jump to navigation

Anwar kecam sikap tidak bertanggungjawab TM Miti – Malaysiakini November 28, 2008

Posted by nikmj in anwaribrahimblog, Media Statement, National, news.
Tags: , , ,
trackback

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Liew Vui Keong di Parlimen semalam yang menafikan berlakunya pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak RM 38 billion membuktikan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dan kedangkalan Timbalan Menteri tersebut akan kedudukan sebenar aliran pelaburan langsung asing di negara ini.

Kita bukan sahaja menghadapi fenomena aliran keluar pelaburan asing secara langsung(FDI) sebanyak RM38 bilion malah berhadapan dengan pelabur-pelabur tempatan yang mulai melabur di luar negara termasuk sektor pekilangan yang menutup atau mengecilkan operasi kilang-kilang mereka. Kita juga menyaksikan bagaimana pengeluaran pelaburan asing dari bursa saham negara menyebabkan kerajaan terpaksa menyuntik RM5 billion melalui Valuecap Bhd untuk menyelamatkan pasaran saham, dan sebagainya.

Seharusnya Timbalan Menteri berkenaan sedar akan peningkatan mendadak pembuangan kerja dan pemberhentian secara sukarela “VSS” di kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan lain diseluruh negara akibat pengaliran keluar pelaburan langsung asing amat meruncing sekarang.

Timbalan Menteri juga perlu menginsafi fenomena aliran bersih pelaburan langsung asing yang negatif ini hanya dialami oleh Malaysia sedangkan negara-negara lain di rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukkan pelaburan langsung asing yang tinggi sehingga mencecah 80.9% berbanding tahun lepas.

Timbalan Menteri sewajarnya menarik balik kenyataan beliau dan saya sekali lagi menyeru agar satu sidang khas di parlimen ini bagi membahas isu yang sebegitu penting.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia

Comments»

1. Pak Ulong - November 30, 2008

Kalau DSAI sudah tahu tentang fenomena tersebut kenapa DSAI tidak memberi pandangan tentang perkara tersebut. Jika pun DSAI bukan dipihak kerajaan namun DSAI maseh bertanggung jawab untuk rakyat . Jika fenomena bergitu berterusan maka ekonomi negara akan menhadapi kemelut yang sukar. Andai ekonomi negara mengalami kesukaran , rakyat yang akan menerima padah. Orang macam DSAI ,Najib, Pak Lah , Mahathir dan lain lain lagi tidak akan menghadapi kesukaran kerana mempunyai simpanan wang berjuta ringgit. Kami rakyat biasa akan menghadapi kebuluran. Apa kah itu yang DSAI perjuangkan untuk rakyat sebagai Ketua Pembangkang.
Jangan lah DSAI terlalu mementingkan diri sendiri serta kawan kawan dalam pembangkang. Bukan negara kita sahaja yang mengalami fenomena tersebut ,banyak lagi negara yang membangun turut mengalaminya. Masa inilah untuk pembangkang dan kerajaan bersatu untuk rakyat dalam mengembalikan keyakinan pelabur untuk terus kekal dan melabur di Malaysia. Buangkan idologi politk masing masing untuk seketika dan bersatu untuk negara. Jangan hanya untuk mencari populariti maka nasib rakyat menjadi gadaian. Kalau pun DSAI dapat menjadi PM kelak dengan keadaan ekonomi negara yang tenat apa yang dapat DSAI berikan untuk rakyat. Maka itu adalah menjadi tugas DSAI untuk membantu kerajaan dalam menghadapi keadaan bergini. DSAI pun bukannya orang lain dengan pemimpin yang ada dalam kerajaan sekarang. Tidak ada masaalah yang tidak membolahkan DSAI untuk berkerjasama dengan mereka. Yang ada adalah sikap ego dan dendam yang menghalang untuk bersama.

2. Nittany - December 8, 2008

Sangat sokong..saya di luar negara banyak terdedah dgn politik di negara maju..mereka tiada pembangkang or kerajaan..berkerja atas nama satu negara..kalo nak dilihat negara-negara yang masih asingkan pembangkang dan kerajaan tak kemana pun..contoh terdekat Thailand..sampai sekarang tak selesai..harap adelaa pemimpin di masa hadapan yang dapat satukan semua rakyat atas nama satu negara. Amin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: