jump to navigation

Malaysiakini – Teka-teki Rafidah bersara Jun terlerai sudah! November 19, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Insyaallah pada bulan Mac 2009 Najib Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Ketika itu Rafidah masih lagi Ketua Wanita Umno. Dengan kedudukan itu Rafidah boleh menuntut jawatan menteri daripada Najib. Najib pula akan menimbangkan kerana Rafidah juga berkerja keras untuk mempersarakan Abdulah Badawi lebih awal. 
Rafidah berdoa agar Najib mengenang budi dan segala usaha-usaha beliau itu. Mana tahu kalau diberikan jawatan menteri dapatlah kumpul dua tiga billion lagi!

Sikap dan telatah Rafidah itu tidak menghairankan Murai. Sudah menjadi perangai orang politik bila sudah naik payah turun. Bila sudah duduk di kerusi empuk sukar melepaskannya. Biarlah orang kata tua, lembik, lemah tidak berwawasan dan sebagainya, mereka tidak akan pedulikan. Apa yang mereka tahu duduk di situ enak, sedap dan mendapat berbagai layanan istimewa; air orang hulur makan orang beri, nak berjalan orang membuka laluan. 

 Tak ada yang nak ‘diserah’ bukan harta peribadi…. tunggu perwakilan mengundi dalam bulan March ” begitulah bunyi mesej yang dikatakan dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz kepada bekas Naibnya Tan Sri Napsiah Omar

Keadaan inilah juga menyebabkan Mahathir Mohamad menjadi seperti orang moryam apabila beliau berhenti menjadi Perdana Menteri. Beliau merasa terhina dan tidak dipedulikan lagi. Itulah sebab dia merayau siang malam. Ini terserlah bila mana Mahathir sering kali merintih, tidak ada lagi orang yang mencium tangannya selepas beliau tidak lagi berkuasa. Katanya semasa jadi PM dulu, tangan beliau sampai haus atau licin kerana dihidu dan dicium oleh orang ramai. 

Bukan saja setakat tangan, punggungnya pun dicium! He…he…he… 

Jadi bila sudah tidak jadi PM, segala keistimnewaan, penyanjungan dan pentaksuban itu hilang dari hidup Mahathir. Tangan dan punggung Mahathir juga sudah menjadi kasar dan berkerasak kerana tidak dielus dan dicium lagi. 

Bukan saja Rafidah dan Mahathir, orang lain juga begitu. Masih mengaku kuat, sihat dan menggunakan berbagai alasan untuk terus menjadi orang besar. Walaupun mata sudah ruyup, dada selalu sakit, kaki sakit, kepala lutut (buah gomok) sakit tetapi masih nak jadi pembesar juga. Tidak mahu mengaku kalah dan menyerah kuasa kepada anak buah. 

Biarlah berjalan pakai tongkat, orang papah tidak mengapa, asakan title keramat itu tidak hilang. Anih kenapa takut sangat kepada hal-hal pangkat dan kedudukan yang dianggap daki dunia itu? Selalu kita bercakap dan mengkritik orang yang sukar untuk berundur, tetapi bila sampai giliran kita, kita jadi dua kali lima sahaja. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, buat tak serupa kata. 

Kepada orang-orang politik yang degil nak turun dan nak buang kuasa, (atas apa jua alasan) usahlah mengeji Rafidah kalau nenek wanita Umno itu masih bercita-cita lagi untuk jadi menteri. Kalau kita juga serupa dengan mereka tindakan itu bagaikan dulang yang mengatakan paku serpih sahaja. 

Dan fahamilah sikap dan perasaan orang politik, selagi jasad mereka dapat dilihat selagi itu mereka akan berusaha untuk terus menahktai kuasa.

Ihsan MSOMelayu.blogspot.com

Comments»

1. pengundisabah - November 19, 2008

Sama je Rafidah dengan Shahrizat tu,masing-masing nak mengharap jadi Menteri Penuh.Biasalah kalau dah jadi Orang Politik,sekurang-kurangnya ada sesuatu yang hendak dicapai atau dihajati.Apapun,biarlah wanita itu sendiri menentukan hala tuju mereka,betandinglah secara sihat! Go Rafidah….Go Shahrizat.

2. chris chong - November 19, 2008

nice article!

3. Muthu - November 19, 2008

Teka-teki Rafidah telah terlerai memang saya setuju tetapi ceritanya tak lengkap. Saya akan sambung sikit utk melengkapkan teka-teki itu. Cik Kak tu dulu kan ke Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sekarang ni dipegang oleh Tan Sri Muhyidin Yassin. Cik kak tu sebenarnya masih mengimpikan kementerian tersebut kerana dia tahu sangat lubuk intan permata yang berada disitu. Berpuluh tahun Cik Kak tu di situ. Peluang Tan Sri Muhyidin Yassin untuk jadi TPM amat cerah. Sebelum ini belum ada catitan rekod yg menunjukkan bahawa TPM adalah juga menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Jadi, bila Tan Sri Muhyidin jadi TPM, sudah tentu la beliau jadi bos kementerian yg lain. Ini sudah tentu akan mengosongkan jawatan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kedua-dua mereka merupakan orang yang nampak ketara mahukan Pak Lah secepat mungkin lepaskan jawatan PM kepada Najib. Bila Najib jadi PM, setidak-tidaknya beliau akan merasa terhutang budi dgn Cik Kak tu. Aktiviti membalas budi akan menjadi lancar dan tersusun apabila Cik Kak tu dilantik semula menjadi bos di kementerian yg dah jadi macam hak miliknya sampai bila-bila. Kalau Cik Kak tu serahkan jawatan Ketua Wanita pada Mac ini, maka harapannya akan turut berkubur. Sebab itulah, plan peralihan kuasa dibuat pada Jun 2008. Kalau tak dapat pun dia tak rugi apa-apa. Cik Kak tu sebenarnya sedar bahawa waktunya telah melepasi Mahgrib. Usaha politik Cik Kak kali ini adalah yang terakhir atau last kopek. Betul tak teori politik saya ini ?

4. pantanglarang - November 20, 2008

setuju!!!! Muthu……
sebenarnya itulah yang berlaku…. tai Cik Kak tu tak pandai sbb dia ingat orang lain tak pandai….. Berkurun jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa pun masih tak boleh melihat kelebihan orang lain…. Cik Kak tu cakap lain di mulut lain di hati….

Waktunya dah sampai Isyak dah sebenarnya…. lagi2 pulak ramai yang tak menyokong tindakan Cik Kak tu secara terang-terangan…. yang seratus lebih tu pun…. tinggal Selangor je yang mencanang…. yang lain2 lebih berani sekarang… terang2 kata terpaksa….. Cik Kak tu terlupa ke tempoh 20 tahun dia tu pernah berehat dek sebab cik CT ….. itupun dah kene bidas…. tak serik2 ke ? atau dah terlupa?????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: