jump to navigation

Rakyat Amerika telah pilih pemimpin tanpa perkauman, Malaysia ??? – ref Malaysiakini November 6, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Kemenangan Barack Obama sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya Presiden hari ini memberi pengertian besar dan meluas kepada bukan saja rakyat Amerika tetapi kemanusiaan sejagat, kata Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim. 

“Kemenangan Obama dilihat sebagai membawa perubahan dan suasana yang menggalakkan dalam nilai dan percaturan dunia antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Mengucapkan tahniah kepada Obama, Rais berkata Malaysia mengalu-alukan kemenangan beliau sebagai obor baru dalam perjuangan mengisi tuntutan demokrasi

“Sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika kemenangan beliau memberi pengertian positif yang baru bahawa rakyat Amerika sudah boleh menentukan pemimpin negara mereka tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan. 

“Kemenangan Obama yang mewakili harapan tinggi untuk rakyat Amerika juga membawa pelbagai kemungkinan baru yang positif dalam bidang hubungan antarabangsa, khususnya hubungan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia buat tahun-tahun hadapan,” katanya. 

Beliau juga berkata Malaysia akan terus mengekal dan meningkatkan usaha dua hala yang harmonis yang saling berfaedah dengan pentadbiran Amerika yang baru.

Malaysia juga katanya menaruh harapan semoga pentadbiran Obama akan memberi perhatian yang lebih setimpal kepada negara-negara membangun dalam konteks kemanusiaan, pembangunan dan hubungan pelbagai hala. 

“Malaysia juga berharap semoga kerajaan pimpinan Obama lebih prihatin terhadap kedaulatan domestik negara kecil serta tidak mengutamakan kekuasaan dan kekerasan sebagai alat penyelesai pelbagai masalah dunia,” katanya. – Bernama

Comments»

1. Samuel Goh Kim Eng - November 6, 2008

Americans don’t simply choose a president just because he’s black
They merely exercise democracy and elect who they think is best
In exercising their basic fundamental rights there is no slack
After the big election they still put the president to the test

(C) Samuel Goh Kim Eng – 061108
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Thur. 6th Nov. 2008.

2. 1288 - November 6, 2008

rais fu

3. PACman - November 6, 2008

When will Malaysia be like voters in USA? Choose a leader based on merits and not skin color.

4. firdauz - November 6, 2008

yes, i agreed wif PACman. Why don’t we give it a try? I’m pretty sure we could change the way we lead our country.

5. Jsss - November 6, 2008

You are right PACman. Me too agree with you. Hope the next election (G13) will bring changes to Malaysia like what had happened in USA.

6. 1288 - November 6, 2008

ada dua jenis Malay .one is umno malay (malay one) and other one (malay two) hard working and…..idiots.So now you know malay one is rich and so pandai.they set policies for the malay two. I’m tuan so i give everything free to malay two.All malay one want is malay two vote….why? One day all the malay two will go backward ? ! All kampong have uiTM but have no kebolehan in many bidang.Malay two only serves a government post.The malay one with pHD holder will become mininster portfolio or PM .Bapa Pm anak pun nak jadi PM……why? so Think?…Who is tuan here?

7. Henry SL - November 6, 2008

i don’t see Malaysian can be open minded like America people. You can see in Perak alone, no body can allow non-malay/muslim become MB.

We like to talk race based beyond tru leader

8. 2552 - November 6, 2008

1288…im pretty sure that u r not malay….how can u be so sure that the uitm students have no ‘kebolehan’ in many bidang????!!juz prove ur words sucker!

9. Zakiah - November 6, 2008

malaysia sebuah negara islam.
Lain dengan america yg rata2nyer adalah kristian..
biler kaum lain jadik MB..
susah untuk malaysia stay sebagai negara islam ataupun melayu..
seperti di penang,dah ader papan tanda tulisan cina jawi india..
sedangkan dah termaktub bahse malaysia ialah bahsa kebangsaan it doesn’t matter wut langguage u speak..
itu pun dah senang dicabuli..ingat kiter punyer perjanjian dulu..
klo tak sia-sia sajer pahlawan kiter berlawan utk Tanah Melayu..

budak UiTM banyak yg pandai…

i hate seeing job iklan yg ada tulis prefered language: chinese
cina di malaysia paham bahasa melayu la..even makcik cine..

10. halimah bradley - November 12, 2008

Obama cakap English macam American, bukan macam Kenyan
Obama tengok wayang American, bukan cerita Kenya
Obama pegi sekolah kebangsaan, bukan SRJK Kenya
Obama is an American through and through ?

kat sini ?
Cakap Bahasa Malaysia pun gagap, fail
Tak habis-habis dengan sekolah Cina, Tamil
Tak assimilate
Buat negara ni macam mereka kat China, India

Ada hati nak jadi PM ?

11. nikmj - November 12, 2008

To 1288,
I respect anyone opinion about anything. But then your racial opinion on malay is not welcome as we are moving forward toward malaysian malaysia.

Your uneducated opinion regarding Malay classes or groups I believe is not agreeable by many Malaysian.

Please give critical and nonracial comments as I believe many will contribute more to this forum.

P/S By the way, not all kampung have UiTM, not all Malay would serve the government, not all UiTM imcompetent in many fields (many much better than local private college grads), please get your facts right before commenting.

12. anak malaysia - November 13, 2008

Kalau lah semua rakyat malaysia di beri peluang untuk memilih PM, definately they won’t choose Najib Razak. Najib Razak has no pontential in becoming our new PM. Want to know why? So many resons.

13. Pak Ulong - November 14, 2008

Tidak timbul soal bangsa atau warna kulit untuk menjadi PM. Tiada akta yang meyekat mana mana kaum dari menjadi PM. Siapakah dikalangan orang bukan melayu yang boleh diangkat untuk menjadi PM pada masa sekarang? Pengerusi DAP yang bernama Karpal Singh cakap bahasa malaysia pun tak fasih begitu juga Lim Kit Siang. Kalau nak dikirakan merekalah yang layak dikalangan Pakatan Rakyat. Mereka berdua adalah tokoh yang berpengalaman dan yang paling kanan. Namun yang pasti mereka berdua bercakap bahasa malaysia( bahasa resmi negara) pun tak fasih jadi macam mana nak jadi PM. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi wakil kaum bukan melayu yang belum fasih dalam bercakap bahasa malaysia. Obama sedar diri dia siapa. Maka itu dia mengikut cara dan percakapan macam orang Amerika. Dia belajar untuk menjadi orang Amerika. Dia tak pernah memperjuangkan bahasa ibunda dia mahupun budaya kehidupan nenek moyang dia di Amerika. Dia hidup dalam realiti. Maka itu dia boleh diterima rakyat Amerika walaupun dirinya seorang yang bukan berkulit putih. Tapi orang bukan melayu di Malaysia maseh memperjuangkan budaya nenek moyang mereka di Malaysia. Meraka tidak mahu meninggalkan budaya,bahasa dan adat resam mereka. Mereka tidak mahu menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kehidupan mereka. Persidangan parti politik bukan melayu seperti MCA, DAP,MIC dan lain lain maseh mengunakan bahasa mereka didalam persidangan mereka. Kenapa tidak mengunakan bahasa malaysia? Kerana bahasa malaysia adalah bahasa orang melayu. Disitu menunjukan bahawa orang bukan melayu tidak ada kesetian pada negara yang mereka menjadi rakyat. Obama serta mereka yang semacamnya tahu menilai dan mengerti untuk menjadi rakyat Amerika dan sanggup melupakan adat resam dan budaya dan mengamalkan adat budaya serta kehidupan bangsa Amerika. Apakah orang bukan melayu sanggup membuat bergitu diMalaysia? Jika tidak sanggup untuk menjadikan diri sebagai anak Malaysia yang faseh bertutur dalam bahasa Malaysia dan belajar untuk mengerti dan faham adat istiadat orang melayu maka jangan bermimpi untuk menjadi PM di bumi Tanah Melayu. PM Malaysia boleh dari kalangan kaum yang mana pun , namum Raja Melayu tetap hak orang melayu. Jika seorang PM bukan melayu yang tidak fasih dalam bahasa kebangsaan dan tidak mengerti budaya dan adat orang melayu yang memimpin negara macamana untuk dia membawa diri didalam upacara yang melibatkan pihak istana. Oleh yang demikian maka tidak harus ada persoalan tentang kaum mana untuk menjadi PM. Semua kaum mempunyai hak. Yang menjadi persoalan apakah kaum bukan melayu sanggup untuk menerima cara dan budaya orang melayu jika menjadi PM. Ini adalah kerana banyak perkara yang melibatkan adat resam dan cara orang melayu dalam hal hal yang melibatkan pihak Raja Raja Melayu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: