jump to navigation

Menteri gentleman letak jawatan – Malaysiakini November 20, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Datuk Seri Ong Ka Chuan yang kini diberitakan berada di Iran atas urusan rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, bulan lalu,

Ka Chuan berkhidmat sebagai menteri kira-kira tujuh bulan sebelum ditewaskan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam pemilihan MCA, 18 Oktober lalu. 

Surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. 

“Ya, beliau ada menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Datuk Seri Ong. Itu saja yang boleh saya katakan,” kata seorang pembantu Ka Chuan kepada Bernama, semalam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Ka Chuan turut menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mengikut prosedur, seseorang menteri perlu mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri. 

Abdullah kini dalam rangka lawatan rasmi ke Uzbekistan serta Turkmenistan dan dijadual pulang ke tanah air, hari ini. 

Sumber MCA pula memberitahu Ka Chuan memutuskan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Tee Keat terlebih dulu untuk membolehkan presiden parti mencadangkan pengganti bagi jawatan dalam Kabinet dan jawatan lain.

Surat peletakan jawatan itu dikatakan diserahkan tanpa tekanan atau desakan daripada mana-mana pihak. 

Tee Keat yang ditemui pemberita di bangunan Parlimen semalam, bagaimanapun enggan mengesah atau menafikan perkara itu. 

Menteri Pengangkutan itu berkata, isu berkenaan tidak penting lagi apabila beliau mengemukakan senarai cadangan wakil MCA dalam Kabinet kepada Perdana Menteri. 

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai isu yang digembar-gemburkan ini.

“Setakat ini, saya belum mengemukakan sebarang senarai kepada Perdana Menteri. 

“Apabila saya mengemukakan senarai cadangan itu, maka sama ada si anu meletak jawatan atau tidak, itu tidak mustahak lagi,” katanya. 

Sesungguhnya dalam arena politik Malaysia, UMNO, Gerakan dan MIC  terutamanya mesti melihat MCA sebagai benchmarking dalam tahap professionalisma sebagai seorang ahli politik.

Mereka akan meletak jawatan secara sukarela jika ditolak oleh penyokong akar umbi. Mereka juga akan meletak jawatan jika terbukti bersalah dalam apa jua tuduhan. Presiden mereka hanya memegang tampuk pemerintahan maksima selama 2 penggal sahaja.

Sedihnya melihat para menteri berebut jawatan dan saling tuduh menuduh sesama sendiri. Bekas menteri yang tewas masih lantang bersuara dan menidakkan kesalahan penyalahgunaan kuasa mereka. BPR dan PDRM masih berdiam diri. Mereka masih mendabik dada seolah-olah mereka masih mendapat sokongan akar umbi walaupun satu dunia sedi maklum skandal politik wang mereka. Jika dilihat pada calon yang akan bertanding dalam pilihanraya UMNO nanti, harapan kearah perubahan yang lebih mesra rakyat, penegakan keadilan dalam sistem kehakiman dalam negara nampak begitu kabur.

Comments»

1. pantanglarang - November 20, 2008

kak Pidah…. tak faham2 lagi ke???? Abg Samy pun dah terduduk ….. takkan kak Pidah nak terduduk sama???? … Baik kak Pidah cari kerusi untuk duduk dari orang lain carikan kerusi pas tu suruh kak Pidah duduk…. Kerusi yg orang lain cari belum tentu sesuai ngan saiz kak Pidah…… MCA dah telus…. kak Pidah bila lagi…… agak2 lah ya kak Pidah……

2. kaka - November 21, 2008

kak pidah tak cukup duit lg nak bsara..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: