jump to navigation

Norman pasrah, Abby tekad tuntut cerai November 8, 2008

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, Memey Suhaiza, Norman Hakim.
Tags: , , , , ,
trackback

Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.

Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti…bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian…saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang…biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi…saya perlu pertahankan diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu…dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan. 

“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami…apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya. 

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya tidak sangka media akan datang ke sini…nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Sementara itu, biar apapun usaha dibuat oleh aktor popular Norman Hakim untuk menjernihkan semula rumahtangganya bersama pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi yang sedang bergolak ketika ini, aktres itu tetap dengan niatnya untuk meneruskan perceraian.

Norman malam tadi telah menunaikan solat hajat dan istikarah di Masjid Nur Hidayah, Kampung Pandan bersama abangnya, Mohd. Sophie, 44, sepupunya, Raizan Abd Razak dan beberapa jemaah lain di situ.

Kesungguhan yang ditunjukkan pelakon popular drama bersiri Gerak Khas itu mengadakan solat hajat untuk memohon hidayah daripada Allah agar rumahtangga mereka dapat kembali tenang seperti sediakala dianggap Abby satu tindakan yang baik sebagai seorang umat Islam.

Namun begitu, tegas Abby, pendiriannya untuk bercerai tetap lagi sama seperti sebelum ini.

“Saya sudah penat untuk bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada dia (Norman) apa saja yang dia ingin buat. Saya sudah penat dengan semua ini.

“Walau apapun yang dia ingin lakukan, saya tetap dengan niat saya untuk bercerai. Kalau boleh selepas ini, saya tidak mahu lagi komen tentang hal ini. Saya minta maaf, ye,” kata Abby ketika dihubungi tadi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira tiga minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.

Comments»

1. nikmj - November 8, 2008
2. gedik - November 8, 2008

pas ni tk de le lg penerbit nk ambik n***** and m**** belakon….. Sbab penonton akan tukar chanel sebaik nampak muka 2 org kaki propa ni.

Eeeee….. mane lebih teruk ye?….terserempak dgn ko b2….atau teserempak dgn ular?…………..

Dah le 2….. bawak2 le bertaubat….keluar le n buat pengakuan terbuka….dn paling penting minta maaf kepada mereka2 yg paling terluka akibat kejahatan n kezaliman kamu ber2………..jgn tunggu smpai org dh menyampah peringkat gaban……masa 2 apa pn dh tak gune…….1 Malaysia tertutup hati utk kamu b2……kene la kamu b2 pindah ke Indon ke….Siam ke….. itu pun kalau org sana sudi terima kamu…..takut diorang campak kamu b2 dlm laut je….paling teruk…ikan dlm laut pn nyampah tgk kamu….

3. n - November 8, 2008

norman mmg nmpak baik tp perangai sebenar x tau la nk ckp..
mmg 1 malaysia skrg menyampah tgk muke die..
lgsung x fkir anak bini..
da terkena baru nk buat2 nangis…

4. taurus - November 8, 2008

betul2,time kesusahan baru nk ingat allah,time tak da masalah tak ingat,kerja2 gak ank bini jangan abaikan,banyak duit sekali pun kebahagian tak dapat di beli ngan wang ringgit…..

5. taurus - November 8, 2008

kepada abby banyakkan bersabar,allah mesti memihak pada orang yang benar.

6. lissa - November 8, 2008

Norman…kolah manusia paling bodoh skali atas dunia ni. abby punyalah baik ko sia2kan hidup dia.apelah ko ni.orang mcm memey ko nak. klau fasha sandha ke, fazura ke leh tahan gok. ni memey yang hodoh tu ko nak.ko ni buta mata dah ke???!!Buta hati…kesian kat abby punyalah baik ko but camtu.kalu aku jadi dato yusof haslam aku terus buang ko berlakon di skop production. buat per ambik ko berlakon perangai hodoh. wak malu syarikat je…bawak imej baiklah sangat…tapi perangai macam beruk lebih dari babi lagi. aku setuju sangat2 abby minta cerai. buat abby, jgn risau jadi janda. x sampai sehari pun jadi janda, saham terus naik nye. buat norman dan memey semoga periuk nasi ko dalam bidang hiburan terus lingkup keparat 2 ekor

7. lissa - November 8, 2008

mampuslah cepat norman dengan memey dalam bidang hiburan. meluat aku tgk muka mu 2 ekor

8. lissa - November 8, 2008

kepada peminat2 crite gerak khas…beralihlah kamu ke crite lain.sama2 kita pulaukan atau pinggirkan norman dan memey. biar dia raser skit. bagi dia pengajaran atas kesilapan dia tu. jantan tak guner

9. gedik - November 8, 2008

PETIKAN TEMURAMAH HARIAN METRO DGN BAPAK MEMEY

“Kalau sudah ditakdirkan Memey bertemu jodoh dengan Norman, abang tidak ada masalah, malah merestuinya,” kata bapa pelakon Suhaiza atau Memey, 20, Suhaimi Sarwani, 45, ketika dihubungi di kediamannya di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Suhaimi yang membahasakan diri dengan panggilan abang, berkata dia sekeluarga sedia menerima pilihan hidup Memey asalkan anaknya gembira dan berbahagia bersama pasangannya.

Terpulang kepadanya untuk membuat pilihan sendiri…abang ikut saja pilihannya.

“Oleh itu, abang akan merestui hubungan mereka sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh,” katanya mengulas kejadian menimpa Memey yang ditangkap khalwat dengan Norman Hakim di Ukay Perdana, pada 30 Oktober lalu.

Mengenai keretakan rumah tangga Norman bersama Abby Abadi, kata Suhaimi, dia tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga pasangan berkenaan.

“Biarlah mereka selesaikannya dengan baik. Saya tak nak komen apa-apa pasal rumah tangga mereka,” katanya tenang menjawab soalan yang dikemukakan wartawan Harian Metro.

Suhaimi turut menyerahkan kepada mahkamah menentukan kes khalwat Memey bersama Norman.

“Apa saja keputusan, saya terima seadanya. Sekiranya terbukti mereka melakukan kesalahan itu, saya tetap menerima anak saya dan Norman,” katanya.

“Orang kampung tidak pernah meminggirkan kami, sebaliknya mereka memberi sokongan.

BAGOS PUNYE BAPAK…..BUKANNYE DIA NAK NASIHAT ANAK DIA JANGAN KACAU LAKI ORANG….LAGI DIA SOKONG….ORANG FELDA TENGGAROH 1 PUN SOKONG GAK……BIAR BETOL….PADANLE BUDAK POMPUAN NI BERANI……BACKUP KUAT RUPANYA…..

10. MIRA - November 8, 2008

TAK MALU PUNYE POMPUAN SUKA NAK MERAMPAS SISA ORG… ENTAH2 KETURUNAN PERAMPAS KOT!!! PATOTLA BAPA SETUJU….

11. yana - November 8, 2008

memg bdh pun punyer norman perangai entah pe2 tah…
isteri punyer la lawa n baik tapi pilih gak yang hodoh 2 huhu…heran la aku ngn norman ni…pesal la ngn otak dia ni..ke dah sakit jiwa…

12. ANTI MEMEY N NORMAN - November 8, 2008

BAPAK MEMEY gadis murahan tu sokong dia nikah ngan NORMAN?????

Hmm…Biasalah… org kampung la katakan…. anak tu bukannya bagus sangat, x de pendidikan pun… dapat plak kahwin ngan artis yg kononnya glamer….mesti ler bukan main suka…
Artis ler katakan…. pastu kebiasaannya mentaliti pakcik-makcik kampung ni kan mesti ingat artis tu banyak duit…. padahal…hmmm no komen…
lagi satu memang ler kena terpaksa terima… yelah… dah anaknya ‘confirm’ dah kena tebuk tupai kan…… buatnya termengandung….. hmmm kalo x kahwin nanti…sapa plak nak di bin atau bintikan cucunya…. nak tak nak terima jelah menantu tu….
Tak kira la anak tu perampas laki org ke perampas binatang ke….. terima je lar…. Kalo x terima plak nanti lagi banyak susah nya…
Hambik je la laki x guna tuh….. PLAYBOY BIN KASANOVA a.k.a Nurhakim Zaidon Kemaluan Gatal……
Kalo perkahwinan tu dimulakan dengan perkara x baik… mesti xkan kekal lama punya….
Itu sekadar pendapat aku je la….. Hmmm no komen… nak terima..terima je lah pandangan aku nih….. X semestinya nak suruh korg setuju….
Lagi satu, bapak si memey gadis murahan ni…. betul ke orang kampung beri sokongan pakcik oit??? eh silap abang oit??? (bapak pun x malu perasan muda…abang konon…. wei.. Aznil yang glamer tu pun bahasakan diri dia Pak Nil…cesss) no komen…
Dia x tau padahal satu kampung mengumpat n mengutuk anak dia tuh…… depan je la buat2 baik…ye la…hidup berjiran la katakan…. belakang dia…. hmmmm a-z ngutuk jer kejanya….. Malulah sikit Bapak Memeynya….. Anak perempuan tuh dah ler banyak yg x betul…sebagai bapak..kena la tegur anak tuh…. Kalo x nanti jawab ler kat akhirat…tanggung ler dosa anak perempuan ko tuh…
..
BAPAK MEMEY X TAU MALU. BANGGA ANAK JADI PERAMPAS. X KISAH ANAK BUAT DOSA… BODOH PUNYA BAPAK…BADIGOL SOOT BIN KEPALA BANAR….

13. cikminah - November 9, 2008

Sebagai ibu bapa, buruk mana pun anak, tetap menyokong juga. Takkan bapak pun nak kutuk….? Kat umah mungkin dia marah, sepak terajang, mana kau tahu……?

14. gedik - November 9, 2008

Wey cikminah….hang p baca kenyataan bapak dia kt Harian Metro smalam………tk pn hang tgk kt atas 2 aku dh tlg kopi dr Harian Metro smalam…..
Tapi ari ni lain plak crita….PETIKAN DR KOSMO ARI NI
“Keluarga Memey Suhaiza Abdul Rahman (gambar) menegaskan, mereka tidak pernah merestui perkahwinan pelakon baru itu dengan Norman Hakim.”
“Wartawan akhbar itu mengasak bapa Memey, dan bertanya jika Norman dan Memey bernikah adakah pak cik merestuinya.
“Jadi pak cik kata jika ada jodoh dia terima tetapi kami tidak kata kami merestui perhubungan itu,” katanya ketika ditemui di Teluk Sengat di sini semalam.
“Apabila diberitahu oleh Memey tentang kejadian itu, Auntie tidak memarahinya malah memberi sokongan agar tabah menghadapi cabaran hidup sebagai artis.

Hang tgkle sndri cikminah…..mak dia sndri kata dia tk marah anaknye…….malah beri sokongan lagi……..ape citer…..???????

15. cikminah - November 9, 2008

Nanti dalam sokabo lain, lain pula dia cakap. Mungkin dia kata, dia marah, tapi nak buat camno, benda dah jadi, kenalah nasihat soh sabo sebab saya nak dia balik. Kang, kalau saya marah gila-gila, dia tak mau balik langsung, terus jadik pompuan simpanan. Mak bapak mana suka anak jadik pompuan simpanan murah kat ofis?

Ko tengok, mak dia bahasakan dirinya ‘Aunte’…ni yang aku sangsi kenyataan KOSMO nie . Adake orang felda bahasakan dirinya ‘aunte’? Kalau makcik adalahkan……?

16. gedik - November 9, 2008

ko jangan cikminah…..ramai gak org felda lebih advance dr org town tau…..tapi masih ramai gak parent felda yg mengekal, mengamalkn n mempertahankn tradisi, adat dn agama dikalangan anak2 mrk…..ramai gak gadis felda yg berkualiti gadis Melayu Islam yg baik. bukan nk merendah mane2 pihak….tapi hakikatnya skrang gejala sosial teruk disana tau…. aku agak la……agak je tau….parent bebudak tu….dh tesilap….terlalu lepaskn anak2 diorg…..telalu takut anak lari….2 sbab diorg ikutkn je nak2 diorg….
kalau setakat panggilan aunty…munty ni dh perkara biasa kt mane2….lagi plak ank dh jd artis…..mcm kes budak memey ni….nk kata mak bapak dia x tau hubungan ank mrk dgn c norman 2….mustahil….pasal dh lame dh mrk berskandel….ko bayangkn Abby siap kata sedara c Memey siap sms dia psl mrk bln 12 thn lepas….c norman 2 siap boleh call mak bapak dia lg….makne dh kenal la…..patut2 la….sbg ibu bapa….kewajipan mrk utk pastikn ank mrk berhenti drp ganggu laki org…..tak gitu….? bukan setakat nasihat je….mesti halang…..nasihat dn halang habis-habisan. mak bapak lain boleh buat…kenapa tak mak bapak dia…..?
Pengajarannye….kita perlu didik anak2 kita yg masih kecil ni dr skrang spy jauhi laki/bini org, tunang org, malah boyfriend/girlfriend org pn jgn kasi ank2 kita kacau…. DARI SEGI AGAMA……HARAM….BEDOSA…DARI SEGI SOSIAL…..MENGAKIBATKN MASAALAH SOSIAL YG BERPANJANGN…..BANYAK PIHAK YG BAKAL MENDERITA…..

17. senyumsimpul - November 9, 2008

Semua semua yang di atas tu ada benarnya. Paling penting mak bapak dia harus ambik tau hal anak dara dia..Oppp masih dara ke? pirihal tinggal di bandar besar orang kata terkejut budaya ahak.
Anyway tak patut sungguh memalukan kalau kawin sakrang pun tak ada bezanya kelak akan bercerai sebab semua orang menyumpah perkahwinan kau orang.

18. Sebby - November 9, 2008

Pada pandangan aku, mengikut cerita abby di galaksi kelmarin, Norman memang sudah nekat dengan perbuatannya.. walau sekali pun berpisah ngan Abby, sbb tu segala surat pentingnya di simpan berasingan dari rumah, ape motif norman buat gitu? dia memang dah berniat ntuk kawin ngan si dia tu, norman memang tak serik, malah cekap berlakun dan berpura2…

dalam akbar ko kata ko reda berpisah ngan abby setelah ko beristikharah, dalam galaksi merujuk penceraian yang dulu ko tak sanggup berpisah ngan anak dan isteri, tapi.. bebulan2 tak balik tengok muka anak? ape yang sebnarnya ni?
ternyata ko berpura2 norman, hati dan mulut ko tak sama.

bila dihayati klip video ko kat galaksi tu .. nampak sangat kata2 ko tak jujur, kesian abby di permainkan begitu,
ingat norman, ko akan lihat segala perbuatan ko tu, bila anak2 ko dewasa dan berunaktangga dan akan memperlakukan sama pada anak2 ko sebagai mana perilaku ko pada abby, masa tu ko rasakan laa pulak
BalasanNya amat cepat dan tepat, hari ni ko buat anak orang, lain hari orang buat anak ko atau adek beradek ko, hah! ape rasa ko
norman ni agaknya..

19. Sebby - November 9, 2008

OOii! orang felda tenggaruh 1! betul ke korang beri sokongan pada keluarga bapak simemek tu!?
tak takut hukum Allah ke? jangan bersubahat dengan orang yang berbuat maksiat

20. Suzi - November 9, 2008

Memang Norman tak berhati perut.Sampai hati Norman membuat Abby begitu.Saya sokong Abby, saya paham perasan Abby dan saya dapat merasakannya. Kenapa ye Norman tak pernah nak serik2. Memey pun patut paham juga. Norman kan suami org. Dah takde laki2 lain kot. kalau saya jadi Memey, memang tak tahu nak simpan muka kat mana lah…MALUU…..

21. IRENE - November 9, 2008

AKU RASA SI NORMAN NI MEMANG DAH KAHWIN KAT SIAM DGN MEMEY…KAN KE DIA PERNAH KATA YANG SI ABBY NI KERAS DI LUAR TAPI HATI LEMBUT DI DALAM…DIA INGAT SI ABBY LAMA KELAMAAN AKAN SETUJU BILA SATU HARI NANTI TEMBELANG DIA DAH KAHWIN DGN SI MEMEY NI PECAH…TAPI TAK SANGKA YANG AWAL2 DAH KENA CEKUP…SO TAKUT BENDA BESAR JADI DARI TANGGUNG MALU SEBAB TIPU BANYAK PIHAK JADI DIA TERUSKAN AJALAH PENIPUAN NI…LAGIPUN TIADA BUKTI KAN YANG DIA DAH KAHWIN KAT SIAM…WALAU KENA TANGKAP PUN PALING2 KENA BAYAR SAMAN AJA TAPI AT LEAST DIA TAK BERZINA SEBAB MEMANG BINI DIA…DAH BAYAR SAMAN NANTI DIA AKAN KATALAH PULAK YANG DIA AKAN BERTANGGUNGJAWAB KAT MEMEY DAN KELUARGANYA SEBAB DAH MEMALUKAN MEREKA…(NAK TUNJUK YANG DIA ORANG YANG BERTANGGGUNGJAWAB LA PULAK…)…KUAT PROPA LA…KAKI PENIPU MEMANG PENUH DGN IDEA….TAPI JANGAN INGAT ORANG LAIN BODOH..WARTAWAN TU SEMUA PANDAI DAN CERDIK….EVEN KAMI RAKYAT MALAYSIA PUN DAH MASAK DGN TAKTIK SI NORMAN NI…DAH BOLEH BACA PUN…YANG CUMA SY KESAL NI KENAPALAH SI ABBY BOLEH BENARKAN DIA SIMPAN SEMUA DOKUMEN PENTING TU…ITULAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK KAHWIN LAGI SATU…KESIAN KAT ABBY…SEKARANG NI NAMPAKNYA YANG NAIF BUKAN SI MEMEY TAPI SI ABBYLAH…POOR LADY…KESIAN KAT ABBY DITIPU HIDUP2 DEK SUAMI YANG PERANGAI MENGALAH SETAN…DAH LAH ABBY..CERAI AJELAH..CERAI KEPUTUSAN YANG BIJAK..DALAM ISLAM PUN ADA KATA..CERAI BUKAN HARAM CUMA TIDAK DIGALAKKAN..TAPI KALAU CERAI CARA TERBAIK..CERAI AJELAH…ALL THE BEST TO ABBY…LUV U…

22. AdjengKartini - November 10, 2008

Betul tu, berpisah lebih baik drpd setiap hari berhati walang.
Dah 2X buat gitu, kalau akupun geram…Nampak sgt lah ada simpan pompuan lain kalu dah tk balik rumah. Betul tanggungjawap suami penuhi makan pakai & tmpt tinggal keluarga, sesibuknyer pun cari nafkah takkan la tk balik rumah…lain lah kalau keje kt oversea.
Memanglah suami tk nak bercerai kalau berpologami, SEBAB…nanti dia wajib bayar nafkah setiap bulan secara tetap. Tengok mcm AC Mizal tk membayo nafkah tertunggak…Ini lagi anak 3 org sengkek beb nk bayo.

Aku ada lah kawan yg kena poligami, laki dia keje kilang je tk de pangkat pun. Kawan ku ni engineer gaji pun agak besar, dulu masa belum kawin 2 tuh pagi2 pun kawan ku ni masak utk laki dia bawakkan bekal, bonus dia hujung tahun pun bagi 2 dgn laki dia, mak bapak laki dia pun dia belikan apa2 yg patut siap bg duit lg. Duit rumah, keta, anak sekolah semua kawan ku ini tanggung, pendek kata suami cuci kaki buta2, duit keje kilang tanggug diri sendri sudah. Tidak disangka laki dia yg tk sedar diri tuh kawin lg satu. Yg lg sedih mertua side back up husband dia tuh…

Masalahnyer, bila tuntut fasakh mcm2 alasan kena tunggu itu ini, tangguh & tunda tarikh perbicaraan. Sekarang ni sementara tunggu kes selesai apa dia buat, dia cut semua belanja, suami pun duduk menyewa dgn bini ke2 dan kena bayar sendiri rumah (padan muka), kalau balik rumah pun, dia dah tk masak lg (kurus suami nyer sekarang). Sbb dengar citer bini ke2 ti budak lg, masak pun ntah reti ke tak, tau nyer nk making love jek, bermanja…

Lain kali kalau betul2 nk kawin lg carilah bakal isteri2 yg bekerja gaji besar, bodoh laki ni…sekarang baru tau dulu mewah, sekarang derita.. apa boleh buat pilihan sendiri tanggunglah sendiri…

23. xsukagaduh - November 10, 2008

x baik menghina org….nnt terkena batang hidung sendiri baru tau…….sudah2 lah tu….biar norman settlekan masalah dia dgn abby & memey tu x bersalah jika dia nk kawin dgn norman pn sbb dia bukan isteri sapa2 lagi…………….& abby yg salah dlm hal ni sbb dia xnak poligami….& norman pn salah dr aritu lagi sbb x balik rumah & x hati2 smpai kena tangkp mcm ni…………………skrg ni senang je…norman kena pujuk abby & lakukan tgjwb mu sebaiknya maksudnya nafkah jgn x beri…klu abby nk cerai jgk biar dia buat sendiri………………….org luar jgn sebuk mengapi-api kan cerita….sbb ini bukan hal korang….norman tu bukan penjenayah korang nak hukum dia bukan hal korang….

24. cikminah - November 10, 2008

Abby tetap kata dia nak cerai dan nak tuntut setiap sen hak dia termasuk share dia dalam syarikat Norman tu. Ni pulak jawapan Norman dalam MYMETRO dan BINTANG POPULAR;

Norman mengaku sayang Memey

“Saya benar-benar berasa terhina, apa lagi ketika orang lain beranggapan kami sedang bersandiwara. Saya tidak berniat untuk ‘menegakkan benang yang basah’, sebaliknya cuba untuk ‘menarik rambut dalam tepung’. Memey seorang artis baru yang terlalu naif mengenai selok-belok industri hiburan. Saya tak nafikan dalam hal sekarang, saya cuba pertahankan Memey. Dia pun ada mak ayah. Malu keluarga dia nanti.”

“Faktanya, saya mengenali Memey bermula dengan penggambaran drama Pasrah. Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami jarang bertemu, tapi ada ketikanya saya dan Memey berhubung apabila saya perhatikan, Memey sama seperti gadis lain yang pernah saya kenal. Tapi, semakin mengenali dirinya, saya perhatikan Memey – beauty with the brain.

Pada ketika saya berdepan pasang surut rumah tangga, Memey berada di sisi saya. Namun, saya tidak boleh meletakkan dirinya sebagai punca keretakan atau pasang surut rumah tangga saya dan Abby. Memey tidak ada kena mengena. Sekiranya saya berdepan dengan pasang surut rumah tangga, tapi anak-anak masih ada, mereka tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang saya.

Ada masa-masanya, Memey faham dengan masalah yang sedang saya hadapi. Perhatian Memey terhadap diri saya membuatkan diri ini lebih dihargai. Saya mengaku kesilapan saya, saya terpaksa membuat penafian kepada media. Perhubungan saya dan Memey tidak keterlaluan seperti yang disangka, sebaliknya atas dasar memahami antara satu sama lain, saya tidak menafikannya.

“Perasaan sayang itu memang ada. Apabila Memey boleh memahami diri saya dan sedia membantu dalam perniagaan, saya tak nafikan, wujud sekelumit rasa sayang terhadap dirinya. Namun, saya tidak pernah berniat untuk menduakan Abby kerana dia bukan penyebab. Sekalipun terbit rasa sayang terhadap Memey, namun tanggung jawab saya sebagai suami dan ayah kepada rumah tangga serta anak-anak tak pernah diabaikan.

“Dalam situasi sekarang apabila perkara sudah berlaku, segala-galanya berkemungkinan. Sebabnya saya perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Saya perlu menjaga maruah keluarga dan dalam masa sama maruah keluarga Memey. Kemungkinan saya memperisterikannya, semuanya kuasa Allah, saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Kehidupan perlu diteruskan kerana setiap apa yang berlaku sudah tertulis. Tapi, saya ada bercakap dengan Memey, biarlah saya seorang saja yang buat kenyataan media kerana saya khuatir akan berlaku percanggahan.

“Saya menjalin perhubungan dengan Memey sebenarnya bukan satu kesalahan, tapi apa yang berlaku sekarang ini (merujuk kepada kes tangkapan khalwat dengan Memey), ia satu pengajaran kepada diri saya dan masyarakat.

25. NorBy - November 10, 2008

hanya ALLAH yg tahu…kita tunggu dan lihat.

26. AKU YANG JAHIL - November 10, 2008

Hidup bermasyarakat kena lah duduk gaya bermasyarakat..Kalau tak kerana msykt mengambil tahu (kepo), takut banyak anak luar nikah. Bukankah ia satu jenayah dalam agama. Kalau ikut hukum Islam ada hukumannya….Mendatangkan fitnah etc…

Ade juga dengar orang Millionare yang kekal dengan satu isteri dan bahagia dengan anak2.Meninggal dunia senangje….

Takde pulak orang nak ikut jejak langkah orang macam tu… Yang mana menyenangkan nak ambil dgn cepat kalau yang tak suka tak de sebut pun…

27. nikmj - November 10, 2008

Berikut ini rentetan drama sebabak yang berlaku dalam adegan Abby “menyerang” Norman di lokasi pada 3 November lalu.

– 10.30 pagi – Abby tiba di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak berbaju kurung. Beliau hadir seorang diri. Abby mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum turun dari kereta untuk ke kaunter mahkamah.

– 11.05 pagi – Abby menjelaskan, pihak mahkamah tidak dapat menerima tuntutan fasakh kerana dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan suaminya dan sijil nikah mereka tidak dibawa. Abby harus mencari Norman kerana dokumen itu dipegang oleh suaminya.

– 11.30 pagi – Abby memandu keretanya menuju ke belakang Carefour Wangsa Maju dimana lokasi penggambaran drama Gerak Khas sedang berlangsung.

Ketika di dalam kereta, Abby berkata dia mendapat banyak laporan Memey Suhaiza sudah lama tinggal di pejabat Norman Hakim di Ukay Perdana, Ampang.

Abby juga merungut kenapa dia dikaitkan sebagai dalang insiden penangkapan itu.

“Saya ada telefon perempuan itu (Memey). Dia ada jawab tapi cara dia bercakap macam tak ada rasa bersalah mempunyai hubungan dengan suami orang. Memey kata dia nak buat macam mana benda dah jadi?”

“Saya dah simpan niat nak berpisah dengan dia. Saya sudah nekad dengan keputusan ini”.

– 11.45 pagi – Abby dan “rombongan” yang terdiri kira-kira 20 orang wartawan tiba di lokasi pengambaran Gerak Khas. Saya minta Abby menyerahkan dokumen daripada mahkamah secara baik kepada Norman dan kami wartawan akan ikut dia dari belakang.

– 11.55 pagi – Norman yang berada di dalam kereta Pajero bercermin gelap lengkap memakai uniform pegawai polis keluar dari kenderaan. Norman meminta izin untuk menukar uniform sebelum bertemu wartawan.

– 12.00 tengah hari – Saya memberitahu Norman, Abby hendak bercakap sesuatu kepadanya. Lantas Abby menghulurkan dokumen tuntutan fasakh. Norman menarik Abby ke satu kawasan teduh. Dan Norman tidak berkata apa-apa. Dia terpaku selepas melihat dan membaca dokumen itu.

– 12.05 tengahari – Norman menitiskan air matanya. Lalu “membawa” diri ke satu kawasan lapang kira-kira 100 meter diri lokasi penggambaran Gerak Khas berlangsung. Abby kemudian diminta wartawan mendekati Norman dan berunding secara baik.

– 12.30 tengahari – Produser Datuk Yusof Haslam tiba selepas dimaklumkan oleh krew kekecohan yang berlaku itu.

– 12.30 tengahari – Norman datang semula ke tempat di lokasi penggambaran filem tersebut dan bercakap kepada wartawan bagi menjelaskan keadaan.

– 12.45 tengahari – Ketika membuat kenyataan dia terpaksa menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga Memey Suhaiza, Abby yang berada tidak jauh dari Norman terus menempelak. “Tak habis-habis dengan Memey. Asyik-asyik perempuan… asyik-asyik perempuan.” Keadaan menjadi bertambah tegang.

– 1.00 petang – Apabila keadaan menjadi kecoh, Norman terus melarikan diri. Di hujung lokasi itu terdapat sebuah kereta seorang krew sedang menunggu untuk membawa Norman pergi dari situ.

– 1.05 petang – Saya bersama wartawan Saharudin Musthafa dan Tengku Khalidah mengejar Norman untuk menasihati dia beredar bagi mengelakkan keadaan menjadi kecoh. Kami merasakan agak malu melihat adegan suami isteri bergaduh di depan orang ramai.

Ketika di dalam kereta, Norman membuka cermin kereta tersebut sambil meminta maaf dan mencium tangan kami. Kata Norman macam mana dia nak balik rumah kalau Abby tak habis-habis menyerangnya. “Sekarang boleh tengok sendiri. Dia serang saya macam tu. Kata saya macam-macam. Macam mana saya nak balik,” luah Norman sambil menangis teresak-esak. Ada juga beberapa perkataan yang diluah Norman tetapi dia minta untuk tidak ditulis.

– 1.15 petang – Abby, Datuk Yusof Haslam dan wartawan beredar dari lokasi. Sebelum balik Abby sempat memeluk beberapa wartawan wanita dan meminta maaf dengan kejadian itu.

– 1.30 petang – Norman menghantar SMS melalui Saharudin Musthafa dan meminta maaf kepada semua wartawan kerana tidak dapat memberi kerjasama kerana insiden “serangan” itu yang semakin tegang.

28. islam world..... - November 10, 2008

kami sebagai peminat setia ABBY mendoakan agar abby tabah dan tenang menghadapi dugaan hidup……banyak2 kan lah solat dan membaca al-QURAN supaya mendapat ketenangan jiwa….pada norman dan memey apa yang korang buat biar lah ALLAH S.W.T yang membalasnya…..advice pada norman banyakkan lah solat sunat taubat…

29. mimi - November 10, 2008

aiyo patut nya kalau ada masalah dlm keluarga, kita selesai suami isteri..bukan meluahkan perasaan dgn pompuan lain…si memey ni pun satu…jgn la jadi hero layan laki org buat apa….satu hari nanti ko pun jadi bini org, baru kau tau mcm mana rasanya bila laki tak balik umah…pikiaq la!

30. gedik - November 10, 2008

Eeeeee makin nyampah aku baca kenyataan c norman ni….. prasan bagus….prasan betul…..prasan btanggungjwb……syok sendiri……….ko p terjunle dgn labu2 ko….ehhh salah….ko p terjunle dgn memey ko…………

NYAMPAHNYEEEEE AKU……

31. PIJAT - November 10, 2008

‘Ketika di dalam kereta, Norman membuka cermin kereta tersebut sambil meminta maaf dan mencium tangan kami. Kata Norman macam mana dia nak balik rumah kalau Abby tak habis-habis menyerangnya. “Sekarang boleh tengok sendiri. Dia serang saya macam tu. Kata saya macam-macam. Macam mana saya nak balik,” luah Norman sambil menangis teresak-esak. Ada juga beberapa perkataan yang diluah Norman tetapi dia minta untuk tidak ditulis.’

En. No*man, ramai suami yang kena ‘serang’ oleh isteri masa gaduh. Balik juga tiap2 hari ke rumah nak tengok anak.
Cakap sayang anak. Mana bukti? .Pelakon sorang ni, dunia realiti dan lakonan pun tak tahu beza.

32. IRENA - November 10, 2008

kalau norman cakap yang dia ada masalah rumahtangga dan perlukan orang untuk cerita jadi kenapa tak rujuk pada keluarga kedua2 pihak?…saya pun ada masalah rumahtangga tapi saya cuba untuk tidak cerita even pada adik beradik sebab masalah rumahtangga ialah masalah peribadi kita…seboleh2nya selesaikan sendiri…lagi mak saya sakit jadi tak mahu bebankan mereka dgn masalah peribadi rumahtangga..jadi dalam adik beradik saya cari seorang yang saya paling rapat..dgn dialah saya ceritakan semua masalah saya…untuk release tension aja…bila kita ada masalah kita tak boleh pendam…kita kena cari seorang yang dalam lingkungan adik beradik untuk luahkan masalah sebab kalau kita pendam akan jadi burden dalam diri kita…lepas dah luah tu dan dapat nasihat sikit2 so kita pikir sendiri kerana adik beradik cuma boleh bagi nasihat tapi keputusan ditangan kita…dalam kes si norman ni sepatutnya dia mintak nasihat atau luahkan masalah pada abang dia yang bukak pintu masa kes khalwat dia tu…rasanya mesti abang dia tu rapat sangat dgn dia kan…sampai memey pun boleh kenal…so kenapa masih pilih gadis muda untuk luahkan masalah…kenapa tak pilih orang lelaki untuk luahkan masalah…even kalau tak trust abang sendiri pun untuk cerita masalah at least carilah kawan rapat lelaki untuk ceritakan masalah…kan ke yusuf haslam rapat dan anggap macam ayah…kenapa tak mintak khidmat nasihat dgn dia? kenapa perlu cari MEMEY???? dahlah norman…seribu atau sejuta kali pun alasan yang engkau kasi …manusia ni tak semua bodoh…dah2 la tu asyik bercakap bohong aja …dosa yang ada pun sekarang tak tau lagi macam mana inikan pulak nak keep berbohong…yang si memey tu pulak kenapa menaguk di air keroh??? banyak orang dalam dunia ni…laki orang, anak orang, bini orang, bapak orang, atok orang, nenek orang, etc…banyak yang bermasalah…kenapa norman yang dipilih…kalau rasa diri tu pandai sangat bagi nasihat ….pencen ajelah jadi artis…bukak bisnes kaunseling aja…bagi khidmat nasihat kat orang ok…saya orang johor…saya rasa malu sangat dengan si memey ni…ORANG KATA MUSUH JANGAN DICARI…FITNAH JANGAN DICARI DAN SENANG KATA JANGAN DEKATI FITNAH…BEAUTY WITH THE BRAIN TAK GUNA KALAU BEAUTY DAN BRAIN TU DIGUNAKAN UNTUK KACAU SUAMI ORANG …FIKIR2 KANLAH…

33. mashmelo - November 10, 2008

ala norman tu ckp mende2 cam bagus tu sbb die takut dikecam je, die takut nama tercemar, dia takut karier musnah. Sbb dia SELFISH. dia cuma pk pasal bahagia dia, kesenangan dia, hati dia. Sayang ke dgn anak2 kalau kali terakhir jumpa 3 MINGGU yg lepas? klu betul sygkan anak2 xde la kena tunggu majlis cukur jambul baru nak jumpa dgn anak2.. ngaku je la norman yg ko tu mmg lupa diri. dpd ko nak tegakkan benang yang basah bagus tell the truth je.. sbb skg dah sampai kat point of no return.. ko ckp ape je mmg org dah xheran, nangis air mata darah pun xde yg nak kesian. Cuma aku nak ckp je la, betapa bodohnye kau meninggalkan isteri yg sanggup berkoban untuk seorang perempuan yg umurnye masih mentah. After all, eventually beauty will fade away. Dengan ko medapat kecaman hebat satu melesia plus singapore brunei ni try la hidup bahagia ye. Sendiri mau ingat la ye.

34. IRENA - November 10, 2008

‘Ketika di dalam kereta, Norman membuka cermin kereta tersebut sambil meminta maaf dan mencium tangan kami. Kata Norman macam mana dia nak balik rumah kalau Abby tak habis-habis menyerangnya. “Sekarang boleh tengok sendiri. Dia serang saya macam tu. Kata saya macam-macam. Macam mana saya nak balik,” luah Norman sambil menangis teresak-esak. Ada juga beberapa perkataan yang diluah Norman tetapi dia minta untuk tidak ditulis.’

NORMAN AKAN GUNAKAN KES ABBY SERANG DIA KAT LOKASI UNTUK BUKTIKAN YANG DIA BAIK DAN ABBY JAHAT…BIASALAH EGO DIA MEMANG TAK AKAN MENGAKU YANG DIA MEMANG SALAH…KESNYA DI SINI IALAH:-

1. KENAPA TAK BALIK RUMAH?
2. BINI SEDANG SARAT, TAPI SAMPAI HATI DIA SIMPAN EGO DAN HARGA DIRI DIA DAN SANGGUP BIARKAN ISTERI SIKSA SORANG2 SARAT KAT RUMAH DAN DALAM MASA SAMA MENJAGA ANAK2 YANG LAGI 2 ORANG TU SENDIRIAN? SUAMI DAN AYAH APA MACAM NI?
3. KALAU DIA KATA BALIK RUMAH ABBY ASYIK MEMBEBEL DAN MARAH2 AJA, SO KENAPA PILIH TINGGAL KAT OFFICE BERSAMA2 MEMEY??? KENAPA ADA TILAM DAN TOWEL BASAH KAT DALAM BILIK TU DAN BELAKANG KERUSI MEMEY PULAK TU? KENAPA TAK BALIK TINGGAL DENGAN ABANG DIA YANG SORANG TU? ITULAH ORANG KATA ….JANGAN DEKATI FITNAH, JADI BILA ORANG DH MULA MENGATA MENGUMPAT SALAH SENDIRILAH SEBAB SENDIRI YANG CARI PASAL…
4. KENAPA PILIH MEMEY (SI BUDAK MENTAH YANG KONONYA CANTIK WITH BRAIN) UNTUK CERITA MASALAH? KENAPA TAK CERITA MASALAH PADA ABANG ATAU KAWAN LELAKI?…SO COINCIDENT LA…..PANDAI CIPTA ALASAN…
5. SI MEMEY TU PULAK KENAPA KELUAR DARI RUMAH DARLING? KATA ADA MASALAH….SO SAYA BERANGGAPAN YANG MASALAHNYA IALAH…TAK DAPAT BEBAS SEBAB MAYBE DARLING OBJECT HUBUNGAN DGN NORMAN DAN KEEP MEMBEBEL JADI LEBIH KURANG SAMALAH JUGAK ALASAN DGN SI NORMAN…TAK TAHAN BEBELAN JADI KELUAR RUMAH…KALAU NAK TINGGAL SENDIRI PUN KENAPA PILIH OFFICE NORMAN?????? KENAPA TAK SEWA SENDIRI KAT LUAR??? BANYAK RUMAH SEWA KAT LUAR TU…JGN CKAP TAK MAMPU…DUIT LAKONAN TAKKAN HABIS DOK BERSERONOK KOT…ATAU SAYA RAYA MAYBE SEBAB KLAU DOK LUAR NANTI NORMAN NAK DATANG SUSAH ATAU BILA KENA TANGKAP MESTI TAKADA ALASAN NAK KASI KAN…KANTOI LA…TAPI KALAU DOK KAT OFFICE NORMAN SO BILA KENA TANGKAP MESTI ADA ALASAN NAK KASI…ALASANNYA IALAH….JENG JENG JENG…BARU LEPAS MEETING, SO BANYAK KERJA PENDING…BANYAK MASALAH NAK KENA SETTLE…ETC…TAPI BUKTI TIDAK BOLEH MENIDAKKAN…TILAM DAN TOWEL DAN JUGAK TUHAN JADI SAKSI…

TAPI SAYA PELIK LA SATU BENDA…SAYA PUN ORANG JOHOR…TAPI MASA TIME UMUR SAYA MCM MEMEY SUSAH UNTUK SAYA DILEPASKAN ENJOY MACAM TU AJA…BILA SAYA KEJE KAT KL NI PUN ..SAYA DISYARATKAN UNTUK TINGGAL DGN KAKAK SAYA….YELAH TAKUT TERJEBAT MACAM2 HAL…TAPI MAK BAPAK SI MEMEY NI PELIK LA JUGAK…KATA BAPAK MEMEY SETIAP HARI PAGI PETANG SIANG MALAM MEMEY DOK CAL MAK DIA…TAKKAN TAK TAHU KESUSAHAN ANAK DIA…KALAU MAK DAN BAPAK SAYA SIANG2 LAGI SIAP CARIKAN RUMAH UNTUK ANAK DIA…TAPI ENTAHLAH…MUNGKIN MAK BAPAK MODEN KOT…SETAKAT KEBAS LAKI ORANG SMALL MATTER…SETAKAT KENA TANGKAP KHALWAT SMALL MATTER…PALING2 SENANG KAHWIN…CEPAT DAPAT KAHWIN…

35. huhu - November 10, 2008

beaty with the brain? boleh blah la… beuty mmg boleh la.. tang brain tu aku konfious… cetek betul penilaian ko norman..

brain mean otak.. otak kat kepala bukan lutut yg tak kenal dose pahala.. tak malu ker huhhh keluar rumah duk kat opis org.. sanggup heh.. sedang kan darling bagi ruang kat rumah dia.. kan selesa.. takder ttteeeeeeettttt kan.. kat opis norman ader..

ish umo 20 tahun mmg bodoh.. adek aku umo 20 kat UM. ko der brain guna bercinta ngan laki org bukan belajar.. brain la plak… bodoh nyer statement norman nih… muntahla tgk ko norman.. elak ko kena ludah ngan makcik2 kat KL tu jer

36. fina - November 10, 2008

konon….beauty wit the brain…..pi la ko memey….org kalo cantek die brakal,bodo… tapi ko ni sbenarnya jual kecantikan ko ni utk pikat laki org…buat malu kaum HAWA. tak tau jage maruah….. pompuan jenis ape ko ni memey… ko kan org JOHOR x gi skolah agama ke??? org felda lagi..buat malu org kampong jek.. aku rase budak yg umor 7 tahun pon tau ape tu dose pahale….mmg bodo btol la ko 2 org ni. Dlm firasat aku kalo ko kahwin pon x lame bertahan.. norman msti kene kebas org.. Mase tu baru ko tau NORMAN tu btol2 king of the playboy..

37. MAMACOMEL - November 11, 2008

askum…no komen….norman hakim ego tinggi. biasa lah lelaki ego nya tinggi mcm gunung. bila balik bini membebel perangai dia mula lah buat hal konon nya xsuka balik umah. begitu lah perangai org lelaki ego tinggi. dia xakan serik smpi ke tahap di tangkap barulah dia serik kot. menangis pun xguna lagi…nama dah busuk dan aib. wahai norman cuba lah awk lepas kerja duduk kat umah bermain2 dgn anak2 dan tolong bini tgh dlm pantang tu….mesti semua ni tak akan berlaku. tp dah terlambat nasi dah jadi bubur…terima je lahhhhh di atas perbuatan sendiri yg ego tu…….

38. BANANA - November 11, 2008

beaty with the brain… WHAT???? hey, memey, ko tu dah la blaja sampai spm je.. tapi tahniah la memey… umur baru 20 thn, dah ade kerjaya, dah kene tgkp khalwat, dah rosakkan rumah tangga orang.. ak kat sini tengah terkulat-kulat blaja smbil baca gosip ko..

39. shaizwanira - November 11, 2008

alah…ngah harok bcinte mmg la puji mlambung beb..huhuhuh..dulu ngan kak abby pun,puji bukan men lg..tp bile dh bnci,ade2 jer alasannye.normal la 2 lelaki..(x smua lelaki la..)
mmg la si memey tue beauty wit da brain tp utk part2 kebas laki org..yg pat2 len..bodoe tahap gaban..takat spm je,,tue pon tah ade yg kedit ke x..huhuhu..dsbbkan die anak sdare darling la die dpt offer acting..kalo x,dok je arr kt kg tue tlg mak ko jual kwey..huhuhu..

40. huhu - November 11, 2008

heheh kelako la ko ni BANANA..
setakat perosak and parasit nih.. mmg bikin hangin..
takper lu belajar and ingat ini pengajaran utk semua permpuan single dlam malaysia nih… tapi mmg ader pempuan yg suke laki org.
aku dengar dalam hor FM. selambaer je ngaku suke ngan laki org.. dan sekarang couple dengan 2 laki org.. adoyai nak terbalik dunia nih dahhhhhhh……..

41. shaizwanira - November 11, 2008

ppuan yg x laku jer sggup rampas hak owglen..mcm si memey tue!!

42. IBU@ISTERI YG TERANIAYA - November 11, 2008

BILA DINGAR CERITA TENTANG RUMAHTANGGA ABBY & NORMAN NI TERKENANG KEMBALI TENTANG CERITA RUMAHTANGGA SAYA SENDIRI BEBERAPA TAHUN YG LALU, LELAKI MEMANG MCM TU BILA BINI UDA TAU HAL SEBENAR DAN MINTA SUAMI YG BUAT KEPUTUSAN DIA PULA PURA2 TULI & BUTA TAPI KALO BINI YG NEKAD UTK BERI KEPUTUSAN AH.. MULA LA KNON BTAUBAT LAH… KESIAN ANAK LA… APA APA PUN KITA POMPUAN MSTI KUATKAN HATI UTK MENGHADAPI SMUA INI YA ABBY….

43. dilla.... - November 11, 2008

aku rasa dlm hal ni norman terlalu ego n pntingkan diri sndiri….lau dah jadi cmni mula la cari alasn xb’salah….fkirla skit isteri tgh mengndung n dlm pantang blh pulak menyundal ngn ppuan lain… jntan jenis ape pun xtahu la.tp apepun tuhan saje yg tahu kebenarannya….kite tggu dan lihat je la……………..

44. cikminah - November 12, 2008

Ini berita baru tentang Abby. Kesian dia:

Dengarnya… Artis cantik mula bercakap seorang diri
Oleh Normah Becok

BERDERAU darah Cik Normah apabila seorang rakan yang menghadiri sebuah anugerah baru-baru ternampak seorang artis bercakap seorang diri.

Menurut kawan Cik Normah, dua tiga orang rakannya yang lalu lalang depan artis itu beberapa kali ternampak artis ini terkumat-kamit seorang diri. Mereka perhatikan betul-betul kalau si artis bercakap menggunakan bluetooth. Apabila diamati, tidak ada p**a peralatan canggih di telinganya.

Lepas seorang demi seorang perhatikan dia untuk kepastian tetapi kata mereka gayanya bukan seperti bercakap di telefon. Nak kata bercakap dengan orang sekeliling pun tak juga sebab di sekitar artis itu memang ada orang tapi jarak mereka jauh.

Dalam duduk rancak bercerita, teman Cik Normah yang mulutnya macam murai pun menyampuk. Katanya patutlah ketika mereka sama-sama meniti laluan ke permaidani merah, dia ternampak artis itu berbicara seorang diri. Dia pun perhatikan juga orang di depan dan belakang si artis, tidak seorang pun yang menoleh kepadanya.

Cik Normah faham, dia sedang menghadapi masalah. Mungkin itu yang menyebabkan dia menghadapi gangguan mental. Kalau betullah, Cik Normah tumpang simpati. Barangkali dia memerlukan seseorang di sisi untuk berkongsi masalah dan menenangkannya.

Cik Normah bimbang perkara itu melarat. Lagipun artis itu masih lagi muda dan cantik. Kalau melarat nanti sia-sia saja hidup dia dan keluarganya. Cik Normah berharap pada keluarga terdekat artis itu, bawalah dia pergi berubat. Maklumlah apabila hidup dalam tekanan memang kita selalu melakukan tindakan di luar sedar.

45. miss QUEEN - November 12, 2008

sebentar tadi saya baru menonton cerita melodi yang dan terjah abby dan norman juga ada. hairan sangat la kat norman ni.. kenapa agaknya dia sanggup buat begitu dengan abby. abby lagi cantik dari memey perempuan perosak itu. bapak memey pula sokong kat memey pula.. apa jenis orang tua ni.. dah hilang akal?! woi memey! sedarlah sikit… awak tu masih baru dalam bidang lakonan ni dah nak tunjuk pandai rupanya? dah takda lelaki dalam malaysia ni? kalau dah takda, mat salleh masih ramai kat luar. dapat juga yang boleh puaskan hati awak.! awak tak rasa kasihan kat bini orang ke atau awak dah rasa yang awak ni lebih baik dari abby? apapun, saya sokong abby cerai dengan norman. kalau kali ni dia tak buat.. hari lain dia akan buat juga. cegah sebelum terlambat!!!!!

46. leenmafia - November 12, 2008

nak betulkan skit info ttg asal usul memey yg sememey tu…die bukan org tenggaroh 01 tp org FELDA TENGGAROH SELATAN 01…kalau memey tu org tenggaroh 1…dh lama kene baling dgn batu muke die tu dgn org kg.buat malu org kampung je…aku betulkan pun ni sbb xnak org tgrh 01 dicemuh plak.pd reporter yg tulis tu,alert skit dgn maklumat yg korg tulis..silap2 nnt reporter pun kene pukul…utk pak suhaimi,bravo la pakcik!!!!!anak tukang kacau umahtangga org,mak bapak plak bole backing…mcm ank tu buat keje mulia…utk memey..dh2la..jgn ingat ko tu bole glamour..berlakon xseberape..tp gune taktik kotor plak…skrg ko buat org lain camni…tp ko kene ingat satu hr nnt,allah byr cash kat ko ats ape yg ko dh buat…utk norman..ko mmg la LELAKI sejati…sejati sgt la knn…hampeh rupenye..utk abby…tabah n sabar…allah akan sentiasa disisi org yg teraniaya….

47. faey - November 13, 2008

fikiran org kampung mmg la kolot semacam..maklumla dpt menantu kaya,artis plak tu…mcm shiallll je!! memey ngan norman sama je haram jadah lahanat!!! pegi mamposss arr dua2!!!

48. faey - November 13, 2008

beauty with brain konon…aku pun beauty with brain takde plak sampai kacau laki org…takat skola sampai SPM…aku dah dpt degree x bishing pon..kalo betoi berotak berakal takde nyer nak kaco laki org,rumahtangga org. tu sb dia berotak tp x berakal la dia dok seronok2 ngan babi norman. entah2 dah 30 round wat sex mlm tu.tu la dah x ingat dosa,pahala..bila tuhan dah tunjuk baru nak wat2 nanges…dasar pelakon mmg pandai berlakon,menangis pon kuar air mata palsu…PELAKON la katakan…

49. mama - November 13, 2008

Aku setuju ngan pendapat Irena,Aku dulu masa nak merantau mak bapak aku pastikan dulu tempat tinggal aku,bukan main lepas je,tapi Bro. Suhaimi ni aku pelik la siap restukan lagi anak buat maksiat.Banyak le dia punya brain.Graduate U mane budak tu sampai bleh uruskan bisness.Buat malu orang Johor je la ko betina oi.Mak ko kat kampung bulan2 syawal gi marhaban ngan “yasinan” ko menyundal kat sana.Ape ke jadah ko.
Aku nak tanya kat ko Memey apa rasa kau kalau bapak kau buat kat mak kau cam Norman Buat Kat Abby.Jawab la.Mak Cik kat Tenggaroh tu pun tolong jawab nak restu gak ke…
Buat keluarga Abby kalau betullah apa yang dikhabarkan dia baru mula nak jadi cam tu,tolong le bawa berubat dan jgn biarkan dia sorang-sorang handle benda berat ni.Kesian dia.Ni semua angkara betina and jantan yang tak de “brain” tu.Tak pe,tuhan akan bayar cash kat korang.Geramnye aku……..

50. nur - November 14, 2008

Apelah korang ni.. Tak baik maki hamun org… Kalau dah jodoh mereka setakat ni, biarlah… Jodoh tak panjang lah tu.. Semoga hubungan Norman n Memey terus ke jinjang pelamin. Pedulikan semua kata2 org, Yang penting kau org berdua saling mencintai dan memahami. Saya di sini turut mendoakan karier kau org berdua terus jatuh sampai bangkrap, Semoga kau memey gedik, bakal di tinggalkan norman nanti selepas melahirkan anak sedosen selepas tu kau balik felda kutip kelapa sawit, memang sesuai ngan muka kau.. Kepada Norman hakim, aku menyampah tengok drama2 lakonan kau tu.. Kenapa lah stesyen2 tv tak gam kau, padahal khalwat ni berdosa besar. Kepada Abby, redhalah..Allah bersama org teraniyai, saya mendoakan anda bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan 10kali ganda lebih baik dari Norman .

51. Allah saje yg tahu - November 17, 2008

aiihhh… nthlaa. aku kesianla tgk abby. aku lebih percaye ape yg jais ckp. come on, they all lebih profesional ttg ‘sindrom’ khalwat nih. smpai ade kesan org pnjat ape cite?? memey xnk bkk pintu ape cite?? xkn org nk menceroboh bg salam??setengah jam wei!! nape plak c norman tu sorok2?? main2 sorok ke??dalam gelap pulak, buat keje dlm gelap ker?? wah teror btul mate kau. nape memey xtpn norman kalau die takut skalipon??? sbb die dah wt salah dgn norman. kalau wt istikhara n solat hajat pon xkn berkesan kalau die xde wt solat taubat(really2 taubat) laa. norman should not lari frm masalah. nmpk sgt u r immature. tu pon dh slh dri segi agame. islam kate jgn sesekali lari dr masalah,cube selesaikan wlau mcm mane skalipon.sume org kne tengking dgn isteri. we live as a couple kte hdup bergantungan. take it la, even if u khwin dgn memey nnti skalipon sure ade jugak kne bebel yell or whatsoever. even kite kecik2 dulupon dh byk kali kne marah yell bebel wth our mum rght??? thts wht make us to bcome matured,to thnk wisely n etc.u xbleh terime ni u pg padang pasir hidup sorg2. n u should undrstnd yg abby bru jer hbes pntang.. the hormone in her body is not so stable yet.. once u lari dr satu maslah,berjuta masalah akn kejar u balik. btter go back to her, talk to her,hve a tight cnversation, n selesaikan. JGN thnk about others at ths moment, IF u really2 love ur family u had built. selamatkan diri u, anak u isteri u then baru u selamatkn org lain. everythgs happen for reason. Allah nk sedarkan kite. Dia nk mmbuktikan bhawa Dia Maha Berkuasa, Dia Maha Adil. Dia mghukum sesiapa yg mengingkari perintahNya,sesiapa yg mencabar dunia ini,dan memberikan seribu hikmah dan pengajaran kepada sesiapa yg melihatnya(iaitu kita)~

52. N-90 - December 21, 2008

aku memang suka giler kalau korang berdua bercerai.. meluat aku tgk muka norman 2!! buat abby bersabarlah menghadapi dugaan ini maybe ada hikmah di sebalik kejadian ini

53. N-90 - December 21, 2008

norman kata tak nak melafazkan cerai tapi dlm hati 2 cpt la cpt la eei meluat aku tgk muka norman nie

54. syasya - January 3, 2009

npa la c memey snggup rmpas laki owg arr..xde laki lain ke??slain laki owg yg dia nak..pas2 xde rsa brslah da rsak kan rmah tngga owg..klu la rsak kan rma tngga owg nak ker shdup smati ngan norman..plng2 5thun da pon brcerai..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: