jump to navigation

Bukti video Malaysiakini diubah semasa dalam jagaan polis November 21, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , ,
trackback

Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 November di Petaling Jaya yang dirampas polis, kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu.

Rakaman itu dan kamera video Malaysiakini dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahun perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih. 

Seramai 23 orang – termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad – ditahan dalam insiden tersebut. 

Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.
 
seized malaysiakini tv camera tape police 211108Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada MalaysiakiniSelasa lepas. 

Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut “telah hilang” di dua bahagian.

Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai, yang digantikan dengan satu rakaman baru. 

Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.

Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan, digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian. 

Kandungan rakaman yang “hilang” setakat ini, tidak dapat dipastikan.

syukri mohamad malaysiakini videographer cameramanShukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.

“Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis,” kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan. 

“Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami.”

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: