jump to navigation

Malaysiakini on Isu fatwa pengkid : Please don’t meddle in our life November 12, 2008

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, Personal.
Tags: , , , , , ,
trackback

Assalamualaikum kepada semua muslim dan muslimah, dan salam sejahtera buat nonmuslim.

Nampaknya kefahaman tentang agama Islam masih rendah dikalangan umat Islam sendiri. Fatwa yang diwartakan oleh majlis fatwa seolah-olah dipandang rendah oleh golongan ini. Justeru itu, tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini terdapat golongan nonmuslim yang berselindung dibelakang NGO mula mempertikaikan fatwa.

Saya melihat kebiadapan segelintir golongan yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa berkaitan isu pengkid semakin melampau-lampau. Bukan sahaja mereka berani mengadakan perhimpunan haram, malahan tedapat NGO bukan Islam yang menyokong mereka dan mempertikaikan fatwa tersebut.

Perlu diingatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat setelah diadakan muzakarah dan perbincangan mendalam di kalangan mereka yang ahli dalam permasalahan sosial pengkid ini dan para ‘ulama-‘ulama.
Sikap keterlaluan ini telah memaksa Menteri diJabatan Perdana Menteri campur tangan dan mengingatkan golongan NGO ini agar tidak campur tangan dalam isu fatwa. Datuk Zahid dilaporkan bertanya kepada wartawan, “Masalah anak perempuan lari bersama teman lelaki boleh diselesaikan, namun bagaimanakah penyelesaiannya jika sianak perempuan lari bersama teman wanitanya yang perwatakannya seperti lelaki?” (GlobalBreakingNews)

Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya.
Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Saya cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka.
Kepada segelintir golongan ini, saya ingin tegaskan bahawa kalau kamu dan rela anak perempuan kamu menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma..persilakan. Tetapi jangan sekali-kali kamu heret umat Islam ke kancah kehancuran peradaban dan akhlak kamu.
Berikut adalah contoh temubual bersama Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAO berkenaan Fatwa dan Wanita
Kami yakin dengan agama kami, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam. Please don’t meddle in our life..

Kalau kamu memilih untuk terus menerus menghina kami dan memperlekehkan agama kami, saya berikan amaran kepada kamu akan ada dikalangan umat islam yang akan bangkit mempertahankan kesucian dan kemurniaan agama kami.
Lakum diinukum waliyadiin.. for you your way of life..for us our way of life..

Comments»

1. Hisyam - November 13, 2008

Salam bro,

from my personal point of view, adakah wajar majlis fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman pengkid kerana yang jelasnya umum memang sudah tau pengkid tu haram. I am not questioning their credibility tapi perkara ini kan sudah jelas haram, lagipun bukankah fatwa dikeluarkan apabila timbulnya sesuatu isu atau maalah yang timbul dalam masayarakat dan belum jelas hukum mengenainya seperti rokok, dadah dll. sedangkan isu pengkid sudah jelas berdasarkan hadis di bawah:

Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas menyatakan:

“Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki”.

majlis fatwa juga sepatutnya memberikan penjelasan selanjutnya tentang muzakarah sebelum fatwa dikeluarkan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada orang ramai. selain itu, apa langkah selanjutnya untuk membendung gejala tersebut?jika majlis fatwa sendiri berdiam diri akan menimbul diskriminasi dan prejudis yang tebal terhadap golongan tersebut seterusnya menyukarkan usaha dakwah utk membawa golongan ini ke pangkal jalan….diskusi secara ilmiah juga perlu dilakukan dengan golongan bukan islam untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan mereka.dalam hal ini, jabatan agama perlulah memainkan peranan yang lebih pro-aktif.

2. Jannah - November 6, 2009

salam.

saya masih terlalu mentah rasanya untuk mengeluarkan hujah atau pendapat. tapi apa yang saya tahu, hati saya pedih bila membaca isu ini. lebih pedih lagi, bila saya tahu saya tidak ada ilmu untuk turut sama berbahas dan berdebat dalam mengembangkan ilmu. namun saya masih ingin menyatakan sesuatu.

pengeluaran fatwa ini hanyalah sebagai ‘penggera’ kepada mereka-mereka yang terlupa, buat-buat terlupa mahupun mengambil sambil lewa. bolehkah sekiranya disamakan dengan azan? kita semua tahu, bila tibanya waktu untuk bersolat. jadi mengapa perlunya azan? kerana kita seringkali terlupa dan leka dengan hal dunia. maka azan mengingatkan kita akan waktunya.

tak semua orang islam benar-benar menghafal islam. malah, masih ada mualaf yang masih dalam proses belajar mengenai islam. pengeluran fatwa membantu mereka dalam hal-hal hukum.

fatwa menjelaskan apa yang kabur, apa yang mengelirukan. fatwa mengingatkan apa yang cuba dilupakan. fatwa menzahirkan apa yang tersembunyi.

ramai yang tidak cukup ilmu merasakan bahawa pengkid tidak salah kerana mereka berpasangan perempuan dan perempuan. tiada kerugian daripada dua dua pihak. sedangkan mereka terlepas pandang akan isu aurat. kerana sudah biasa bagi mereka untuk melihat aurat manusia lain terdedah. mereka terlepas pandang isu kaum nabi luth kerana kaum nabi luth menjalinkan hubungan lelaki dengan lelaki. hukum telah lama ada, fatwa hanya mengeluarkan kembali dalam bentuk yang lebih difahami.

tidak ada isu mengapa adanya bantahan. sangat sedih dan kecewa. buat yang non-muslim, jangan gah dengan kebebasan bersuara anda sehingga menghina agama lain. kami menghormati agama kamu, jangan sesekali mencurahkan minyak ke bara api. kamu tahu ini isu sensitive di malaysia. tetapi kamu sengaja mencabar kami.

orang islam…kenapa senyap? bukan menyuruh berperang. tapi ketegasan dalam mengegakkan agama itu perlu. terlalu mudah islam ini diperlekahkan oleh belia yang tidak tahu apa? malulah, saudara seakidahku!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: