jump to navigation

Parlimen tolak usul bincang kezaliman Zionisma – Malaysiakini November 27, 2008

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

PAS amat dukacita apabila Parlimen Malaysia hari ini menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin.

Zionisma
 
 
   

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul menentang kezaliman adalah isu sejagat yang disepati oleh semua parti politik di Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, PAS beserta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari KeADILan dan DAP turut sama menyokong usul berkenaan walaupun ianya dibawa oleh wakil Barisan Nasional.

Usul menangguhkan mesyuarat Parlimen dikemukakan oleh Dato’ Dr Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Paha), tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Ronald Kiandee.

“PAS amat dukacita kerana usul ini ditolak, kita (PAS) pernah bersama (menyokong) dengan kerajaan dalam isu Bosnia, Palestin (sebelum ini) dan isu pengharaman nuklear.

“Ini adalah tanda keterbukaan kita, Pakatan Rakyat, dalam menghadapi isu kezaliman sejagat, kita bukannya hadir untuk membangkang semua perkara yang dibawa oleh BN,” tegas Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam reaksi terhadap isu yang sama, Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian PAS amat jelas, dalam membincang isu tindakan kejam rejim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza yang diusulkan oleh Dato’ Mohd Puad Zarkashi di Parlimen hari ini.

Katanya, dalam isu berkaitan dengan kepentingan bersama PAS mengambil tidak mengenal erti sempadan atau parti politik bagi menyatakan pandangan bahawa dalam isu bersama secara kolektif itu perlu diperjuangankan bersama.

“Walaupun tadi isu itu dibawa oleh Batu Pahat yang kemudian disokong Seri Gading, saya juga menyatakan pandangan dengan meletakkan sebagai satu isu yang kita perjuangkan bersama,” katanya kepada pemberita sebaik saja beliau keluar dewan.

Malangnya beliau berkata, usul itu ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua dengan memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

Menurutnya Ahli Dewan mahukan menunjukkan kepada dunia khasnya Israel yang parlimen Malaysia mempunyai pendirian bersama dalam isu tedrsebut kepetingan rakyat Palestin tanpa mengira agama.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Dr. Mohd Puad Zakarshi (BN-Batu Pahat) bagi menangguhkan sidang Parlimen agar membincangkan mengenai keganasan terbaru rejim Zionis di Gaza selepas terlucutnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.

Penolakan usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan.

Menurut Nasharudin, penolakan tersebut secara jelasnya Ahli Parlimmen tidak dapat menyatakan pandangan daripada parlimen walaupun merekatidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh Wisma Putra baru-baru ini.

Tambahan pula katanya ruang untuk membahas isu tersebut agak terbatas apabila hanya dibenarkan disentuh dalam sesi perbahasan bagi Kementerian Luar.

Sehubungan itu katanya PAS dan Pakatan Rakyat akan berusaha dengan cara lain untuk memastikan perkara itu dibahas di Parlimen termasuk mengadakan perbincangan dengan Kelab Penyokong Kerajaan.

Sementara itu keputusan penolakan tersebut mendapat bantahan daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dengan menyataka bahawa Parlimen Malaysia perlu membuat satu ketetapan dan pendirian terhadap tindakan kejam rejim Zionis itu.

Turut bangun meminta speaker mempertimbangkan semuala keputusan itu ialah, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (KeADILan – Permatang Pauh, Salehuddin Ayub (PAS – Kubang kerian), Dato’ Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) Tian Chua (KeADILan – Batu) dan Dato’ Bung Mohktar Raden (BN- Kinabatangan). – mr_

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: