jump to navigation

Zaid : Cakap Menteri tidak boleh lagi dipandang serius – ref Malaysiakini November 11, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau kesal dan dukacita kerana tidak dapat mengotakan janji kepada bekas hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 untuk tidak mendedahkan jumlah saguhati yang dibayar oleh kerajaan kepada mereka awal tahun ini.

zaid ibrahim pc 111108 01Katanya, beliau selaku menteri yang bertanggunggung jawab dalam hal ehwal kehakiman  dan perdana menteri telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan atau permintaan hakim-hakim berkenaan yang dianggapnya sebagai wajar. 

“Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini  dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ididedahkan. 

“Kami kesal dan dukacita kerana kami tidak dapat mengotakan janji kami kepada  hakim-hakim ini. 

“Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim berkenaan.

Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

bm version judicial sacking ex gratia payment to former judges 061108Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung – Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. 

Wan Suleiman dan Seah masing-masing dibayar RM2 juta manakala Eusoffe, Azmi dan Hamzah, masing-masing mendapat RM500,000. 

Menurut Nazri,  Salleh menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916). 

Berikut adalah kenyataan penuh:

Bayaran pampasan (ex-gratia) dibayar oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan lain bila berlaku salah laksana keadilan (Miscarriage of justice). Umpamanya apabila berlaku sabitan salah atau sabitan  sesuatu kesalahan terhasil lantaran sesuatu perbicaraan yang tidak adil atau apabila keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan kemudiannya didapati tidak tepat atau tidak boleh dipercayai. Di England,  peruntukan di bawah Criminal Justice Act 1988 (Akta Keadilan Jenayah 1988) membenarkan pembayaran ex-gratia dibuat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengendors pembayaran sedemikian kepada  mangsa-mangsa salah laksana keadilan di bawah International Covenant on Civil and Political Rights (Waad Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik).

zaid ibrahim pc 111108 02Episod dalam tahun 1988 sudah jelas kepada ramai rakyat Malaysia dan dunia. Ketua Hakim Negara kita dan dua hakim kanan Mahkamah Agung telah dipecat. Tiga orang hakim kanan yang lain telah  digantung kerja tetapi kemudiannya dilepaskan. Hakim-hakim berkenaan bukan sahaja telah mengalami dan menanggung kerugian kewangan bahkan telah turut menanggung pernghinaan dan malu keana  mereka dipecat.

Panel Orang Terkemuka (Eminent Persons Group) yang antaranya terdiri daripada mantan Ketua Hakim India, mantan Hakim Mahkamah Agung Pakistan dan mantan Presiden LawAsia dari Australia,  membuat kesimpulan bahawa komposisi  kedua-dua Tribunal, proses yang diguna pakai oleh kedua-duanya dan hasil/dapatan dan kesimpulan yang dicapai terhadap Tun Salleh, Tan Sri Wan Suleiman dan  Datuk George Seah tidak mempunyai justifikasi dan justeru penyingkiran mereka dari jawatan mereka tidak mengikut lunas perlembagaan dan non est.

Sukar untuk memahami bagaimana saat-saat gelp dan mendukacitakan dalam sejarah kita itu boleh terlepas daripada dihalusi oleh menteri undang-undang sekarang apabila beliau mengatakan bahawa hakim- hakim berkenaan telah diminta bersara awal dan tidak dipecat. Betapa orang yang berkuasa boleh memandang remeh soal ini? Terdapat cukup  isu dewasa ini untuk kita mempolitikkannya tanpa memutar-belit  kebenaran pemecatan hakim-hakim berkenaan pada tahun 1988.

Walaupun tindakan mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim adalah sesuatu yang diharapkan daripada mana-mana keajaan yang mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang baik, cara  pendedahan itu dibuat nampaknya mengajak orang ramai supaya memperkatakan lebih daripada persolan itu. Nampkanya orang ramai bukan sahaja diajak untuk mempersoalkan jumlah berkenaan, bahkan  timbul persoalan sama ada bayaran berkenaan perlu dibuat atau tidak. Ini kerana kita diberitahu bahawa hakim-hakim telah diminta bersara awal dan bukannya dipecat. Jika mereka tidak dipecat, kenapa pula  mereka dibayar ex-gratia? Jumlah pencen yang mereka terima telah ditonjolkan atau dibesar-besarkan. Sekali lagi ini membangkitkan persoalan kenapa pencen dibayar sedangkan mereka tidak berhak  mendapat pencen jika mereka dipecat. Orang ramai yang tidak biasa dengan kes ini sudah tentu akan bertanyakan soalan: Adakah hakim-hakim ini tamak? Apakah saya memberi nasihat yang betul kepada  Perdana Menteri? Sudahkah kepentingan pembayar cukai diambil kira dengan sewajarnya dalam membuat bayaran berkenaan?

zaid ibrahim pc 111108 03Saya hendak menegaskan hal-hal yang berikut sekali lagi: tidak kira apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak tentang kes berkenaan, bagi saya pemecatan berlaku dan suatu perbuatan mempersendakan  keadilan berlaku. Ia merupakan pelanggaran kebebasan badan kehakiman. Pemecatan berkenaan merupakan salah laksana keadilan yang paling berat. Walaupun sebanyak mana penjelasan yang mengatakan  bahawa pemecatan hakim-hakim berkenaan adalah mengikut lunas undang-undang, ia tidak mampu menukar kebenaran bahawa hakim-hakim itu dipecat. Bayaran pencen kepada Tun Salleh tidak boleh  menukar hakikat bahawa beliau telah dipecat. Jika bayaran pencen itu buktitidak berlakunya pemecatan, maka bolehlah kerajaan meminta mana-mana hakim supaya bersara lebih awal asalkan pencen dibayar.  Bagaimana keadaan ini hendak disesuaikan dengan konsep kebebasan badan kehakiman? Lainlah kalau kita tidak mengiktiraf konsep ini?

Saya telah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab, sebagai suatu pampasan kerana keterlanjuran Kerajaan pada tahun 1988. Ia juga menjadi suatu isyarat bahawa Kerajaan sekarang menyokong integriti dan kebebasan institusi yang dihormati yakni badan kehakiman. Ini juga merupakan kemahuan Perdana Menteri supaya kita memperlihatkan ihsan dan ketinggian hati budi kepada hakim-hakim ini.

Saya juga telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan. Ini adalah permintaan mereka yang wajar. Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini  dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ididedahkan. Kami kesal dan dukacita kerana kami tidak dapat mengotakan janji kami kepada  hakim-hakim ini. Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?

Kita tidak sepatutnya merosakkan usaha murni Perdana Menteri dengan membawa isu-isu yang akan melemahkan niat murni dan kemurahan hati kerana itulah yang merupakan asas bayaran berkenaan dibuat.  Anda boleh membayar pencen untuk mempamerkan sifat kemanusiaan anda, tetapi pencen tidak mengalihkan hakikat bahawa hakim-hakim berkenaan telah dipecat. Hakim-hakim ini adalah orang bermaruah  dan dihormati. Mereka tidak pernah sekali-kali meminta bayaran ini.

zaid ibrahim pc 111108 04Saya telah secara sukarela bagi pihak kerajaan menawarkan bayaran ini kepada mereka kerana saya merasakan wajar untuk berbuat demikian. Tiada rundingan yang dibuat dengan mereka mengenai jumlah  bayaran yang hendak dibuat. Saya dapatkan angka itu berdasarkan apa yang dibayar oleh kerajaan-kerajaan lain yang bertanggungjawab kepada warganegara mereka dalam kes-kes membabitkan salah  laksana keadilan walaupun sukar untuk membuat perbandingan kerana tidak ada kerajaan yang bertanggungjawab di mana-mana juga di dunia ini yang memecat hakim-hakim utama mereka ‘sekali rentap’  sebagaimana yang kita lakukan.

Walau bagaimanapun,  England membayar Gerard Conlon dalam pengemboman Guilford Four sebanyak £400,000 (kira-kira RM2.7 juta ketika itu); New Zealand membayar David Dougherty NZD 800,000  (kira-kira RM2 juta) kerana sabitan salah selepas keterangan DNA membersihkan namanya. Kedua-dua kerajaan ini telah memohon maaf kepada mangsa-mangsa berkenaan dan membuat bayaran ex-gratia.  Dalam kes kita, ketika itu saya tidak berupaya meminta kerajaan Barisan Nasional memohon maaf.

Saya harap kenyataan dan sindiran mereka yang masih seronok menyelar hakim-hakim berkenaan, sama ada secara langsung atau melalui kata-kata mereka yang mempersenda, menyindir dan mencemuh, yang sememangnya sudah menjadi ‘trademark’ mereka, tidak akan mengganggu dan menguris hati hakim-hakim yang telah menerima bayaran berkenaan. Rakyat negara ini sentiasa ingat akan khidmat dan keberanian anda. Anda telah selama ini menjadi inspirasi kepada sesetengah hakim Mahkamah Tinggi kita yang akhir-akhir ini telah memperlihatkan bahawa semangat kebebasan untuk menegakkan keadilan masih hidup dan subur.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: