jump to navigation

Malaysiakini : Shahrizat lawan Rafidah, Kamilia yang menang November 21, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Selalunya bila dua ekor gajah bertarung, haiwan yang kecil mati terhimpit. Menariknya pilihanraya UMNO Mac nanti, bila Rafidah akan ditentang oleh orang kanannya sendiri, Shahrizat. Ironi pertandingan ini bila Rafidah pernah berkata yang beliau akan meletak jawatan jika ada pertandingan sebagai ketua dan Shahrizat pernah berikrar taat setia kepada Rafidah dan tidak akan melawannya.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Shahrizat dicabar sebagai Naib Ketua oleh Kamilia, dan beliau juga dicalon sebagai Ketua untuk menentang Rafidah oleh akar umbi. Rafidah mungkir janji, dan masih berdegil tidak mahu melepaskan jawatan. Shahrizat terpaksa mengikut kemahuan akar umbi dan juga mungkir janji dan melawan bossnya sendiri. 

Yang pasti seorang akan tewas, namun seorang lagi akan menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau adalah Ketua Wanita UMNO  bahagian kUALA Kangsar, Datuk Kamilia.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Shahrizat melalui kenyataan dua perengganya hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.

“Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.

Dengan keputusan itu juga bermakna akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.

Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.

Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno pada minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.

Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.

Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.

Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73. Sehingga kini banyak negeri telah mula menyatakan sokongan terbuka kepada Shahrizat dan mahulan perubahan pucuk pimpinan wanita dengan segera dan menolak pelan peralihan kuasa.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua, pula Shahrizat menerima 113 pencalonan dan Kamilia 54 pencalonan.

Comments»

1. Pak Ulong - November 21, 2008

Inilah yang dikatakan politik. Tiada janji yang tulus dan tiada kata yang mesti dikota. Jika diikuti perkembangan Wanita UMNO umum mengetahui bahawa telah ada persefahaman bagaimana untuk membuat peralihan kuasa antara Rafidah dengan Shahrizat. Persetujuan juga telah diterima oleh Exco Pegerakan Wanita biar pun terdapat segelintir yang tidak menyetujuinya. Namun dalam demokrasi, suara majoriti mengatasi minoriti. Setelah ada kata putus maka Shahrizat pun membuat kenyataan yang mana beliau tidak akan mencabar Rafidah untuk kerusi no 1 Wanita. Dengan kata lain Shahrizat telah membuat satu perjanjian untuk tidak mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita. Jika telah berjanji maka seharusnya pihak yang berjanji tunaikan apa yang telah dijanjikan. Ini tidak, bilamana ada percalonan dan desakan terus melupai apa yang telah dijanjikan. Kita orang melayu dan beragama islam seharusnya mengotakan segala janji yang telah kita katakan selagi janji kita itu tidak melawan hukum agama. Bukan niat saya komen ini untuk menghemtam Shahrizat. Ianya adalah kerana faktor JANJI.
Kalau pun Wanita UMNO mahukan perubahan, maka seharusnya Wanita UMNO mencari tokoh dikalangan Wanita yang tidak nampak bayangan Rafidah. Bukan macam Shahrizat yang umum ketahui adalah orang suruhan Rafidah. Jika Shahrizat menjadi Ketua Wanita maka Wanita UMNO akan diterajui oleh seorang pemimpin yang tidak pandai mengotakan apa yang dijanjikan.

2. nikmj - November 21, 2008

Pak Ulong, Bukan Shahrizat seorang, Rafidah juga pernah berjanji tidak akan bertanding calon Ketua jika ada pertandingan.

Jadi isunya disini, kedua-dua mereka telah mungkir janji. Diharap akan ada calon baru bertanding jawatan Ketua bila ada kekosongan nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: