jump to navigation

Norman – Saya tidak pernah bernikah dengan Memey November 7, 2008

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, General, Memey Suhaiza, news, Norman Hakim.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

“Saya tidak pernah bernikah dengan Memey, malah tidak pernah menghantar borang nikah. Ini semua spekulasi.’’

NORMAN memanjatkan doa selepas sembahyang istiqarah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan malam tadi.


Demikian tegas pelakon popular yang kini dilanda kontroversi, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, ketika ditanya mengenai desas desus beliau sudah berkahwin dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengannya baru-baru ini.

Norman lebih rela berserah kepada Tuhan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga meretakkan hubungan dengan isterinya, Abby Abadi, 30.

“Saya enggan komen lanjut pasal Memey, nanti ia akan disalahertikan pula, apa yang pasti keluarga kami tidak pernah berjumpa atau berbincang mengenai pernikahan dan sebagainya.

“Ini komen terakhir saya berkenaan isu ini, berikanlah saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini sambil mencari penyelesaian terbaik buat kami sekeluarga,’’ katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan di sini, semalam.

Beliau yang ditemani abangnya, Mohd. Sophie, 44, dan sepupunya, Raizan Abd Razak berada di masjid itu untuk melakukan solat hajat dan istiqarah bersama beberapa jemaah lain.

Norman juga reda dengan apa yang bakal berlaku termasuk keretakan rumah tangganya sekali lagi.

“Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak.

“Kalau Abby nak serang saya secara peribadi sekali pun biarlah, saya tidak akan balas kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,’’ jelasnya.

Comments»

1. psstttt............ - November 7, 2008

eleh…dah jadi, baru nak nyesal…tak guna dah norman oii…bukannya sblm ni tak pernah ada kes…patutnya tu dah jadi pengajaran kat ko dulu..yg ko buat kerja sampai tak ingat bini ngan anak kat umah tu apsal?? kalo tol ade masalah sker gaduh, cuba la selesai..ko tu kan ketua keluarga..kalo nak lari je dari masalah, tak layak ko jadi suami apatah lagi jadi bapa…spatutnya masa mula2 ko hadapi masalah sker gadoh ngan abby tu, pegi la mintak nasihat / pandangan ustaz ke atau org yang lebih berpengalaman…ni tidak…lari dari masalah, cari ketenangan lah konon..last2 ko tgk..timbul lagi masalah lebih besar lagi…tu la..Tuhan kurniakan otak, letak kat kepala lutut..jadi camtu la..

2. AKU YANG JAHIL... - November 7, 2008

Harap2 ianya bukanlah salah satu daripada lakonannya…

“Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak.

Sudut …
Semat….
Sayang…

Hmmm……..

3. PIJAT - November 7, 2008

Boleh tak minta wartawan jangan tunjuk muka si ***** tak sanggup nak tenguk muka perempuan muda PERAMPAS nie…
She looks SOOO b****y.

4. danela - November 7, 2008

alamak..teruk lah…da jadi baru nak cakap sayang…

5. Khai - November 7, 2008

Oit Noraman, malam2 dah puas buat projek dengan perempuan lahanat tu…. dah kantoi baru nak bertaubat…. eloklah bertaubat tu… tapi sori ar… dah terlambat la…. dah malu baru nak berlakon buat2 baik….muka seposen jer….
Abby harapnya x termakan la dengan lakonan palsu mamat tuh…. dulu janji x buat lagik…tapi mungkir janji + x bertanggungjawab + curang + macam celaka jerk…..

6. ENN - November 7, 2008

kalau sekali bolehlah kita percaya ni sda 2nd time apa hal???????????
hati wanita manapun bukannya hati malaikat yang akan betah bertahan satu masa ia akan terhakis juga.kepada norman fahamilah sedalamnya andai anda berada dalam situasi abby apakah anda aakan berdiam diri sekiranya abby mempunyai skandal dgn lelaki lain.KAMI WANITA MOHON PENGERTIAN DARIPADA SEMUA LELAKI KAMI JUGA PUNYA PERASAAN APAKAH TIDAK CUKUP PENGORBANAN KAMI SEBAGAI ISTERI?????? MARI KITA AMBIL IKTIBAR DARIPADA SITUASI INI…SAYA MEMANG GERAM, BENCI TAPI BERILAH MASA KEPADA DIRI SENDIRI APAKAH ANDA MERELAKAN INSAN KETIGA BERGELAR LELAKI MUNCUL DALAM RUMAHTANGGA ANNTARA KAMU DAN ABBY..KALAU TIDAK BEGITU JUGA ABBY…DIA BUKAN MALAIKAT UNTUK TERUS BERTAHAN!!!!!!

7. fahreen - November 7, 2008

pas solat ni pikir2 la lebih mendalam lg..

8. oioioi - November 7, 2008

nyampah tol la tgk muka pmpuan tuh………….
klo x letak gmbor die x lh ker?????????
abby tgh sedih2, bla tgk mka pmpuan gatai nih lg sedih……..

9. oioioi - November 7, 2008

pas solat istiqarah ni ko xdpt jgak ptunjuk, aku xtau la ko ni manusia jnis apa……………………………..
norman ooooiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!

10. bacok - November 7, 2008

ishhh..x paham lah………korang ni jgn lah galakkan dorang bercerai..sian kat anak2 dorang ni….mak kemana bapak kemana….biar lah dorang berbaik semula…norman cuba lah ubah apa yg salah………………x salah jika beri norman tu peluang sbb msg2 ada buat salah….sian anak2…

11. oioioi - November 7, 2008

klo babun tu blh brubah xper. la ni lh ler die kta nk berubah , nti msa2 akan dtg nti…………..
lu pikir la bacok. pisang pun nk berbuah sekali jer……xnk 2,3 kali

12. gedik - November 7, 2008

Ish…3x…..tk tau plak aku mamat ni alim……..tp jgnle solat n doa dpn kamera je…..belakang kamera, tepi kamera, bawah kamera, atas kamera pn ko kene solat gak……..solat n doa banyakkkkkk2

13. Pikir yg terbaik - November 7, 2008

yg salah pompuan tu. Dia la punca segalanya. kalau dia ade hati perut. dia patot menjauhkan norman. Norman dah berkawin. Lelaki mmg tak boleh salahkan. Lelaki bernafsu. Lekaki mana tak tergoda if pompuan yg melayan. Tapi, Sayangnya norman tidak tau menjuahkan semua ini….Kalau norman sayangkan keluarga dia dan cintakan anak2 dia tak buat gini. Dia pasti dapat jauhkan semuanya…

14. heeeeeeeeeeeeeeee - November 7, 2008

wey,Norman nasi dah jadi bubur r x payah nak menyesal lagi………………………jko pentingkan nafsu ko sahaja………………

15. heeeeeeeeeeeeeeee - November 7, 2008

ko pe jenis manusia pun x taw r…………………….mungking norman x sayangkan anak-anak lagi

16. AKU YANG JAHIL - November 7, 2008

Lelakije ada nafsu?
Binatang pun ada nafsu juga…Perempuan pun ada nafsu..
Soal disini mana IMAN perempuan itu dan bpk kepada 3 anak tu?. Kalau IMAN tebal, datang Britney Spears pun dia tak layan…
Takut tiba Sakratul Maut panjang pulak seksa….

17. EsLilin - November 7, 2008

sume ada uat salah n silap…pikir kat anak2 arrr…si norman 2 jangan arr ulang lagik..tapi mmg cian arrr kat abby…mmg tak patut tol…dah la lps bsalin…arap2 abby sabar byk2 yek..inilah dugaan…

18. cikminah - November 7, 2008

Ini petikan berita diambil daripada Mingguan Warta Perdana 16/11/2008)

Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu.

Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat norman hakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimahkamah.

Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri

Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat.

Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat

Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.

Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan

Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua.

Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar “BOXER” (seluar lelaki)

Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan memey di aras satu ” Kami tinggal berasingan ”

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30 pagi

19. eisya - November 7, 2008

Norman… Norman… dah jadi baru nak sembahyang istiqarah…
dulu belum jadi, ngape tak buat sembahyang istiqarah .
mintak petunjuk dari Allah. Nak teruskan niat hati atau tidak.

Hati Abby dah terluka… lagi ko nak lukakan lagi…
yang dulu pernah kecoh… takde la ko nak jadikan pengajaran…
Benda kalau tak ada… orang tak kata.
Ko ni Norman, buat dosa org je ngumpat pasal engko.

Tapi betul jugak…
cerita tengah hangat…
Abby jgn ikutkan perasaan dulu.
Nanti keadaan reda… baru dua2 bincang baik2.
Kalau Abby tetap dgn keputusan Abby, Norman kena hormat dan terima hakikat.
Anak sama2 la jaga biarpun tak serumah. Nafkah anak takkan terputus dgn perceraian.
**Norman kalau masih sayangkan Abby takkan sanggup buat macam ni. Sayang di mulut saja buat apa kalau tak sampai ke lubuk hati dan tak ditunjukkan dgn perbuatan.

Buat semua tak kira laki2 dan perempuan,
ni kisah artis, kecoh satu dunia…
kisah kita macamana?
Sama2 lah ambik tauladan.

Pukul 2 – 3 pagi, sume org tgh tidur lena,
apa hang buat kat ofis.
yang Memey pulak… kalau tau diri nape boleh ada situ pagi2 buta.
Ingat dari kampung, ada adab,
rupa2nye lain pulak ceritanye.

20. ima - November 7, 2008

cara norman SAYANG abby…
1. tinggalkn abby ngan anak2 yang masih kecil
2. abaikan nafkah zahir dan batin
3. berkhalwat ngan memey naif
4. pertahankan memey naif
5. hancurkan hati isteri
inilah cara “sayang” hanya MAUT yang akan memisahkan”

21. pi - November 7, 2008

lain kali kalau ade masaalah jgn lari tinggalkn anak bini..selesaikan diumah..bincang elok2 ngan bini..ingat bila lari masaalah selesai…
silap beso lu…jgn ingat nak sedap je..

22. Khai - November 7, 2008

Alhamdulillah… dah bebas pun RPK tuh….
Ok ler berbalik pasal isu yang hangat kat sini tuh….
Aku bukan nak cakap apa la…..aku pun lelaki gak… n aku nih bukannya baik sgt…
Sebagai lelaki jangan la senang2 cakap pasal nak kahwin 2,3 atau 4 ler…. memang ler tuhan benarkan kita berkahwin 2, 3,atau 4… dengan syarat mesti ler berlaku adil…. korang faham ke maksud ‘adil’ tuh…. weiiiiiiiiiii bersikap adil tu bukannya senang sembarangan… tu sebabnya Tuhan cakap… kalo dah x mampu bersikap adil tu.. CUKUPLAH KAHWIN SATU JER….
Lagi satu…..korang yang jenis nafsu x cukup sorang bini ni…. kalo bab nak kahwin lebih, tau la pulak berhujah kaitkan agama…. apa ko ingat agama bila pasal nak kahwin lebih je ker???
Pasal hukum hakam yang lain korang boleh lupa plak….
Yang berdua2an di tempat yg mencurigakan walaupun bukan muhrim…korang x ‘alert’ plak…
Hukum suami mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri…terhadap anak-anak…. Naper korang x berbalik plak pada agama????? Ni tak…. Bila nak kahwin lebih jeer, punya la warak.. Tau mana nak carik dalil…. Cheewah….
WEI KALO DAH SATU BINI PUN X RETI NAK JALANKAN TANGGUNJAWAB KAT KELUARGA…TOKSAH MIMPI LER NAK BERBINI 2… Masjid tu dibina bukannya untuk bina suka2… kena tau jaga ‘maintenance’ barulah masjid tu kukuh…. Kalo dah maintenance tu diabaikan….tu pasal ler masjid tu roboh…
LU PIKIR LA SENDIRI….. Assalamualaikum..

23. Khai - November 7, 2008

Lawak tul tengok gambar mamat tuh atas sejadah….
Tu tengah acting untuk drama apa tuh???
Wei lawak la wei… kalo sebelum ni ko sembahyang tahjud kat umah malam2 mesti Abby sayang giler kat ko…. Ni tak…ingat Tuhan bila dah kantoi buat maksiat jer… Lawak lawak lawak….
Nak meraih simpati orang ramai la tu…. Wei toksah nak berlakon la…
Siap sedia la duit prepare untuk bayar saman…. Tak pun ko prepare ler barang2 untuk ‘honeymoon’ ngan Memey kat penjara tuh…
Harapnya Hakim yang bertugas tu tak termakan ler dengan lakonan pura2 baik mamat PLAYBOY BIN KASANOVA ni….

24. peanut - November 7, 2008

sayang konon….jijiklah dengar,benci aku jantan kalau mcm nie tau,bermuka muka yg benornya dia tak sayang kalau sayang tak wat cam nie….bodohlah kau nie norman..harap muka jer hensem,otak tarak…

25. Insan - November 7, 2008

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…

itu antara lirik lagu yg perlu dihayati oleh SEMUA orang..
ingat,kita tak sntiasa diatas n tak sntiasa dibawah..al-insan nasee..lupa..
kite yg b’ckp ni pun bkn maksum..
pd Norman,tlg la taubat nasuha..taubat sebenar2’y..klu p’pisahan jln t’baik,truskan.tp jgn lupa istikharah.
yg pnting,taubat nasuha..

26. cikminah - November 8, 2008

Si NorHakim ni pandai ke semayang TAUBAT?

Tah-tah, doa Qunot pun tak hafal!

Eloknya soh dia SUMPAH LAKNAT je……..

27. cikminah - November 8, 2008

Si NorHakim ni pandai ke semayang TAUBAT?

Tah-tah doa Qunot pun tak hafal lagik.

Elok soh dia SUMPAH LAKNAT je…

Wabillah, walillah,wallah saya tak buat semua tu. Saya masih sayang isteri saya. Kalau saya tipu, saya akan mati dipanah petir…..

28. tuttttttttttttttt - November 8, 2008

norman awk x yah la nak tunjuk baik.gatal sgt.sian abby n anak2,asyik nak layan pmpuan 2 x yah la aku rase…selamatkan keluarga dulu jgn asyik ngan pmpuan 2 je…………nyampah aku tgk muka pmpuan tu……………………..

29. spice girl - November 8, 2008

memey gedik..gatal…bitch!!!!

30. fara - November 9, 2008

norman x ptt tol wat abby cm ney…
cian dier..dh ar bwu pas bersalin…
kang gila meroyan sape slh,norman gak..
hakhak

31. hamba tuhan - November 9, 2008

sudah terang lagi bersuluh(lampu pejabat)
…..

32. 2vlh4l1m - November 9, 2008

norman u r not alone. ada ramai lelaki diluar sana seperti kamu. ingatlah, Allah itu maha pemurah dan maha pengampun. Hinaan org itu, pahala untuk kamu. Moga pahala itu mampu menampung dosa yg telah dilakukan. Aku nasihatkan diriku juga selalu bertaubat. Kita taubat ye…. dan yang lain sokonglah kebaikan dan pesan jgn buat kejahatan. tidak mahu tuduh apa yg tidak dilihat dan mengandaikan. hanya ALLAH MAHA TAHU

33. gedik - November 9, 2008

Sorry…….pembetulan……Apabila org mengumpat kita, sedangkan kita confirm tidak bersalah, suci lg murni…mmg kita akan dpt pahala org yg mengumpat kita….. tetapi kita menanggong dosa apabila menyebabkan org mengumpat kita. Contohnya apa yg tlah c norman dn c memey ni lakukan…..so….jgn buat jahatl a….baru org tk ngumpat n kutuk kita…..kalau org kutuk juga….barulah kita dpt pahala mrk….

34. Sebby - November 9, 2008

Betul tu gedik, banyak orang tau agama, tapi… tak tau hukum
pinjam ayat Ebi af5

35. uncle sean - November 10, 2008

dah susah baru nak ingat tuhan.. time senang mlm2 xada pulak nk semayang istiqarah.. wat projek lg best kan?haha.. korang dah kawin kat siam bulan lepas.. ko dah bg duit kat ustaz baharom wat kenduri kat santan tu ape? lima ribu lagi.. aku tauu.. aku kan sean..

36. shaizwanira - November 12, 2008

x nikah tp dh kawen!

37. huhu - November 12, 2008

AR AH GEDIK.

betul bidasan ko kat si 2vlh4l1m
asal boleh jer berbual.. ikut sedap mulut..
ingat dose dia tu leh ilang dengan pahal org mengumpat.. wei mana ko belajar beb! dosa ko pada tuhan.. pada bini.. mintak ampun la..
takder makna nyer kitorang kat cni yg bangi wiew leh hapus kan dose ko.. aku tak fahamla org bercakap tak guna otak nih… bikin gwa hangin la

38. IRENA - November 16, 2008

‘Ketika di dalam kereta, Norman membuka cermin kereta tersebut sambil meminta maaf dan mencium tangan kami. Kata Norman macam mana dia nak balik rumah kalau Abby tak habis-habis menyerangnya. “Sekarang boleh tengok sendiri. Dia serang saya macam tu. Kata saya macam-macam. Macam mana saya nak balik,” luah Norman sambil menangis teresak-esak. Ada juga beberapa perkataan yang diluah Norman tetapi dia minta untuk tidak ditulis.’

NORMAN AKAN GUNAKAN KES ABBY SERANG DIA KAT LOKASI UNTUK BUKTIKAN YANG DIA BAIK DAN ABBY JAHAT…BIASALAH EGO DIA MEMANG TAK AKAN MENGAKU YANG DIA MEMANG SALAH…KESNYA DI SINI IALAH:-

1. KENAPA TAK BALIK RUMAH?
2. BINI SEDANG SARAT, TAPI SAMPAI HATI DIA SIMPAN EGO DAN HARGA DIRI DIA DAN SANGGUP BIARKAN ISTERI SIKSA SORANG2 SARAT KAT RUMAH DAN DALAM MASA SAMA MENJAGA ANAK2 YANG LAGI 2 ORANG TU SENDIRIAN? SUAMI DAN AYAH APA MACAM NI?
3. KALAU DIA KATA BALIK RUMAH ABBY ASYIK MEMBEBEL DAN MARAH2 AJA, SO KENAPA PILIH TINGGAL KAT OFFICE BERSAMA2 MEMEY??? KENAPA ADA TILAM DAN TOWEL BASAH KAT DALAM BILIK TU DAN BELAKANG KERUSI MEMEY PULAK TU? KENAPA TAK BALIK TINGGAL DENGAN ABANG DIA YANG SORANG TU? ITULAH ORANG KATA ….JANGAN DEKATI FITNAH, JADI BILA ORANG DH MULA MENGATA MENGUMPAT SALAH SENDIRILAH SEBAB SENDIRI YANG CARI PASAL…
4. KENAPA PILIH MEMEY (SI BUDAK MENTAH YANG KONONYA CANTIK WITH BRAIN) UNTUK CERITA MASALAH? KENAPA TAK CERITA MASALAH PADA ABANG ATAU KAWAN LELAKI?…SO COINCIDENT LA…..PANDAI CIPTA ALASAN…
5. SI MEMEY TU PULAK KENAPA KELUAR DARI RUMAH DARLING? KATA ADA MASALAH….SO SAYA BERANGGAPAN YANG MASALAHNYA IALAH…TAK DAPAT BEBAS SEBAB MAYBE DARLING OBJECT HUBUNGAN DGN NORMAN DAN KEEP MEMBEBEL JADI LEBIH KURANG SAMALAH JUGAK ALASAN DGN SI NORMAN…TAK TAHAN BEBELAN JADI KELUAR RUMAH…KALAU NAK TINGGAL SENDIRI PUN KENAPA PILIH OFFICE NORMAN?????? KENAPA TAK SEWA SENDIRI KAT LUAR??? BANYAK RUMAH SEWA KAT LUAR TU…JGN CKAP TAK MAMPU…DUIT LAKONAN TAKKAN HABIS DOK BERSERONOK KOT…ATAU SAYA RAYA MAYBE SEBAB KLAU DOK LUAR NANTI NORMAN NAK DATANG SUSAH ATAU BILA KENA TANGKAP MESTI TAKADA ALASAN NAK KASI KAN…KANTOI LA…TAPI KALAU DOK KAT OFFICE NORMAN SO BILA KENA TANGKAP MESTI ADA ALASAN NAK KASI…ALASANNYA IALAH….JENG JENG JENG…BARU LEPAS MEETING, SO BANYAK KERJA PENDING…BANYAK MASALAH NAK KENA SETTLE…ETC…TAPI BUKTI TIDAK BOLEH MENIDAKKAN…TILAM DAN TOWEL DAN JUGAK TUHAN JADI SAKSI…

TAPI SAYA PELIK LA SATU BENDA…SAYA PUN ORANG JOHOR…TAPI MASA TIME UMUR SAYA MCM MEMEY SUSAH UNTUK SAYA DILEPASKAN ENJOY MACAM TU AJA…BILA SAYA KEJE KAT KL NI PUN ..SAYA DISYARATKAN UNTUK TINGGAL DGN KAKAK SAYA….YELAH TAKUT TERJEBAT MACAM2 HAL…TAPI MAK BAPAK SI MEMEY NI PELIK LA JUGAK…KATA BAPAK MEMEY SETIAP HARI PAGI PETANG SIANG MALAM MEMEY DOK CAL MAK DIA…TAKKAN TAK TAHU KESUSAHAN ANAK DIA…KALAU MAK DAN BAPAK SAYA SIANG2 LAGI SIAP CARIKAN RUMAH UNTUK ANAK DIA…TAPI ENTAHLAH…MUNGKIN MAK BAPAK MODEN KOT…SETAKAT KEBAS LAKI ORANG SMALL MATTER…SETAKAT KENA TANGKAP KHALWAT SMALL MATTER…PALING2 SENANG KAHWIN…CEPAT DAPAT KAHWIN…

39. gedik - November 17, 2008

ala irena….bak kata pepatah “dah terang lagi bersuluh”…..kita tunggu je sampai bila 2 jembalang n konco2 serta tali barut mrk nk tegakkan benang basah mereka….

40. elly - November 17, 2008

dlm kes ni rasanyer abby yg teraniaya dn norman hakim yg menganiaya,ek?

41. kay - November 26, 2008

lumrah manusia, sudah tehantuk baru tengadah…. masa buat tak ingat Tuhan…. dah dtangkap baru ngadap Tuhan. Yang salah disini ialah Norman kerana mengambil tindakan tanpa pkir pnjang. Sudah tertangkap barulah nangis, baru ingat anak bini, baru ingat keluarga etc etc…..
Kalo pun Momok yg ngoda, f Norman x lyn… tak jadi punya leee

42. XOXO - November 26, 2008

elah…benci la aku


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: