jump to navigation

Obama letak jawatan – Malaysiakini November 14, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Barack Obama yang dipilih Presiden baru Amerika Syarikat meletakkan jawatannya sebagai ahli Senat berkuat kuasa Ahad ini, selepas berkhidmat kira-kira enam tahun. 

“Ia satu penghormatan tertinggi dan amat istimewa dalam hidup saya untuk berkhidmat kepada penduduk Illinois serta dalam perwakilan Senat Amerika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

“Sebagai wakil Senat, saya bertemu ramai lelaki dan wanita yang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, tetapi mempunyai satu harapan iaitu memastikan masa depan anak mereka cerah.

“Inilah kehidupan keluarga di Illinois dan kisah hidup mereka tetap melekat di hari saya walaupun saya meninggalkan Dewan Senat Amerika bagi memulakan kerja sebagai Presiden yang penuh cabaran untuk menjadikan impian seluruh rakyat Amerika ini pula tercapai,” katanya. 

Obama dipilih menduduki kerusi Senat pada 2004 dan hanya dalam masa dua tahun, beliau menduduki kerusi Majlis Perwakilan sebelum bertanding Presiden. 

Beliau mencatat sejarah apabila mengalahkan calon Republikan,

John McCain, sekali gus menjadi Presiden kulit hitam pertama menduduki Rumah Putih. 

Kini, siapa bakal pengganti bagi kekosongan Obama itu akan diputuskan Gabenor Demokrat Illinois, Rod Blagojevich. 

Nama yang disebut-sebut ialah Jesse Jackson Jr, anak kepada pemimpin hak perkhidmatan awam dan bekas calon presiden, Jesse Jackson. 

Nama Valerie Jarrett, rakan rapat kepada Obama juga dikaitkan tetapi Valerie mengatakan beliau terkeluar daripada persaingan itu. – AFP

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: