jump to navigation

Isu penolakan RM7Billion Rangsangan Belanjawan 2009 Najib oleh Parlimen – ref Malaysiakini November 8, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barrack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan. 

Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia
  
Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita. 
  
Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

parliament opposition mps dispute najib budget 051108 02Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru. 
  
Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi. 

Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam). 

Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan. 
  
Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah. 

Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam. 
  
Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia. 

najib finance ministerMenteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009. 
  
Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir “mimpi” Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru. 

Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan. 
  
Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang. 

Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah. 

Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai “tidak memiliki keyakinan diri” kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius. 

Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya. 
  
parliament stimulas package najib 041108 pcMengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar? 

Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat? 

Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga. 
  
Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif. 

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen. 

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan. 
  
Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.

Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion? 
  
Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya. 

Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan. 

malaysia parliament parlimenTanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan. 

Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu. 

Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka. 
  
Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin. 

Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: “pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat.” 

Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 
  
Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib. 

Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
  
Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.  
  
Klik pautan ini untuk Intipati Rangsangan Belanjawan 2009

Klik pautan ini untuk pandangan pembangkang diParlimen
Khalid Jaafar adalah pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR



mkini071108

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: