jump to navigation

Perak ikut T’ganu, tak nak guna Proton V6 – ref Malaysiakini November 13, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Kerajaan Perak akan menggantikan kereta rasmi untuk Menteri Besar dan semua Exconya tahun depan berdasarkan keperluan dengan membayangkan tidak akan menggunakan kereta jenis Proton. 

Bila Kerajaan Baru Terengganu ingin menukar Proton V6 kepada Mercedes, satu Malaysia kecoh. Sekarang kerajaan PR Perak pula mengusulkan isu yang sama dengan alasan yang sama. Jadi sekarang apa masalah sebenarnya? Adakah kos penyelenggaraan Proton V6 terlalu tinggi ataupun adakah terjadi unsur rasuah dalam kos penyelenggaraan dalam kerajaan negeri sebelumnya?

Exco Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam negeri, Nga Kor Ming, berkata kos penyelenggaraan dan harga tanpa cukai kereta Toyota Camry dan Honda CRV didapati lebih murah berbanding Proton Perdana V6. 

Oleh itu, katanya, semua 18 kereta Proton Perdana V6 yang digunakan sejak 2004 hingga sekarang dengan kos penyelenggaraan melebihi RM1 juta bagi tempoh lima tahun, akan ditender untuk lelongan awam.

“Kos penyelenggaraan untuk kereta Proton Perdana V6 adalah tinggi, ini fakta yang tidak dapat dinafikan… kerajaan negeri boleh jimat wang rakyat jika tukar kenderaan lain yang menawarkan pakej lebih menarik. 

“Bila ahli keluarga saya sendiri menaiki Proton Perdana yang pernah digunakan oleh Exco terdahulu, mereka menjadi bimbang dengan tahap keselamatannya,” katanya ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (DAP-Canning) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Nga berkata, kos perbelanjaan penyelenggaraan dan pembaikan 16 kereta rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dari 2004 hingga Mac lalu ialah RM1.08 juta dengan tiga kereta mencatatkan kos paling tinggi iaitu AFD 66 sebanyak RM105,783.99 diikuti AFD 99 (RM103,896.03) serta AFD 333 (RM102,884.63).

Beliau berkata, penyelenggaraan dua kereta rasmi Menteri Besar iaitu ADY 9 dan AFD 9 dari 2004 hingga 2007 ialah RM131,610.19 manakala kereta rasmi model Mercedes Benz ML 320 dengan nombor pendaftaran AEH 9 ialah RM90,733.07. 

Katanya, beliau tidak mempersoalkan pembelian kereta Merceders Benz buatan Jerman oleh bekas Menteri Besar kerana peruntukan undang-undang negeri membenarkannya berbuat demikian tetapi mempersoalkan penggunaan wang rakyat yang banyak untuk kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6. 

“Wang rakyat banyak digunakan untuk kepentingan Proton tetapi apakah sumbangan syarikat kereta nasional itu kepada rakyat. 

“Saya tahu ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno yang tidak setuju dengan penggunaan Proton Perdana sebagai kereta rasmi dan ia ditunjukkan oleh kerajaan negeri Terengganu dengan pembelian kereta Mercedes Benz E-200,” katanya.

Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu), yang juga bekas Menteri Besar bagaimanapun meminta kerajaan negeri memikirkan semula keputusan dan kesannya untuk membeli kereta bukan Proton kerana mereka perlu sedar bahawa kilang terbesar Proton terletak di Tanjung Malim. (Berita Harian)

Apa komen BPR dan Proton Holdings????

Comments»

1. nikqlate - November 13, 2008

no comen of couse

2. citizen - November 13, 2008

Kebanyankan rakyat Malaysia menggunakan kereta nasional.tak akan exco kerajaan negeri Perak nak tukarkan kepada kereta lain atas alasan pembelanjaan wang rakyat tinggi.

Memang kerajaan BN membazir wang rakyat dan tidak transperans dan boros. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu siasat apakah masalah sebenar dan mengambil tindakan terhadap mereka.

Keputusan kerajaan pakatan menukarkan kereta proton kepada kerata lain atas alasan kos penyelenggaraan tinggi adalah satu tindakan tidak bijak.

Dengan tindakan itu, adakah kerajaan negeri perak memberikan nasihat kepada rakyat malaysia jangan menggunakan kereta nasional.

Katakan , jika anwar mengambil alih kerajaan persekutuan sepertimana yang diproprandakan september 6 dan juga pada bila-bila masa akan datang, adakah kerajaan perak berbuat demikian.JIka ini berlaku, penggunaan dan ekonomi negara dalam bidang ini tetap merosot.

Sejak beberapa penggal YB Ngar Ko Ming jadi ADUN pembangkang yang berkaliber dan berpidato begitu dasyat ,mengapa tidak menyoal perkara ini,YB tak tahukah exco kerajaan pada masa itu menggunakan kereta itu.

Pasal nyamuk janganlah bakar kelambu.

Kerajaan yang bernama pakatan rakyat, mestilah serasi, seaspirasi, hidup sederhana rakyat majoriti negeri Perak.

Sekiranya, kerajaan negeri perak , mengambil tindakan tukar kereta, pada pendapat ini menjadi satu isu besar dan kewibawaan kerajaan perak akan tercemar.

Pada masa yang sama saya amat terkilan dan bangga cara hidup Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin. Elaun bulanannya diberikan untuk kebajkan rakyat.

YB. Ngar perlu berhati-hati, jangan ghairah dan buat tindakan yang tak masuk akal

Citizen Perak

3. Tun Perak - November 13, 2008

Adik citizen mengapa tak mempersoalkan kerajaan umno trengganau, adakah en citizen buta, bodoh atau kurang matang kerana tak baca surat khabar. Di bawah tempurung mana EN. citizen sorok. Tolonglah pakai otak yang tuhan bagi, kerajaan perak nak tukar jenama kereta jepun yg memang terhandal dalm dunia dan juga lebih murah harganya daripada belian kereta mercedes kerajaan umno trengganau. Bukan kata tak nak sokong kereta Perdana, tapi mana ada quality?, harga quality kereta PERDANA masuk dalm kocek crony umno. Supplier proton tu siapa?, Semuanya crony UMNO, yang mengALI BABAKAN kontract semua kepada sub-con. Makan wang middleman, goncang kaki? lepas tu memang harga tak sama dengan kualiti. Simpulan kata, jikalau setiap hari pergi makan tengah hari di restoran ALi baba sebab nak support bangsa, tapi setiap hari kena cirit birit satu jam di jamban dan bermuntah2 setiap hari macam perempuan hamil pertama kali, berapa lama boleh tahan, mati satu hari nanti kalau tak berhenti makan di restoran Ali baba. Proton telah di suppot oleh rakyat dari tahun mana, 80 hingga sekarang, tapi kuality banding dengan harga yang di bayar tak sama rata, macam beli baju jenama dunhill, yang berharga mahal, tetapi baju tu di buat di kilang kelang lama. Mana bolih tahan. Proton telah merompak besar rakyat malaysia dengan monopoli nya, sudah masa syarikat kroni ini dewasa dan cuba berlawan tanpa tongkat rakyat. Dah cekik terlalu banyak darah rakyat, biar Proton belajar, tak masuk akal kalau harga kereta tu RM120,000 nilainya tapi harga serbisnya, berharga RM60,000 SETAHUN. INI MAKNA ADA YANG TAK KENA, SIAPA TIPU, SIAPA SEKARANG? Saya memang sokong pilihan kerajaan perak dan semua Kerajaan Pakatan, utk berhenti mebasir Wang rakyat keatas GLC KERAJAAN Umno, dengan si ali babanya yang makan gaji buta, bergonchang kaki dan dapat kontract buta. ADAKAH TUAN MASIH BUTA DAN BODOH, Harap tuan cuba baca Khabar internet, Malaysia kini dan bukan Utusan yang menulis propoganda bohong umno, selama mana EN. CITIZEN HENDAK DI PERBODOHI, bukalah mata dik. terima kasih

4. Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli - November 13, 2008

Tun Berak, sorry Tun Perak,BN 51 tahun BN menipu rakyat, memainkan isu perkauman dan agama untuk memperbodohkan rakyat. Rakyat tolaBN, kerana itu,

Kini pakatan jadi Kerajaan , DAP, PAS,PKR berpakat jadi kerajaan. Tetapi janganlah ikut telunjuk,jejak kaki barut BN.

Tun Perak, beranikah Kerajaan Pakatan menggunakan kereta Honda dan Camry jika anwar perintah tak lama lagi.

Kalau pakatan nak perintah, pergilah kelantan dan tanyalah Tok Guru , .Utamakan masalah rakyat,selesaikan isu-isu pertanian berikan hak milikm kepada petani, berikan galakkan peniaga kecil,kurangkan harga air.

Tukar kereta tak akan selesai masalah, tukar kerajaan. Tun Perak, adakah anwar atau pakatan memerintah kerajaan persekutuan, tutup kereta nasional.

Apa yang cakap ini, bukan saya punya, orang biasa, rakyat biasa yang menantikan perubahan dalam sistem pemerintahan .

Dulu nga kor meng buat aca report terhadap kerajaan negeri perak, kerana bas station medan kid ditutup, kini sudah berkuasa diam dan tanpa berbincang dengan rakyat tukar bas station ke Jelapang,

Dulu nga kor meng lantang bersuara isu petani tambun, Tun Perak pergi baca Hansard Perak, sekarang tanya pada petani, kalau kerajaan beri hak milik ,apakah kerajaan dapat?

Dulu MB Perak buat demo kurang tarif air, sekaran tak ada bunyi langsung.

Oi Tun Perak, Pakatan janji dalam menifesto PRU12, pilihanraya kerajaan tempatan di adakan, kini sudah menang pilih kroni.

51 tahun BN korup, dan salahguna kuasa dan mengurus harta rakyat.

Tapi Pakatan tak sampai satu bulan, apa yang janji belum buat, kalau tanya,kerajaan barulah , tunggulah nati, Oi Perak, kerajaan baru, tapi lama dalam politik.

Kerajaan Pakatan Perak, tak perlu buat polisi baru. Semasa YB-YB pakatan yang ada dalam pembangkang, tanya beribu-ribu soalan kepada BN korup ADUN, soalan itu carilah jawapan dan laksanakan.

Tun Perak, saya juga pembangkang tahu, kritikan saya ini bukan saya seorang punya, orang ramai cakap di pekan, warong dan mana-mana tempat.

Pada analiasa politik, next elextion, Kelantan,Kedah, Penang dan Selangor boleh kekal kuasa, Tapi Perak 40-60 tahu.

Kalau tak percaya, tunggu dan lihat.

5. citizen - November 13, 2008

Tun Perak seorang bendahara, tapi jawapan tun perak moden tak nampak kematangan dalam jawapan.

Saya tak bicara pasal umno,bn, semua tahu mereka gila kuasa,wang,pangkat ,pengampu amerika.

Bincang pasal PR, harapan rakyat. aspirasi rakyat.

Walaupun BN itu musuh rakyat, tapi kereta itu adalah kereta nasional, kalau ada penyalagunaan,bongkarkan, Panggil 82 MP Pakatan buat buat,bawa usul,bongkarkan, adakah demo, sebarkan kepada rakyat.

Bukan ,melarikan dari kebenaran.itu bukan cara penyelesaian. Pakatan perintah 5, negeri dan MB 5 negeri adakan mesyuarat cari penyelesaian. Di antara 5 negeri buat keputusan bersama. Bukan sahaja di Perak sedemikian, di semua negeri.

Itulah saya kata, pasal nyamuk jangan bakarkan kelambu.

sebelum ini, BN buat semua keputusan dan polisi secara unilateral, pasal itu mereka kalah teruk. PR jangan buat macam itu, Kalau ada penyelewengan BN, maka bongkarkan, sebarkan dan minta pandangan hakim negara bukan Zaki, rakyat Perak keseluruhan. Berlilah political education kepada mereka.

Jangan lupa ,hanya 2 kerusi sahaja berbeza, untuk jatuhkan PR, ingat, yang menang banyak kerusi adalah DAP di kawasan MCA dan gerakan. Tetapi majoriti calon UMNO menang.

segala keputusan perlu berdasarkan aspirasi rakyat. orang kata: power corupts absolute power corrupts absolutly.

6. nikmj - November 14, 2008

Bloggers semua… pada hemat saya, topik adalah berkenaan kereta kegunaan kerajaan negeri bukan hal-hal lain.

Mungkin tujuan kerajaan negeri bertindak demikian kerana hendak memberitahu sekelian rakyat jelata tentang penyalahgunaan kuasa oleh exco BN semasa mereka memerintah.

Seperkara lagi, mereka memilih kereta Jepun yang terbukti lebihh baik dari Proton V6 dan lebih murah dari Mercedes.

Pada pendapat saya, ini strategi serampang dua mata. Pertama, rayat mesti tau yang exco BN Perak sebelumnya telah korup dan menyalahgunakan kuasa. Kedua, tindakan kerajaan BN Terengganu memilih kereta Mercedes ibarat lari mulut harimau masuk mulut buaya.

7. Pak Ulong - November 14, 2008

Apa jenis kereta yang digunakan bukan lah persoalan yang besar. Tapi cara pengunaan yang penting. Kereta resmi kerajaan hanya lah untuk kegunaan dalam hal yang melibatkan kerja kerja resmi . Tapi ada kalangan mereka yang mendapat kereta resmi mengunakan pada perkara yang tidak resmi. Umpamanya menghantar anak ke sekolah. Isteri pergi jumpa kawan dan makan tengahari. Itu semua bukannya tugasan yang boleh mengunakan kereta resmi kerajaan. Jadi disinilah keiklasan seseorang dalam menguna pakai kemudahan yang pihak kerajaan berikan. Jika kereta itu untuk tugas resmi maka gunakanlah ianya hanya untuk tugasan resmi. Jika tidak resmi gunakanlah kereta sendiri. Ini tidak , kerana kereta free maka di pacu kereta tersebut sampai nak pecah engin. Bila rosak kata kos mahallah itulah inilah dan macam macam lagi. Cuba pergi tengok dirumah mereka yang dapat kereta kerajaan. Kereta kerajaan akan berada diluar tempat letak kereta. Yang ada ditempat letak kereta semua nya kereta sendiri ,walaupun kereta sendiri murah dari kereta yang kerajaan beri. Bergitulah sifat manusia baik dari BN atau dari PR. Jadi persoalan tentang kos dan jenis kereta bukan lah isu untuk diperdebatkan. Yang harus ditekankan adalah cara pengunaannya. Gunakanlah hanya urusan yang resmi dan bukan untuk keluarga sendiri. Persoalah ini bukan sekadar pada Exco malah kepada pegawai pegawai kerajaan dan agensi agensi kerajaan di mana pegawai mereka diperuntukan kereta resmi. Bukan setakat kereta malah pemandu yang disediakan juga hanya memandu untuk kerja kerja pada bosnya sahaja bukan untuk keluarga bosnya.

8. Abu Usamah - November 14, 2008

Saya bersetuju padangan Pak Ulong

Tapi,pada masa yang sama PRjangan asyik salah kerajaan BN sebelum.Masa tak cukup,mungkin dalam 3 tahun P/raya ke 13 adakan datang, buatlah rancangan yabg baik untuk rakyat, carikan sokongan rakyat dengan utamakan kehendak rakyat biasa.

adakan perbincangan dengan ngo2 yang pro rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek.

Saya bimbang ada beberapa ngo tak puashati cara kerja seseorang exco, ada dengar berita, beberapa kumpulan yang memperjuangkan hak asasi semasa kerajaan BN menerima tekanan daripada rakyat biasa untuk mengadkan protes di hadapan SUK, cara hidup pegawai-pegawai ahli exco dan termasuk pegawai MB sudah bertukar,ada yang berlagak macam pegawai BN ,ini adalah komen rakyat biasa yang pernah mengujung pejabat MB.

Berhati-hati, BN tak akan diam, keraajan kelantan tak langsung boleh gugat semasa anwar dalam BN pun mengapa, cara hidup MB dan pegawai2 dan kakitangan kerajaan.

9. nikmj - November 15, 2008

Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12

Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40

Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50

Speaker AFD 999 RM63,324.16

Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47

Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99

Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71

Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14

Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94

Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26

Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63

Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04

Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03

Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60

Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40

Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89

Jumlah: RM1,079,512.07

Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07. Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.

Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33

Patut la syok jadi EXCO.

10. citizen - November 17, 2008

nikmj, itu semua betul ,tidak dinafikan, rakyat lega apabila BN jatuh.Janganlah PR pula bertindak secara satu pihak . Apa yang saya di atas, rakyat tak selesa tindakan dan pendirian PR dalam isu yang membabitkan rakyat.

Hasilnya, penghuni Silibin menyerahkan surat bantahan kepada MB pasal tukar jalan Silibin kepada P.Patto.

Isu yang sama, apabila Jalan Alor tukar, MP DAP Fong Kui Lan protes atas alasan yang sama.

Oleh itu, perlu buat tafsiran menurut aspirasi rakyat atas perkataan TUKAR, TUKAR FIKIRAN, TUKAR BN, TUKAR KORUPSI, TUKAR KEPUTUSAN SATU PIHAK, TUKAR …………………….

janganlah asyik tukar jalan, bas station dan sebagainya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: