jump to navigation

Saiful tak mengaku sakit kelamin – Malaysiakini November 27, 2008

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Selepas lebih dua bulan mendiamkan diri, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dirinya selama ini terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin.

Saiful (tengah) kelihatan sihat dan sedikit ‘berisi’ ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini. Turut hadir adalah bapanya, Azlan (kiri) dan peguamnya, Zamri (kanan). foto The Star oleh SIA HONG KIAU

 

Di dalam kenyataan media yang dibaca oleh Saiful di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, dia menganggap tohmahan itu adalah satu fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

“Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap diri saya yang tersebar di laman-laman web serta cakap-cakap yang mengatakan kononnya saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan menghidap penyakit kelamin hingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

 

“Itu semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Saiful.

 

Tambahnya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak terbabit.

 

“Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

“Saya sentiasa berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar kebenaran dapat ditegakkan.

 

“Saya masih berehat dan menenangkan fikiran dari kekusutan yang berlaku.

Saiful mencium tangan Azlan sejurus sampai di JAWI pada pukul 11.10 pagi ini.

 

“Saya juga mengurangkan masa membuka laman web bagi mengelakkan stres,” katanya apabila menjawab sebab dia tidak mengemaskini blognya.

 

Diaju tentang bila dia akan berkahwin dengan tunangnya, Janna Shariza Mohd. Zaki, kata Saiful: “Tengoklah kalau ada jodoh.”

 

Saiful keluar membacakan kenyataan itu setelah 25 minit berada di dalam pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan JAWI, namun kembali semula menuju ke pejabat tersebut selepas itu.

 

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di situ pagi ini.

 

“Saya tidak akan mengulas lanjut tujuan saya ke sini. Hanya perbincangan dengan pegawai dan ia tiada kaitan dengan isu qazaf,” katanya.

Saiful kelihatan tenang ketika bergerak ke pejabat JAWI sambil ditemani Azlan.

 

Dia juga enggan memberi komen berhubung ura-ura mengatakan dia sedang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

 

Katanya, dia juga sudah bersedia untuk menunggu hari perbicaraan kes liwat itu nanti walaupun berasa sedikit kecewa dengan kelewatan tarikh perbicaraan itu.

Azlan sentiasa memberi dorongan dan menyokong Saiful.

 

“Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk memberi keterangan dan menegakkan kebenaran pada hari perbicaraan itu nanti,” katanya.

 

Terdahulu, Saiful dilihat tiba di JAWI pada jam 11.10 pagi dengan dikawal rapi oleh tiga lelaki.

 

Turut hadir mengiringi Saiful ialah bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus.

 

Menurut sumber yang memberitahu mStar Online semalam, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

 

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

 

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

 

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

 

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

 

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI pagi ini mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

 

“Saiful perlu hadir di JAWI esok (hari ini). Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

 

 

Comments»

1. aidil - November 27, 2008

saifool..mmg fool & tak tau malu
…heeiii…how much najib pay u hah?

2. Devan - November 27, 2008

Macam mana seorang yang tinggi dan tegap macam si bodoh ni boleh tunggin punggung sama seorang tua berumur 62 tahun?????
Kenapa tak di tolak sahaja????
Semua ni karut dan fitnah terhadap DSAI !
Dan macammana Saiful ni boleh hidup??? Ada kerja ke?? Atau ada orang bagi duit?????

3. eagle - November 27, 2008

Si beruk Saiful bergaya pakai kot beli guna duit Biasiswa Mat mongol bagi,
Tak caya, mana dia ada duit nak beli sebab tak ada kerja, bontot dia dah tak laku.
Apa pasal menyorok, takut kat apa kecuali lah awak penipu. Guna lah duit Biasiswa yang banyak tu berbelanja beli kot baru, kasut baru dan nanti masuk mahkahmah boleh la bergaya tak lah nampak macam monyet.
Menyorok nanti bapak awak tu kebas duit tu untuk enjoy tengok muka dia pun tak bolih percaya, Saiful beruk bodoh jual bontot!!!!!

4. augustine - November 27, 2008

si beruk Saiful dan bapa datang ke JAWI untuk memperomosi kot baru yang di beri oleh UMNO. Badan yang sihat dan kuat tak masuk akal dapat diliwat oleh DSAI yang berumur 61tahun. Tengok buka bapak yang serious sudah banyak persoalan yang tidak dapat dijawab. Mungkin bapak banyak hutang duit judi sama Along terpaksalah Si beruk dikorban untuk belakon untuk menyelesai duit judi.Bapak yang muka tebal macam kulit buaya sahaja yang berani tampil kedepan untuk mendapat publisi yang murah…..

5. mat piah - November 27, 2008

salam utk semua.
terlalu pedas penulis lain tentang saiful. kesian dia.
hakikatnya, doktor hospital pusrawai kata tak diliwat. siaful kata dia diliwat. bagus punya cerita.anyway selamat utk semua

6. ApaLaKoNi - November 27, 2008

“Saya masih berehat”…senanglah hidup kau tak yah keerja…abih kau hidup setiap hari tu sapa tanggung…makan minum kau sapa bagi duit..bapak kau bukan org kaya..upah peguam cam mana nak bayar kalau duduk berehat..je….pelik2. Apsal dulu kau kerja cari duit ngan nuar…sekarang tak yah kerja…

7. Taher Sherif - November 27, 2008

Kita semua dah tengok “hasil” sumpah laknat yang dilakukan si saiful tu, bala demi bala dah timpa umno dan pimimpin umno. Kami percaya pemusnah umno yang sebenar adalah orangnya sendiri !!!

8. joenathan - November 27, 2008

memalukan bangsa melayu lah,bagi buntut pas tu nak jual pulak,untuk BN,kakakakaka,teruk lah melayu ni.Buat malu kat melayu lain jer,

9. maie - November 27, 2008

orang yang bodoh saja percaya pada cerita mat saiful ni.sementelahan najib n rosmah ada hidup kau terjaga buat sementara,tapi kau ingat saiful langit tak selalunya cerah………

10. Alias - November 27, 2008

Apakah yang didakwa oleh Saiful dalam sumpahnya itu betul? Sampai sekarang pun dia tak kena laknat.

11. Pak Ulong - November 28, 2008

Saudara Saiful,

Anda tidak perlu untuk tampil membuat penjelasan tentang apa yang orang katakan pada diri kamu. Apa yang berlaku pada kamu dengan Anwar samada benar atau tidak hanya kamu,Anwar dan ALLAH SWT yang mengetahuinya. Jika benar apa yang kamu dakwa itu berlaku kenapa kamu hebahkan tentangnya. Bukan kah kamu yang mengizinkan( jika Benar) untuk Anwar memasukan zakarnya kedalam lubang jubur kamu. Apakah ada paksaan dari Anwar dalan perkara itu atau pun kekerasaan. Benda yang kamu akui telah berlaku (Jika Benar) adalah satu perkara yang nengjijigkan dan memalukan bukan sahaja diri kamu malah seluruh ahli keluarga kamu lebih lebih emak kamu yang melahirkan kamu. Biar lah masa yang menentukan siapa yang bercakap benar antara kamu dengan Anwar.

12. sarawak - November 28, 2008

Kalau lumpuh pun itu tandanya”SUMPAH MAKAN TUAN”, Itu pengajaran orang yang berbohong. Saya yang kerja makan gaji pun tak pakai kot macam Saiful Jubur.Macam mana dia dapat Diut? Mat Mongolia mesti tahu jawapannya dari mana duit itu datang.

13. yeopkayun - December 1, 2008

hoi budak jual jubo.kalau dakwaan kamu tak betui(memang tak betoi) kamu akan ditimpa laknat lambat laun kamu akan makan daun. tengok apa dah jadi pada umno. kini umno telah terkena bahana.politik wang yang melanda kini asdalah satu petanda bahawa umno akan hancus tidak berapa lama lagi. orang melayu dah muak dengan permainan politik orang umno. namun mereka yang masih tidak sedar Allah sedang menurunkan bala kepada mereka masih lagi sibuk buat fitnah terhadap PK. BPR yang menjadi alat tunggangan umno takut-taku untuk menyisat umno. Umno akan hancus tidak lama lagi RASAKANLAH!

14. Nittany - December 8, 2008

wah semua orang bercakap tentang hukum agama..tetapi penggunaan kata tak kene tempatnya sebagai orang Islam. Biarlah mereka urusan dgn Allah..tak perlu sebenarnya nak tambah-tambah cerita,kalo tambahan cerita anda terjadi fitnah bagaimana? Rasanya tak perlulah baritahu kesan2 nya..rasanya semua pakar dalam bidang agama


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: