jump to navigation

Sekitar majlis resepsi Ashraff dan Bunga November 15, 2008

Posted by nikmj in Entertainment, General, National.
Tags: , ,
trackback

 

Tarian pasangan yang membuai mimpi. -foto The Star oleh ERFAN SHAH

 

SUBANG: Majlis resepsi perkahwinan aktor Ashraf Sinclair dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari berlangsung dengan ‘indah’ tetapi diselubungi dengan ketidakpuasan hati para media yang membuat liputan di The Saujana, di sini, malam tadi.

Kedua mempelai berarak masuk ke dewan makan.

 

Segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang, dari majlis memotong kek, pertunjukan multimedia memori indah si pengantin, telatah mengajuk detik perkenalan hati budi mereka oleh pengacara majlis iaitu Sazzy Falak dan teman rapat Ashraf, Kit, hinggalah ke nyanyian istimewa rakan terdekat iaitu Ferhad.

Sesi memotong kek perkahwinan.

 

Akan tetapi suasana meriah tersebut berubah sekelip mata apabila pihak media terpaksa menunggu pasangan pengantin yang dinikahkan pada 8 November lalu ini melakukan sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan dalam jangka masa yang agak lama.

Bungan tertawa melihat telatah pengacara mengajuk bibit-bibit cintanya dengan suami tercinta.

 

Ini sekaligus menyebabkan sebahagian pihak media menanyakan soalan yang bersifat ‘tidak puas hati’ dalam sidang media sejurus selepas itu.

“Aku mencintaimu, Bunga”. Mungkin inilah yang dilafazkan Ashraf.

 

“Majlis resepsi ini kami sediakan untuk semua terutama keluarga, teman-teman rapat dan pihak wartawan.

Ashraf dan Bunga menari berlatarkan lagu ciptaan Ferhad, Satu.

 

“Tetapi, untuk menjayakannya, kita perlukan kerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan peranan masing-masing baik yang datang untuk meraikannya dan juga yang melaporkan,” tegas Ashraf kepada salah satu soalan sinis yang menyoalkan sebab beliau dan isteri tidak dapat memenuhi sesetengah permintaan media untuk menemubual secara eksklusif.

 

Akan tetapi jawapan ini tidak dapat meredakan kemarahan media tempatan yang terasa masa mereka ‘tidak dihormati’ kerana menunggu terlampau lama untuk menemubual mereka.

Kejutan Ashraf didenda menyanyi lagu Aku Dan Dirimu bersama Bunga.

 

Malah, layanan mesra Ashraf dengan media Indonesia menguatkan lagi spekulasi beliau ibarat ‘kacang melupakan kulit’ yang beriya-iya ingin melebarkan sayap ke ‘bumi Garuda’ dalam jangka masa dua tahun dari sekarang.

 

“Saya tidak bermaksud sebegitu sebab Kuala Lumpur tetap menjadi tapak utama dalam perkembangan karier saya kerana ia bermula dari situ,” jelas Ashraf yang telah mengikat kontrak berlakon dalam 200 episod drama produksi Indonesia dan bakal muncul menerusi dua buah filem Indonesia iaitu Pocong dan Saus Kacang.

 

Diharap, ianya bukan hanya tinggal janji kosong selepas dua tahun kemudiannya kerana apapun yang berlaku, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.

 

Untuk Bunga pula, dengan mempelajari cara bertutur dan budaya Malaysia, pastinya akan dapat membantu Ashraf terus mengingati asal-usulnya.

 

Malam yang bertemakan “Lakuran English & Malay Wedding” dikendalikan oleh syarikat pengurusan Ashraf, Beyond Events.

Kegembiraan mempelai turut dikongsi bersama keluarga tercinta.

 

Pakaian Ashraf, adiknya, Adam, Shahnaz dan bapa Ashraf, Muhamad Sinclair pada malam ini telah direka oleh pereka tempatan, Bon Zainal manakala pakaian Bunga direka oleh Sikie dari Jakarta.

 

Sementara itu, hiasan bunga-bungaan segar di hias indah oleh John Lee dari House of Flowers yang mempunyai 20 tahun pengalaman di dalam bidangnya.

 

Gazebo tersergam indah di atas pentas telah direka dan dicipta khas oleh Sulian dari Areca Special Projects Sdn. Bhd.

Datuk Seri Farid turut meraikan hari bersejarah Ashraf dan Bunga.

 

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu itu melibatkan ibu dan bapa Bunga, Emmy Syarlef dan Muchlis Rosli, ibu dan bapa Ashraf, Khadijah Abd. Rahman dan Muhamad Sinclair serta rakan artis.

 

Antara selebriti dan VVIP yang turut hadir adalah M. Nasir dan isteri, Marlia Musa, Nazruddin Habibur Rahman dan isteri, Sheanne Iman Lee, Jehan Miskin dan Datuk Seri Farid Ridzuan.

 

 

 

Comments»

1. ILA - November 15, 2008

happening jugaklah this wedding. Lebih baik kahwin, taklah di pandang serong bila nak bermesraan di khalayak ramai. Hope to see happy ever after.

2. noor - November 25, 2008

btul tu ila…tapi jangan over2 sgt tunjuk kemesraan tu kat org ramai…ingat skit, korang tu public figure..ape yg korang buat smer mnjadi perhatian ramai..aku bukan ape, da banyak sgt artis2 ni, aku tengok..depan peminat, depan org ramai nak tunjuk romantik la sgt..tp last2 cerai gak..contohnye ajai+nurul, era+yusri dan ramai lagi lah.. tak payah la dok tunjuk sgt kemesraan tu lebih2…bukannye bleh..berdosa gak tu..wlaupon aku ni tak la bape terer sgt bab2 agama…tapi kalo camtu da terang2 tak elok, spatutnye kite tau…
cuma aku doakan setiap artis yang berumahtangga cam ashraff n bunga, harap2 berkekalan lah…jgn selalu ikutkan hati dan jgn terlalu kejarkan dunia glamour ni….da banyak contoh da..jadikan la smer tu iktibar dan pengajaran…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: