jump to navigation

Ashraff dan Bunga selamat diijabkabul November 10, 2008

Posted by nikmj in General, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

 

SELEPAS setahun menganyam musim cinta, Ashraf dan Bunga meraikan fasa hidup sebagai suami isteri pula.



KISAH mereka bermula di Bali, Indonesia lewat setahun yang lalu apabila jejaka kacak ini mengajak cinta hatinya untuk bercuti. Dalam suasana yang romantis, Ashraf Sinclair menjelaskan semuanya berlaku dalam keadaan yang tidak sengaja.

Pada mulanya, dia dan Bunga Citra Lestari sekadar berbual-bual santai sehingga ke topik yang lebih serius mengenai masa depan mereka.

Malah dia sendiri tidak menyangka lamarannya di tepi pantai dalam senja yang hening itu terus diterima oleh kekasih hatinya.

Menyedari niatnya untuk memperisterikan Bunga bukanlah satu omongan kosong, Ashraf bersyukur kerana Bunga menerima dirinya ketika itu.

Bermula detik itu, Ashraf berjanji untuk tidak mempersia-siakan gadis berusia 25 tahun lalu.

Lantas akhirnya cinta mereka disatukan pada petang Sabtu lalu (8 November) di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia.

Setelah lebih setahun menyulam cinta, Ashraf bersyukur akhirnya impian indah untuk membina mahligai cinta bersama penyanyi yang popular dengan lagu Ingkar itu terlaksana.

“Saya sangat gembira dengan apa yang telah terjadi dan syukur ke hadrat Ilahi akhirnya semuanya berlangsung dengan baik.

“Saya amat berharap agar perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelas aktor tampan berusia 29 tahun ini selepas majlis pernikahannya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Hits.

Menyingkap kisah cinta mereka, terang pelakon Gol & Gincu ini, bukanlah seindah biasa.

Ini kerana, kisah percintaan mereka pernah dilanda kontroversi apabila gambar-gambar percutian mereka berdua sedang bercumbuan pernah diedarkan di Internet sekitar Ogos tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi spekulasi melingkari perjalanan cinta mereka sehinggakan Ashraf hampir lelah dengan percintaan tersebut.

Namun seperti yang telah tertulis, akhirnya cinta mereka berdiri teguh dengan restu Ilahi.

Pada majlis pernikahan tersebut, dengan sekali lafaz, Ashraf sah menjadi suami Bunga sambil disaksikan hampir 50 orang rombongan daripada pihak lelaki.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pejabat Agama kawasan Tanah Abang, Ashras Syahroni.

Anting-anting bertatahkan berlian 1.5 karat dipilih sebagai mas kahwin selain 25 dulang hantaran.

Memilih Kepulauan Maldives sebagai lokasi berbulan madu mereka, Ashraf mengharapkan agar perkahwinan ini melenyapkan segala gosip liar berkaitan mereka sebelum ini.

Di majlis pernikahan tersebut busana Minang rekaan Brutus dan Anne Avantie bagi Ashraff dan Bunga telah dipilih.

Sehari selepas itu majlis resepsi pihak perempuan berlangsung di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta menyaksikan Bunga tampil menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu bersama Ari Lasso tanda kasih dan cintanya kepada Ashraf.

Malah Afgan, Vina Panduwinata dan Krisdayanti juga hadir menghiburkan khalayak.

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 14 November ini di The Saujana Kuala Lumpur dan 15 November di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.

Comments»

1. shaizwanira - November 10, 2008

tah pape la..mcm dh takde ppuan msia lg..minah endon gak die pley..tp nseb bek minah endon nie gerek..ape2 pon dh kawen kn,,so tahniah je ar..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: