jump to navigation

Kenyataan Akhbar Rafidah Aziz – Malaysiakini November 22, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Berikut ialah transkripsi penuh kenyataan akhbar Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung pendiriannya untuk mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti Mac depan.

KENYATAAN AKHBAR

Memandang bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat telah membuat kenyataan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno, maka saya dengan ini:

1) Akan mempertahankan jawatan ketua yang saya sandang sekarang, dan Insya-Allah, akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.

2) Saya menghargai dan menghormati pandangan yang telah saya terima dari 117 Bahagian itu.

3) Saya memulangkan kepada para perwakilan, yang mewakili akar umbi, untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011.

Saya kecewa kerana pelan Peralihan telah dipertikai, dan ditolak, lebih tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada bulan Ogos (4 haribulan) 2008.

Semenjak tarikh itu TIADA sesiapa dalam Exco, atau di luar, yang telah mempertikaikannya. Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri, sama ada antara empat mata, dalam Exco dan dalam sidang media, telah BERKALI-KALI menegaskan:

a) Beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun dicalonkan.

b) Beliau patuh kepada Pelan Peralihan.

c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.

d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa “kata akan dikotakan” dan “my word is my honour.” (semuanya telah disiar dalam media).

Saya tidak ada sebab untuk menyangka bahawa akan berlaku pelbagai pergolakan SELEPAS PROSES PENCALONAN SELESAI.

JIKA, dalam mana-mana perbincangan ADA MANA-MANA PIHAK yang TIDAK SETUJU, dengan PELAN PERALIHAN maka, sebagai pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab, WAJAR dibangkitkan dan dibantah.

Jika mereka berbuat demikian, SEBELUM proses pencalonan, maka pasti Exco akan membatalkan sahaja PELAN itu.

DAN, saya tidak ragu-ragu akan membiarkan Bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua.

Tetapi, ‘bantahan’ ditimbulkan SELEPAS mereka mendapat CUKUP pencalonan untuk bertanding, MAKA BARU membantah, dengan berbagai ‘alasan’ yang sebenarnya tidak berasas.

ADA pula pihak-pihak tertentu yang mahukan pelan peralihan ‘dipercepat’, dari Jun ke Mac 2009. Ini tidak logik.

JIKA ia dibuat bulan Mac ia bererti:

a) Tidak ada lagi ‘pelan peralihan’, yang pada asasnya, melibatkan satu jangka masa antara Perhimpunan Agong dengan tarikh penyerahan jawatan.

Semua mengetahui bahawa pada asalnya, jangka masa itu ialah antara Januari hingga June 2009, KERANA Perhimpunan Agong dijadual pada Disember 2008.

Ia telah dianjak kepada Mac- tetapi Pelan Peralihan TIDAK terjejas.

b) Jika ‘dipercepat’ kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerah jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat menang tanpa bertanding.

INI menidakkan hak dan kemahuan 117 Bahagian yang telah mencalonkan saya untuk pegang jawatan hingga Jun 2009.

Sekarang, kerana PELAN PERALIHAN telah diingkari dan jawatan ketua akan ditandingi, maka saya akan mempertahankan JAWATAN yang saya sandang sekarang ini.

Saya ingin menyarankan supaya pertandingan semua jawatan-jawatan dalam PergerakanWanita Umno hendaklah dijalankan dengan TERTIB, BERADAB, IKHLAS dan jangan sekali-kali menjejaskan sesiapa, atau menjejaskan parti.

JANGAN sekali-kali mengada-adakan dan menabur FITNAH dan BOHONGAN, dan membawa pecah belah.

ALLAH SWT menentukan segala-galanya. TIDAK ada yang lebih besar dariapada KUASA ALLAH SWT.

Terima kasih.

21 November 2008.

 

Comments»

1. Pak Ulong - November 25, 2008

Tiada istilah TIDAK pada FITNAH dan PEMBOHONGAN pada orang politik. FITNAH dan PEMBOHONGAN adalah asam garam orang berpolitik. Tidak banyak, sedikit mesti ada. Jika ada persaingan untuk jawatan maka FITNAH dan PEMBOHONGAN akan menjalar bagaikan ribut yang melanda. Jika takut……….untuk menharunginya maka jangan turut serta. Tiada istilah TERTIB,BERADAP dan IKLAS pada orang politik. Hari ini mereka berkawan, esok lusa mereka menjadi lawan. Hari ini mereka lawan, esok lusa mereka menjadi kawan. Kepada orang politik jika mereka mahukan kedudukan, kuasa dan jawatan maka apa saja yang dapat dilakukan akan mereka lakukan demi survival politik mereka. Tiada istilah HARAM atau HALAL demi untuk mendapat apa yang dicita citakan. UMNO telah menjadikan semua itu pra syarat dalam pemilihan untuk merebut jawatan. Jika ada yang tidak mahu untuk mengikuti akan budaya semacam itu ,maka sebaik mana pun pemimpin tersebut tidak dapat diterima untuk menjadi PEMIMIPIN UMNO. Bukan semua dalam UMNO yang mahukan budaya semacam itu,tapi majoriti telah menyetujuinya. Semoga dengan adanya pertandingan untuk jawatan KETUA WANITA UMNO maka rakyat akan disajikan dengan cerita cerita buruk kedua dua tokoh yang mahukan jawatan tersebut. JIKA APA YANG SAYA TULISKAN INI TIDAK BENAR , MASAKAN RAFIDAH MAHU MEMBANGKITKAN PERKARA ITU DALAM SIDANG AKHBARNYA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: