jump to navigation

Samy Vellu angkuh, minta 100 orang tanding lawan jawatan Presiden MIC – Malaysiakini November 17, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

Angkuhnya simamat ni… dah la berpuluh tahun jadi presiden… sebelum ni sesiapa cuba melawan kena cantas…. sekarang bila ada orang nak melawan kearah perubahan dan kemajuan parti … dia senang-senang je buat lawak suruh 100 orang challenge dia… bila la nak insaf dan bagi peluang kat orang muda pulak?????

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama pada Isnin lepas yang memetik kenyataan bekas Naib Presiden, MIC Datuk M. Muthupalaniappan yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu.

MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden parti pada Mac tahun depan, manakala pemilihan bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) dijadual pada September tahun depan.

Samy Vellu berkata, isu pemilihan jawatan Presiden parti itu tidak sepatutnya timbul memandangkan CWC MIC belum memutuskan sebarang tarikh sebenar untuk mengadakan pemilihan parti.

Menurutnya, kini bukan masa yang sesuai untuk memperkatakan soal pemilihan ketika usaha-usaha memperkukuhkan parti sedang giat dijalankan di seluruh negara.

Mengulas cadangan Muthupalaniappan berhubung jawatan Presiden MIC yang perlu dihadkan untuk tempoh tertentu, Samy Vellu berkata syor itu perlu mendapatkan sokongan majoriti anggota parti.

Beliau berkata, mana-mana pemimpin dan anggota parti bebas mengemukakan pandangan dan cadangan tetapi ia perlu mendapat sokongan majoriti anggota untuk dilaksanakan.

“Itu pandangan dia (Muthupalaniappan). Apa pun, kita mesti mendapatkan persetujuan majoriti, bukan hanya seorang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata, MIC akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan untuk membincangkan permohonan bagi pinjaman mudah untuk golongan peniaga India di negara ini.

Beliau juga berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membina dan menaik taraf sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara pada tahun depan. BERNAMA


 

Comments»

1. malaysian - November 17, 2008

apalah lu samy…?
sdh klh kat sg. siput masih lu cakap besar…
u should be kicked off fr. ur post….
attention to samy’s ‘cock suckers’ …. it is d correct time 4 u all to taste d brand new ‘cock’… it is useless to give the new tune to the old lyrics….
my kind advice to u all….. just ignore d mic….. it’s done nothing to d indians & dis tradition is endless….

2. practical - November 17, 2008

sudah2 le gila kuasa 2 datok…….

3. Pate Othman - November 17, 2008

eh.. so he is confident! ..why must it be translated to ‘arrogant’? .. when DSAI claim to take over the government on certain date, i see it that he is confident.. didnt mean it has to be the result of whatever that is they were confident about, right> – duh!

4. nikmj - November 18, 2008

Dear Pate,
It’s depends on which perspective you r looking at him. If you’re looking from his supporter point of view, then you’re correct.

However, if you’re looking from other perspective, such as his opposition or the neutral side, giving his leadersship as MIC president more than 20 years already and the way his actions towards those who opposed him for the past 20 years, I believe confident is not the right word to be used, arrogant is more suitable I believe.

If it still doesn’t please you, perhaps the way he acts toward Concessionaires Agreement regarding tolls collection should be a clear examples why such leaders are no longer required in Malaysia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: