jump to navigation

Kelantan kekal rekod tanpa rasuah selama 18 tahun – Malaysiakini November 12, 2008

Posted by nikmj in harakahdaily, islam, malaysiakini, National, news, Politics, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags: , , , , ,
trackback

Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun.

Kelantan Darul Naim
 
 
   

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah �di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

“Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

“Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

“Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka,” ujarnya.Image

Beliau juga berkata, bagi mewujudkan budaya kerja kualiti di kalangan kakitangan awam setiap mereka perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, ikhlas ialah ajaran Islam yang tiada dalam fahaman agama lain kerana perkataan itu menyentuh kalbu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kempen anti rasuah atau apa sahaja tidak akan berjaya sekiranya perasaan ikhlas tidak bertapak di hati seseorang.

“Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah, tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

“Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab.

“Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan lain.

Sementara itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas mendapat Anugerah Kualiti Darulnaim sempena program berkenaan. Hasil kemenangan itu, pejabat terbabit menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. (Harakahdaily)

Comments»

1. Mohd Safuan - November 12, 2008

Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan setinggi tahiah kepada pihak kerajaan negeri kelantan kerana dapat menjaga negeri dengan sebaik mungkin. ini satu petanda positif, dan saya dapat lihat, Allah bersama-sama dengan orang yang memperjuangkan agama di dalam apa sahaja bentk, tidak kira dalam menangani isu, mengubah tradisi, atau sebagainya.
Kini, harap rakyat dapat meyakini, bahawa parti pas telah menunjukka komitmen yang cemerlang.
Tahniah sekali lagi.
Wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: