannya akan diterima tak?Mustahil…….sebaliknya bangsa ini akan dikata penganas atau cuba membuat huru hara.Mungkin dihukum bunuh .Bangsa Melayu sedarlah bahawa negara kita akan terjual dan hak kita akan tergadai atas sifat terlalu mempercayai ,bodoh,serta terlalu mementingkan kekayaan sendiri.Walaupun dihulur dengan nilai yang tak seberapa bangsa melayu mudah lupa.Sedangkan bangsa melayu yang kebanyakkan beragama ISLAM mengapa keduniaan juga yang membuat bangsa ini lalai dan leka,kononnya mengikut trend semasa tetapi bangsa ini lupa yang mereka telah diperguinakan dan diperbodohkan oleh pendatang yang lupa diri.Tak sedar ,dulu nenek moyang mereka datang sebagai hamba /buruh kasar oleh pihak british.Sekarang bila sudah senang mula banyak kerenahnya.Inilah bangsa yang di benci oleh pihak jepun ketika berada ditanah melayu kerana bangsa ini dikatakan talam 2 muka.

5. faizal zakaria - December 10, 2008

Ugut-mengugut bukan budaya kita🙂
http://pro-faizal.blogspot.com

6. keris chun - January 17, 2009

The Chinese people are only interested in making tons of money.They behave the same in all parts of the world.
In order to do that he must have a good Malay Tuan to Ali Baba with him.He must have a Malay big brother.
The Chinese have no feelings for the Malays.
His driver and office boys are all Malays,
The Chinese will just kick them around.
Pay them minimum salary.
When the powerful Malay brother loses his political power,
The Chinese will not talk to him again.
So Malays enjoy the Tuan status while the sun still shines on your head.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: