jump to navigation

Taj Mahal diserang pengganas – Malaysiakini November 27, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh di dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di pusat perdagangan India, di sini, malam tadi manakala pasukan keselamatan telah bertindak untuk mengepung dua buah hotel mewah dimana tebusan asing ditahan oleh penyerang.

Menurut laporan Reuters, kumpulan bersenjata itu melakukan serangan menggunakan bom tangan dan senjata automotik ke atas dua buah hotel dan beberapa lokasi lain di bandar tersebut termasuklah di Kashmir.

Hotel Taj Mahal diserang pengganas
  Anggota polis melihat Hotel Taj Mahal yang diserang oleh pengganas – foto BLOOMBERG NEWS

Polis telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan setakat ini telah menahan sembilan suspek manakala 12 anggota polis turut terbunuh termasuklah Ketua Polis Skuad Anti-Keganasan Mumbai, Hemant Karkare.

 
“Keadaaan di sini masih tegang dan kami masih lagi sedang mengesan pengganas-pengganas lain yang sedang bersembunyi di dalam dua buah hotel tersebut,” kata Ketua Menteri Maharashta, Vilasrao Deshmukh.

 
Deshmukh di dalam sebuah sidang media berkata, keadaan di situ masih lagi belum dapat dikawal.

 
“Sukar untuk berkata berapa ramai pengganas berada di dua hotel itu,” tambahnya, walaupun Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil berkata kira-kira empat hingga lima orang pengganas berada di setiap hotel terbabit.

 Kementerian Luar negara Jepun berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Jepun turut terbunuh dan seorang tercedera di dalam serangan itu manakala Korea Selatan pula melaporkan 26 mangsa serangan berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

 Menurut saksi, tembakan pistol dan letupan telah didengar di Hotel Taj Mahal dan turut diselubungi asap tebal.

 Letupan juga turut berlaku di Hotel Oberoi dan tembakan di sebuah hospital.

 “Pengganas melempar bom tangan ke arah kami dari atas bumbung Hotel Taj dan cuba menghalang kami untuk masuk,” kata Inspektor Ashok Patil.

 Menurut polis, sekurang-kurangnya 250 orang tercedera di dalam serangan itu yang mana turut mensasarkan stesen keretapi dan Cafe Leopold, sebuah restoran terkenal dan menjadi tumpuan pelancong.

 Sebuah stesen televisyen turut melaporkan bahawa sebuah organisasi yang menggelarkan diri mereka Deccan Mujahideen dikatakan menjadi dalang serangan tersebut.

 “Merka ada bom. Saya rasa mereka sasarkan kepada orang asing kerana mereka meminta pasport rakyat British dan Amerika,” kata Rakesh Patel, saksi warga Britain yang tinggal di Hong Kong dan menetap di Hotel Taj Mahal atas urusan perniagaan.

 “Mereka ada bom. Anak muda, mungkin dalam usia 20 hingga 25 tahun dan mempunyai dua pucuk pistol. Mereka muncul dari restoran dan bawa kami ke tingkat atas,” katanya yang dipenuhi kesan kotoran asap di muka ketika ditembual NDTV News.

 India sebelum ini pernah dilanda beberapa serangan bom. Kebanyakannya menyalahkan militan-militan Islam, walaupun polis juga turut menahan pelampau Hindu yang dikatakan menjadi dalang di dalam beberapa serangan tersebut.

 

Comments»

1. anti militants - November 27, 2008

What is wrong with these Muslim militants? Got nothing to do but kill innocents. What will they do next? Kill everyone who do not share their belief?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: