jump to navigation

Malaysiakini – Kes Liwat Anwar, hujah pendakwaan didengar dimahkamah tinggi hari ini November 20, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , ,
trackback

Mahkamah Tinggi dijadual mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Anwar hari ini tiba pada jam 9.12 pagi bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mahkamah mula bersidang jam 9.12 pagi.

Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi.

Ia dijadual didengar hari ini dan esok.

Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Pada 7 November lalu, Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Abdul Gani sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah berhubung satu laporan oleh Anwar kononnya Abdul Gani memalsukan keterangan dalam siasatan insiden “mata lebam” semasa Anwar ditahan polis pada 1998.

Pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.

Mahkamah Sesyen juga telah menetapkan 14 November lalu bagi sebutan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen tertentu seperti laporan perubatan, kimia dan polis berhubung kes itu kepada pihak pembelaan.

Bagaimanapun ketika mahkamh bersidang minggu lalu, Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan mahkamah bahawa mengikut Seksyen 35(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Tinggi, selepas memohon mana-mana rekod, semua prosiding di mahkamah lebih rendah berhubung perkara itu perlu ditangguhkan sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi.

Mohamed Yusof berkata ini bermakna semua dokumen yang diperlukan peguam bela Anwar tidak boleh dibekalkan sehingga Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah atau membuat keputusan.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: