jump to navigation

Isu rasuah : Ketua Hakim digesa letak jawatan dalam masa 7 hari – Malaysiakini November 19, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi supaya meletak jawatan secara terhormat dalam masa tujuh hari berkuat kuasa hari ini.

 

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau membuat gesaan tersebut atas kapasiti Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Kehakiman, berikutan kenyataan Zaki dalam satu persidangan integriti di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah

“Tiada ada keraguan lagi yang Tan Sri Zaki berkata perkara berikut : ‘Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini’.

“Tan Sri Zaki tidak boleh dan tidak seharusnya menafikan yang beliau telah mengungkap perkara itu,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Karpal berkata, beliau mempunyai rakaman audio berhubung apa yang dikatakan Zaki itu namun enggan memberitahu daripada rakaman tersebut diperolehi.

Karpal berkata, penjelasan Zaki berhubung isu tersebut yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris juga adalah satu pembohongan yang mencerminkan kekurangan integriti dirinya.

“Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman,” katanya.

Karpal berkata, jika Zaki tidak meletak jawatan dalam tempoh yang diminta, beliau tidak ada alternatif lain selain membuat usul terhadap Zaki di bawah Artikel 127, Perlembagaan Persekutuan kerana telah mengelirukan negara dengan apa yang dipanggil Zaki sebagai penjelasan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu menyiarkan sebuah artikel berhubung pengakuan Azmi yang pernah menghadapi masalah korupsi di dalam mahkamah.

Pada hari berikutnya, Zaki membuat penjelasan dalam akhbar yang sama bahawa apa yang dikatakan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan akhbar terbabit dan beliau tidak pernah memberi atau menerima rasuah.

Sementara itu, Karpal turut meminta Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) supaya menyerahkan nama ahli-ahlinya yang berminat untuk menyertai kaukus kehakiman.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi BNBBC bahawa hanya jawatan timbalan pengerusi kaukus dibuka kepada BN adalah salah.

“Pakatan Rakyat mempunyai 81 ahli dalam Parlimen. Hanya 55 tandatangan ahli Parlimen yang diperlukan bagi membentuk satu perempat daripada ahli Parlimen untuk membuat usul berhubung kelakuan seorang hakim di bawah artikel 127,” katanya.

Pada Khamis lalu, Karpal telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Zaki di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.

Karpal memfailkan laporan polis tersebut setelah usulnya supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Zaki itu ditolak buat kali kedua pada hari sebelumnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.

 

Comments»

1. Pak Ulong - November 19, 2008

Kalau dah buat laporan polis apa lagi yang lu mahu? Tunggulah polis buat siasatan. Lu siapa untuk bagi tempoh tujuh hari pada Zaki untuk letak jawatan? Pada lu (Karpal) semua kerajaan buat tak bagus. Kalau lu rasa takda bagus bagi lah idea macamana untuk membuat yang bagus. Ini tak da lu hanya mahu hemtam kerajaan. Itu Zaki punyai jawatan Agong yang lantik. Lu jangan suka suka mahu suruh dia berhenti. Lu macam takda hormat pada Agong.

2. nikmj - November 19, 2008

Kepada Pak Ulong,
Karpal Singh membuat tuntutan diatas dasar kapasiti Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Kehakiman, Lantikan oleh Agong gimik aje kerana pemilihan dibuat oleh Kerajaan memerintah.

Jadi dalam hal ini, Karpal pun ada hak kerana beliau menjadi Pengerusi diatas lantikan oleh Parlimen.

Soal idea dari pembangkang adalah masalah BN kerana pada dasarnya BN TIDAK PERNAH DAN SELALU BERLAGAK BODOH SOMBONG TIDAK MAHU mengambil kira pandangan pembangkang samada baik atau tidak.

Contoh terkini, semasa Anwar meminta Najib mengubah Bajet 2009 Najib dengan angkuh menolaknya. Kemudian apabila ditegur Pak Lah tetiba semasa penggulungan Bajet, Najib cuba mengusulkan Penambahbaikan Bajet 2009.

3. Pak Ulong - November 20, 2008

Kpd nikmj,
Saya mengerti bahawa Kapal adalah Pengerusi Kaukus Intergriti dan Kebebasan Kehakiman. Maka itu Karpal seharusnya mengunakan haknya sebagai pengerusi dan mengsyorkan apa tindakan yang seharus diambil kepada Ketua Hakim Negara. Tiada timbul masa 7 hari untuk memaksa Zaki letak jawatan. Jika benar Zaki mengeluarkan kenyataan bergitu rupa ,maka Karpal gunakan Artikel 127 Perlembangan Persekutuan. Gunakan saluran yang telah diberikan. Meyuruh Zaki meletak jawatan adakah bidang kuasa yang Karpal Pengerusikan? Umum mengetahui bahawa perlantikan Ketua Hakim adalah kuasa Agong. Soal gimik tidak timbul. Ini soal yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia. Dalam hal idea dari pihak pembangkang tidak semestinya untuk BN menerima. Tapi untuk rakyat membuat peneliaan sesuatu idea yang bernas yang telah pembangkang syorkan. Dengan cara itu maka sokongan untuk pembangkang oleh rakyat tidak berbelah bagi dan pembangkang akan dapat bertahan di parlimen atau mungkin menubuh kerajaan baru pada akan datang. Ini adalah masa yang terbaik untuk pembangkang memberi rakyat keyakinan didalam membuat pemilihan angota parlimen dipilihanraya yang akan datang.

4. ajsalali - November 26, 2008

sokong pak ulong. kapal ni dari dulu membaaanngkang saja kerjanya. bagi dia tak da yang betul d pihak kerajaan. kalau dia tak boleh jadi pmbangkang yg membina, saya percaya dia juga tak boleh jadi pemerintah yg membina. kalau da ular, ular la tak mungkin jadi cacing. cacing baik lagi boleh bikin umpan semasa memancing, ular.! membelit brother…!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: