jump to navigation

Ceraikan saya disini juga – Abby November 5, 2008

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, General, Memey Suhaiza, Norman Hakim.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Suasana dramatik pelakon ini nekad menuntut cerai daripada Norman di saksikan wartawan dan krew penggambaran drama Gerak Khas 

CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga,” jerit Abby dalam nada tegas penuh emosi kepada Norman Hakim sewaktu mencelah temu bual yang dilakukan sekumpulan pihak media di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju pada 3 November lalu. 

Bagaimanapun, Norman cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berlalu seketika daripada penglihatan rakan media, tanpa berkata apa-apa. Cukup dramatik sekali melihat adegan yang membabitkan mereka ini, apatah lagi Abby secara tegas mempersoalkan apakah hubungan yang terjalin antara Norman dengan Memey? Tidak berjawab, soalan itu terus tergantung dan meninggalkan tanda tanya.

Ironinya, lokasi penggambaran drama ini juga menjadi saksi di mana Abby menuntut cerai kepada Norman Hakim pada dua tahun lalu. Bezanya waktu itu ia berlaku di Jalan Chow Kit menjadi lokasinya dan terbaru pada 3 November lalu di Wangsa Maju. 

Penggambaran drama ini juga terganggu seketika gara-gara ‘ketegangan’ yang tidak disangka-sangka ini. 

Bagaikan melihat adegan drama sebenarnya melihat watak realiti yang dipegang Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 30, begitu nekad untuk menuntut perceraian buat kali keduanya terhadap si suami bernama Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 32. Pasangan ini pernah dilanda badai gara-gara wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Bagaimanapun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006.

ABBY dan Norman dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui kisah mereka.

Tetapi kali ini, Abby sudah nekad ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan perceraiannya. Bagaimanapun, ia gagal kerana Abby perlu mendapatkan beberapa salinan dokumen dan maklumat berkaitan suaminya. 

Menurut Abby, hasratnya untuk menuntut cerai sudah dimaklumkan kepada Norman. Atas alasan untuk mempercepatkan urusan perceraiannya, Abby tanpa teragak-agak bergegas menemui Norman di lokasi penggambaran Gerak Khas. 

“Memang sudah lama berniat untuk menuntut cerai kerana sudah terlalu lama saya menunggu dan terus menunggu. Saya sudah tidak nampak ruang terus memperbetulkan keadaan yang sedia keruh. Keadaan yang membuatkan saya buat begini. 

“Usaha saya kali ini gagal kerana dokumen membabitkan dia (Norman) belum lengkap. Saya hanya perlu kerjasama dia untuk memudahkan hal ini. Ingatkan mudah nak uruskan hal ini, nampaknya banyak yang perlu dilakukan dulu,” kata Abby yang hadir seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa.

YUSOF HASLAM menasihati Abby.

Kata Abby lagi, anak-anak masih terlalu muda untuk diperjelaskan situasi ini. 

Mengenai kehadirannya menemani Norman sebagai tanda sokongan sewaktu kes penangkapan khalwat Norman dan Memey pada 30 Oktober lalu, Abby berkata, dia berasa ralat apabila Norman meminta bantuannya untuk menyelamatkannya dan Memey pada masa yang sama, hingga menimbulkan rasa sangsi Abby terhadap suaminya. 

Dia mengakui menghubungi Memey dan ia bersambut. Dalam nada tegas, Abby bersedia bersemuka dengan gadis yang dikaitkan Norman itu. 

Katanya lagi, jika benar gosip bertiup kencang mengatakan suaminya dan Memey sudah berkahwin, dia tidak rela untuk dimadukan. 

“Saya masih boleh terima kalau dia (Norman) meminta untuk saya menyelamatkan dirinya. Yang pelik, dia meminta saya menyelamatkan Memey juga dan saya rasa macam ada sesuatu antara mereka. 

“Saya pun tak sangka dia (Memey) akan mengangkat panggilan telefon yang saya buat. Cara jawabnya memang sangat menyakitkan hati apabila diingat kembali. Dia boleh cakap apa yang sudah terjadi itu sudah terjadi. Jika saya berada di tempat dia sekalipun, saya mungkin tidak angkat mengangkat panggilan itu. 

“Tidak timbul soal bermadu di sini, kerana saya memang sudah nekad untuk bercerai dengannya. Kalau mereka kahwin sekalipun, saya akan pastikan yang saya bukan madu dia (Memey),” ungkap Abby yang bersedia untuk bertemu Memey biarpun hakikatnya dia jelek melihat pelakon baru itu. 

Menurut Abby lagi, dia rasa tidak mungkin Norman akan datang merayu kepadanya lagi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka seperti perceraian yang terdahulu. Kata Abby, sayangnya masih ada kepada Norman, cuma dia bimbang kasih sayang itu terus dipersiakan kembali. 

Gugurnya air mata Norman 

Ketika hadir di lokasi penggambaran drama Gerak Khas dengan membawa borang permohonan perceraiannya, kelihatan Abby cuba menepis tangan Norman yang mahu memegangnya. Suasana agak tegang tetapi kedua-duanya masih dapat berbincang secara baik. Sesekali terjatuh air mata Norman mengenangkan hala tuju rumah tangganya. 

Memahami keadaan ini, ‘aksi’ mereka dibiarkan oleh media dan jurukamera yang hadir supaya kedua-duanya dapat berbincang secara baik di sudut lain. 

Menurut Norman, dia bersedia memberi kerjasama kepada Abby memenuhi hasratnya untuk bercerai. Bagaimanapun dalam nada sedih, dia tetap berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan. 

“Saya akan pertahankan rumah tangga kami demi anak-anak. Anak-anak harta dunia akhirat saya. Saya terima dengan reda setiap dugaan dan cabaran (termasuk merujuk kepada kes penangkapan khalwatnya dengan Memey) ini, sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Setiap hari, saya berdoa semoga diberi petunjuk. 

“Saya sedih sangat jika rumah tangga kami berakhir dengan perceraian. Dalam apa juga situasi dan keadaan, banyak hati yang perlu saya jaga. Abby masih isteri saya yang sah,” kata Norman yang bersedia untuk mendengar nasihat mana-mana pihak termasuklah pihak wartawan. 

Norman juga sanggup menghadiri sebarang rundingan kaunseling jika ia menjadi alternatif terbaik untuk meredakan ‘masalah’nya dengan Abby. 

Ditanya mengenai Memey, Norman seperti kenyataannya sebelum ini menafikan sebarang hubungan cinta terjalin antara mereka. Dia mengaku menyuruh Memey supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dan bercanggah. 

“Jika dia (Memey) bukan artis, mungkin ia tidak seteruk sekarang. Dia masih naif. Dia masih ada ibu bapa,” kata Norman sebelum Abby mencelah hingga tercetusnya kisah seperti di atas. 

Berbuih bagi nasihat 

Hip juga mendapatkan komen Datuk Yusof Haslam mengenai kisah Abby dan Norman yang kebetulan berada di tempat kejadian. Menurut pengarah tersohor ini, mereka perlu tenang berdepan dan menangani situasi yang sedang dihadapi mereka. 

Katanya, bukan tidak beliau menasihati mereka, sebaliknya sebagai orang yang lebih tua, sudah berbuih mulutnya memberi kata nasihat. 

“Saya harap mereka akan menyelesaikan masalah ini dengan baik. Apa sekalipun yang bakal berlaku, ia adalah satu proses kehidupan. Biarpun hal ini bersifat peribadi, ia juga membabitkan imej drama kepolisian yang dilakonkannya kini,” katanya ringkas. 

Sempat menenangkan dan memahami keadaan Abby yang cukup bercampur baur, Yusof memberitahu Abby supaya membuat keputusan dan bertindak secara rasional. Katanya kepada Abby, berilah masa kepada Norman untuk membuat keputusan berhubungan isu perceraian ini dan yang paling penting, fikirkanlah soal ketiga-tiga anak mereka iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha Hakim.

Comments»

1. eman - November 5, 2008

benda nih dah biasa berlaku,xde satu pun yang luar biasa,sama je manusia dulu dan skg,yg baik leh ambil iktibar,yg buruk jadi kan teladan..

2. ain - November 5, 2008

tak suka la kalau norman n abby cerai…
kecian kat anan2….

3. gedik - November 5, 2008

betul ke dia nk pertahankan rumahtangga demi anak2… tak nampak pn…..yg aku nampak dia sangat bersungguh2 utk merobohkan rumahtangganya…tak ade tande2 pn yg dia sayangkan anak2 dia……baik dari tindakan…..mahupun kata2…..tiada langsung ciri2 bapa mahupun ketua rumahtangga…..aku tk nampak tanda2 dia pikir perasaan anak2 dia…..perasaan bini dia…..perasaan mentua dn ipar duai dia…..

4. fahreen - November 5, 2008

wehh kesian la kt anak bini hang tu..
kalo nk kawen pon jgn la wat hat org terseksa cmtuh

neway, bkn nk masuk campor tp berfikirlah secara rasional n bjak.
kenanglah pengorbanan sang isteri. n jugak demi perkembangan anak2..

5. sri langkat - November 5, 2008

biar dorang bertenang dulu…..ni kang terburu-buru buat keputusan susah plak…dorang dh ada anak 3 org….mmg sian kat abby…baru pas pantang eh..? ke msh dlm pantang..? bole kena angin meroyan camni…

6. BLABLA - November 5, 2008

Kenapa perempuan muda itu, sangat gatal nakkan suami orang?. Dia tak tahu ke dunia ini bulat …Takde sangatke lelaki di luar sana?
Yang lelaki tu, rambut depan dah mula nak botak…, anak kecik2..bini dah cukup cantik…Tak reti bersyukur..
Semoga tuhan balas yang sepatutnya kepada mereka berdua menganiaya 4 manusia, 3 daripada tak tahu apapun..

7. Deb - November 5, 2008

Norman, nafsu memang begitu…but you kena tahu apa itu dugaan allah. Kesian Abby, dugaan kepadanya amat berat. This thing happens when she was heavily pregnant and dah lepas bersalin pun si suami yang dah tak tahu mana rumah sendiri, buat hal berhampiran rumah yang sekangkang kera jauhnya. Action speaks louder. Nafi apa lagi Norman. Sedihnya sepatutnya you terus terang aje pada Abby sejak dari dulu bukan begini, depan orang pun you pertahankan si Memey, kalau I jadi Abby bukan luluh lagi hancur, tapi apa pun i do hope you change and think about your beautiful children, jangan sebab nafsu you you korbankan pembakar semangat yang dah jadi kain buruk you dan pergi kepada penyelamat you. Jadiler macam salleh yaakob, tiga but truthful sebab tu dia menjadi. Tunjuklah hormat you pada isteri yang telah memberi you bukan 1 tapi 3 anak.

8. bunga kemboja - November 5, 2008

SABAR ABBY…..WE’LL STILL WITH U

9. jiwakacau - November 5, 2008

tak tau sapa btol2 salah..tapi ..tu lah..memey ngan norman sama cakap belit2….mle2..kata tak penah jumpa dah lepas drama PAsrah..tuptup..ada pulak?kalau btul pun org set up..aku rase sebab meluat tgok keintiman diorg..tapi tak nak ngaku..takkan takdak apa2..tetiber je org nak set up?pompuan sekarang ni..tolong la hormat perkahwinan org lain…..gataL!

10. BUDAKKELANTAN - November 5, 2008

bakpo nyo demo sibuk jago ha oghe…. biar la mereko bercerai …ukk alohhh

11. akusetia - November 5, 2008

mu budak kelantan..ko xkesian kt abby ker?..bkn nk sibuk tp nk bg support ky abby n sdarkn norman tu…

12. tDihaw Rauna. - November 6, 2008

kepada abby dan norman, duduk dan relaks dulu,kemudian ambil wuduk dan solat sunat istiharah, minta petunjuk dari Allah swt. Kepada ke 2 , jgan ikut hati yang panas, syaitan sentiasa membisikkan perkara yang tidak baik. Dari itu kembali pada jalan Allah yang sebenarnya dan mudah2n perkara yang anda tidak ingini ini dapat d atasi dengan baik.dan pasti ianya ada hikmah d sebaliknya……Dari Batu Pahat.

13. fahreen - November 6, 2008

em, adoiii x paham la ngan pompuan zaman skang ni..
laki pnyer la bersepah kt luo nun, kt bb pon amai.. petik jari je.. ko pon ade rupa, bkn x lawo.. jgn la sampai org label perampas laki org.. maluuuu beb..
ko bole plak nk mengedik kt laki org.. mentang2 si norman tu kategori macho tp aku rase xde la macho sgt pon tp pikir lah beb.. kite same2 pompuan!! jgn la terlalu dahagekn napsu tu.. sblom wat sesuatu tu, fikir dlu hati org sekeliling, jgn terlalu pentingkn perasaan kite jek.. pikir2knlah rumahtangga org.. dek kerana awk tu, musnah rumahtangga dorang.. isk2..
arap2 abby dapat tenangkn pikiran n berfikir semula, mmg sukar nk percaye sang suami tp buatlah keputusan matang.. jgn jadikan anak2 sebagai mangsa.. beri mase tuk diri sendiri n juga pd suami, agar dia dpt buat keputusan ngan baik.. neway, tp abby : wish u luck!!

14. pd girls - November 6, 2008

kak abby saya berharap supaya jgn buat keputusan terburu2 dalm hal ini,jgn biarkan rumahtangga yg kak abby bina ini hancur,abg norman kena jadi ketua keluarga yg boleh bimbing isteri dan anak2 jadi manusia yg baik mahupun di dunia atau akhirat…..banyak2kan solat taubat dan hajat supaya di ampuni segala dosa2 kita,sebab kita ni manusia biasa yg x lepas dari melakukan kesilapan dan solat istikarah untuk dapatkan petunjuk dariNya…saya berdoa untuk kak abby dan abg norman supaya berbaik2 semula seperti awal perkahwinan dulu,INAGT ORG YG BAIK SENTIASA DAPAT UJIAN DARI ALLAH S.W.T banyak2 bersabar.

15. gedik - November 6, 2008

Isteri perlukan suami bertanggungjawab,jujur and melindungi……..

Abby U lebih tahu……pilihlah yg terbaik utk U and anak2……yg boleh membahagiakan and menggembirakan U and anak2……

16. suezie - November 6, 2008

Aby,bukan sbb i peminat u,tapi i seorang perempuan macm u,Pengalaman seperti ini pernah berlaku pada i,disebabkan i bukan artis,so cume kengkawan i yg rapat dan family je yang tau hal i,

Tapi i ada nak kongsi sesuatu dgn u,masa i tengah krisis with my x hubby,ada sorang hamba ALLAH ni bagi tau macm ni,Perkataan yang menyedarkan i sampai sekarang.Kalau kita beli dagingkan,sebahagian tu busuk, u mesti potong bahagian yg busuk tu dan ambil yg elok je, kalau u simpan jugak, nanti yang baki tu akan tetap busuk jugak.Kalau nak buang, buangkan terus,kalau nak simpan, kena sabar dengan bau busuk tu sampai bila2………..

Semoga Aby tabah dan sentiasa berjiwa kental demi masa depanmu dan anak2, Lagipun Aby masih muda dan cantik….ALLAH S.W.T yang lebih memahami,mengetahui segala isi alam yang diciptakannya……..Aminnnnnnnnnnnnnnn……..

17. pokpek - November 6, 2008

memey 2 sape???hodoh je pown

18. ANTI MEMEK - November 6, 2008

SEDIH LA TGOK ABBY TAMBAH BILA DGAR KENYATAAN ABBY DIA MENGANDUNG PON BAB TAK MAU BENDA LEPAS BERULANG…ADUH MANALA HATI PERUT BUDAK MEMEK BABI TU…AKU RASA DIA TU PAKAI HATI PERUT BABI BAB TU PANGAI DIA CAM TU…CAYALAH KALO DIA KAWEN NGAN NORMAN TOLOL TU MESTI DIA AKAN RASA GAK MCAM NI TAPI MGKIN DOBLE TRIPLE KOT…SIAL TOL LA MEMEY TU…AKU DAH NYAMPAH SAMPAI KISAH KAISARA PUN AKU DAH TAK TGOK MEMEY TU BLAKON PUN NTAH HAPA2 BLAKON NGAN NORMAN KOT BAGUS KOT TU LA DOK JADI INSPIRASI KAT NORMAN!!!!DONEA DONEA

19. ayutie - November 6, 2008

keian kat anak2….. mcm mane norman leh x terfikir…..nafsu melebihi segalanya……

20. Khai - November 6, 2008

LEPASKANLAH ABBY, NORMAN… JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Ko nak kebahagiaan ko sorang jer….. Abby menderita ko x pikir plak??? Dah lah ko abaikan dia masa dia berpantang. Pastu Curang ngan pompuan sial tu. Tambah sakit hati ko boleh cakap plak yang ko nak jadikan pompuan sial tu bini nombor dua.. Fikirlah logik skit Norman oit…sapa x sakit hati…????
Kalo ko nak kahwin sangat ngan si memey pukimak tu..kahwin lah…tapi ko kenalah Lepaskan Abby. Dia dah cukup menderita dengan perangai ko yang curang tu… Tak payah la tamak sangat sampai nak berbini 2. Kalo dah Abby kata tak nak tu……maksudnya tak nak lah…. MUKA X MALU BETUL KO NIH…. dah buat silap x nak ngaku… pastu nak kahwin lagi satu…pastu orang dah x nak kat ko…ko masih terhegeh-hegeh lagi….. KEJI LA KO NIH NORMAN…
Lepaskan lah Abby…. Cinta Abby tu hanya layak untuk orang yang tahu menilai erti kesetiaan n kejujuran jer…. KO TAK LAYAK LAGI UNTUK ABBY….LEPASKANLAH… Jangan lah biarkan dia terus terseksa……

21. freshoren@liaAntlion@kawaii - November 6, 2008

Dari geng minah2 seVist@ Spaceship!!!

memey pompuan kejam!! x sedar diri !!! memalukan kami yg same umor ngn die jew!! ade ati nk kaco suami org!! memey bangang bongok bengapn tooooott!!
(kawai_20)

memey ingat pada Allah sebelum nak ngorat laki org tu….dosa tau ambik laki org…banyak lagi laki kt malaysia ni yang boleh dibuat laki..fahamlah awak tu baru 20 tahun n norman tu dah 30 lebih,mcm bapak n anak…

kepada abby,teruskan hidup anda..ingat pada Allah yer,sbb setiap yg berlaku ad hikmahnya..ingat yang jahat akan diberi hukuman yang setimpal begitu juga yang buat baik akan diberi ganjaran oleh allah.abby perlu tabah dalam mghadapi hidup…ibubapa saya pn pnah berhadapan mslh mcm tu,so sy faham…ingat pada anak2 abby yg comel2 tu yer…:-)

kepada norman hakim..
bersabar dgn sgala dugaan..sy xsalah kan sesape sbb ape yang berlaku ad hikmah disbaliknya..setiap manusia diberi pelbagai dugaan oleh Allah.Ini mnunjukkan Allah sgt syg pd umatnya…mgkin ape yg berlaku akan mbuatkan norman lbih mghargai Abby n anak-anakmu yang comel tu disamping utk perbaiki sgala kekuragan dlm rumah tangga norman…
(LIA ANTLION89)

apelah nak jadik ngan manusia zman sekarang. jangan lupe, setiap ape yang kite buat akan ade pembalasannya. kalau hari ni kita buat orang macam tu, esok lusa kite plak yang akan terima nasib yang same. Rumah tangga bukan mainan, boleh diabaikan sesuka hati. Ia satu tanggungjawab yang besar untuk membimbing sebuah keluarga. Pengajaran buat perempuan2 lain di luar sane, jangan sesekali cube meruntuhkan masjd orang lain. Berdosa tau. Buat Abby Abadi, bersabarlah dengan dugaan ini. Ada hikmah yang menanti. Buat Norman, lainkali jangan abaikan perasaan isteri dan anak – anak. Ingat yang anda mempunyai tanggungjawab sebagai seorang suami & ketua family.. Buat Memey, kami tak tahu sejauh mane kebenaran anda dalam kes ini. Tapi jika anda benar2 ade melakukan sesuatu yang x elok, bertaubatlah selagi belum terlambat. Dan belajar menghormati perasaan orang lain jugak-freshoren88

22. huhhhhhhh - November 6, 2008

dulu aku minat gak norman nih, tp lepas tau perangai die n ape die wat kt abby n anak die…..aku memg jd benci giler babi r kat die…xpernah serik,ingatkn dah btaubat n brubak…tp habuk pun tarak….nk jd contoh sbg polis mcm mn kalau polis sendiri kn tahan kat balai polis or balai islam….what ever la….pas2 paling aku menyampah skali bile die tetap cover si momok hantu 2….lepas ni memg aku x ingin tengok cie yg dilakonkan si norman n momok 2……aku n smua yg spendapat ngan aku nekad mboikot diorg, biar rase langit 2 tinggi ke rendah….xpk ke perasaan org lain bl ditipu, tipu wartawan,anak bini,peminat…lps kantoi pn x nk ngaku lg….

23. dania - November 6, 2008

seluruh malaysia geram dengan norman n memey tuh… langsung xtau malu n rendah benar ajaran agama mereka berdua nih.. ish ish ish

24. BOIKOT SI NORMAN DAN SI MEMEY - November 7, 2008

BENCI TUL AKU TGK NORMAN TU…LEPAS NI AKU TK NK TGK DIA BERLAKUN LG NMPAK MCM BAIK TP SEBALIKNYA XBERTANGGUNGJAWAB RUPANYA. NAPE AWAK BUAT ISTERI MCM TU KECIAN ABBY DLM PANTANG LAKI BUAT PERANGAI NASIB BAIK XMEROYAN. LAKNAT PUNYA LAKI. DISURUH BINI BAGI SOKONGAN BILA DIA DITANGKAP DGN MEMEY. MANA TK SAKIT HATI DIBUATNYA. DAH LAH BUAT MAKSIAT DISURUH BINI YG DLM PANTANG TU BAGI SOKONGAN MORAL UTK LAKI DURJANA DAN BETINA DURJANA. ABBY ELOK TINGGALKAN JE NORMAN HAKIM YG TK GUNA TU……..BIAR DIA MAMPUS…

25. Hakim kpd Norman - November 7, 2008

Aku sokong Norman HAkim.Gentleman buat macam tu.Dah kahwin dgn Memey tapi tak nak cakap.Keh..keh..keh..Biar Abby berduka kerana dimadukan.Patutnya Abby kena jaga suaminya supaya tidak diambil org.Kena jaga badan le sikit.Baru suami sayang.

26. PIJAT - November 7, 2008

Kalau dah masuk kategori gatal..Isteri macam Aishwara Rai / laki macam Tom Cruise pun pi gedik tempat lain..Nak test power agaknye..Tak teringat mati esok banyak hisabnya.

27. ruby - November 7, 2008

ni aku lak nak marah kat Hakim pada Norman nih…ada ke patut ckp abby cam tu..wei tolong lah…abby lagi cun la dari memey tu…alahai dah memy tu muda lagi nampak lah bergetah gi…tu yang norman dok terhegeh2 tu….tah paper tah….nak pempuan pasang badan je tuk laki tp kalo hati laki dah cam hantu buat ape pon xkan nampak lagi yang baik2…..bodoh tollllllllllll

28. put3tiena - November 7, 2008

sokong ruby..akuk x minat abby tp kesian kt dia..dia lebih cantik dari memey tah apa2 tu…artis konon..org nk ambik tau..sape knal memey? org lg knal abby tu..untie zaza..lagi famous..mana nk letak muka….apapun, bg abby bertenag n pk mana yg terbaik…

29. girl - November 7, 2008

mmemey2 nape ko jadi udang dalam cucur chocolate.rosak abis.pepun.ko je yang dpt beri penjelasan.betul x aper berlaku.ko je yang tau

30. Batu pahat - November 8, 2008

Abby.. Trust this, Women can live without man! X payah susah2 lg nk pk hati laki. Yg pntg hati kita dn anak2… Kita bleh truskn hidup tnpa lelaki. Bukannya apa, klu tggalkn laki yg mcm si norman tu, we wont regret!

31. NOOR... - November 8, 2008

memey tu ppuan sundal ke pa!!! eeee….ksian dh xnmpk kat luar tu ada jantan ….blambak lelaki single…msih jg nk kn laki org….kesian2..kau ni memey….muka wak tu cantik sangt ke??PERASAAN….!!! buat kak abby …byk2knlh bsabar…keputusan ada di tangan akk…akklh yang layak memutuskan nya…jgn simpan llaki yg slalu menyakitkan hati akk…..wassalam….

32. ros - November 8, 2008

untuk abby kekuatan keupayaan dan kesabaran dihati abby. kami peminat hanya menyaksikan saja dan berasa simpati. sedih dan kecewa kerana harapan saya untuk melihat abby dan norman kekal bersatu keahkir hayat. malangnya yang terjadi kepada abby sebaliknya. Apa yang saya nampak pun si norman ni berlagak cool berniat untuk memulihkan rumahtangga. kalau betul norman nak memulihkan rumahtangga tunjukkan kasih sayang dan pembelaan keatas ister bukan kepada yang lain. saya pun berlaki juga (kalau laki saya mcm tu dah tentu saya pun minta cerai) kerana sikap dan cara norman yang tak nampak langsung sayang dan cintanya pada abby. begitulah perjalanan perkahwinan ini jika kewibawan suami mengendalikan rumahtangga bocor……

33. lisa - November 8, 2008

buat lah keputusan yang terbaik untuk selamatkan umtangga

34. ANTI MEMEY N NORMAN - November 9, 2008

BAPAK MEMEY gadis murahan tu sokong dia nikah ngan NORMAN?????

Hmm…Biasalah… org kampung la katakan…. anak tu bukannya bagus sangat, x de pendidikan pun… dapat plak kahwin ngan artis yg kononnya glamer….mesti ler bukan main suka…
Artis ler katakan…. pastu kebiasaannya mentaliti pakcik-makcik kampung ni kan mesti ingat artis tu banyak duit…. padahal…hmmm no komen…
lagi satu memang ler kena terpaksa terima… yelah… dah anaknya ‘confirm’ dah kena tebuk tupai kan…… buatnya termengandung….. hmmm kalo x kahwin nanti…sapa plak nak di bin atau bintikan cucunya…. nak tak nak terima jelah menantu tu….
Tak kira la anak tu perampas laki org ke perampas binatang ke….. terima je lar…. Kalo x terima plak nanti lagi banyak susah nya…
Hambik je la laki x guna tuh….. PLAYBOY BIN KASANOVA a.k.a Nurhakim Zaidon Kemaluan Gatal……
Kalo perkahwinan tu dimulakan dengan perkara x baik… mesti xkan kekal lama punya….
Itu sekadar pendapat aku je la….. Hmmm no komen… nak terima..terima je lah pandangan aku nih….. X semestinya nak suruh korg setuju….
Lagi satu, bapak si memey gadis murahan ni…. betul ke orang kampung beri sokongan pakcik oit??? eh silap abang oit??? (bapak pun x malu perasan muda…abang konon…. wei.. Aznil yang glamer tu pun bahasakan diri dia Pak Nil…cesss) no komen…
Dia x tau padahal satu kampung mengumpat n mengutuk anak dia tuh…… depan je la buat2 baik…ye la…hidup berjiran la katakan…. belakang dia…. hmmmm a-z ngutuk jer kejanya….. Malulah sikit Bapak Memeynya….. Anak perempuan tuh dah ler banyak yg x betul…sebagai bapak..kena la tegur anak tuh…. Kalo x nanti jawab ler kat akhirat…tanggung ler dosa anak perempuan ko tuh…
..
BAPAK MEMEY X TAU MALU. BANGGA ANAK JADI PERAMPAS. X KISAH ANAK BUAT DOSA… BODOH PUNYA BAPAK…BADIGOL SOOT BIN KEPALA BANAR….

35. vika belle - November 9, 2008

so stupid dumb-dumb…hahahha

36. ika slamber - November 9, 2008

buat norman n abby, siasat dlu sape yg slh n sape yg btul jgn bile dah tau hal sbnr menyesal x abih2. sian kat anak2 klu korang cerai, yg baby 2 xdpt ksih syg ayah.

37. nany - November 10, 2008

akom..papehal bincg r dlu.selidk jgn lpe.than tuhan jgn lpe.yg laki plak mmg cm 2.mse mle2 dlu bkn men lg.lau nk psg 2 nk ikot sunnah nabi.tggungjwb xtwu..ap yg pntg kte kene tbah mghadpinya

38. cikminah - November 10, 2008

Nak siasat apa, semua orang tahu si memey dah berumah tangga kat pejabat Norman Hakim selama 8 bulan lebih. Kalau nak beranak, dah pun dekat timenya……

39. huhu - November 10, 2008

anak tak perlu kasih sayang dari bapak mcm tu.. bikin malu bapak2 di Malaysia nih jer.. elak anak dia ikut pangai bapak dia jer.. so luperkan jela kasih sayang norman tu.. dia tak fikir long term.. fikir best jer.. dia ingat hidup makin muda kot.. and makin sihat kot..
tak fikir kubur tgh memanggil.. buat zina tak taubat mintak ampun.. sebok solat istiharah konon.. tu tak kenal dose lagi tu.. tu masih tak sedar. mog ALLAH tunjuk jalan kat ko la Norman. Ko doalahh banyak2.. jgn sampai ko mati kena petir je cukup.. menyusahkan keluarga ko jer

40. hawa - November 10, 2008

a’ah. geram betul la! x paham kenape norman tu beria2 membela si momok tu, kate nk selamatkan rumahtangga, mcm tak matang langsung si norman ni, klau aku jd bini ko pun aku menggile tau tak!

41. chiliapi - November 11, 2008

yeee ke nk pthan kn umhtgga,klau toi nk pthan kn umhtgga npe eye2 nk pthan kn simomok babi utan 2,ckp x srpa bkin sma la ko ngan babi utan 2{memey}popuan gtal n jantan miang,da puas ko cuicuk anu si babi utan 2,sdap sngt ke anu nye smopai lpe bni kat umah,aku doa kn anu ko rang b2 akan bnanah n bsuk xleh ppkai smpai mati,hwaaaa3 PADAN MKEEE…N AKU DOA KN XDE ORG YG AKAN AMBK KO RANG BLAKON N KO AKAN MUFLIS SAMPAI MATI…

42. shaizwanira - November 12, 2008

x yh arr nak tahankan lg umah tangge 2..kalo nak pk anak2 jer..tp idop kiter sndrik mrana,,tak gune beb..jgn jadikan anak sbagai alasan utk berbaik…anak 2 pon malu nak ngaku ayah tau tak..(memandai jer aku nie)..dah abby,abby can stand without him..so..leh him be ngan sape2 pon..tak yah nak mrana lg krn die..

43. IRENA - November 16, 2008

‘Ketika di dalam kereta, Norman membuka cermin kereta tersebut sambil meminta maaf dan mencium tangan kami. Kata Norman macam mana dia nak balik rumah kalau Abby tak habis-habis menyerangnya. “Sekarang boleh tengok sendiri. Dia serang saya macam tu. Kata saya macam-macam. Macam mana saya nak balik,” luah Norman sambil menangis teresak-esak. Ada juga beberapa perkataan yang diluah Norman tetapi dia minta untuk tidak ditulis.’

NORMAN AKAN GUNAKAN KES ABBY SERANG DIA KAT LOKASI UNTUK BUKTIKAN YANG DIA BAIK DAN ABBY JAHAT…BIASALAH EGO DIA MEMANG TAK AKAN MENGAKU YANG DIA MEMANG SALAH…KESNYA DI SINI IALAH:-

1. KENAPA TAK BALIK RUMAH?
2. BINI SEDANG SARAT, TAPI SAMPAI HATI DIA SIMPAN EGO DAN HARGA DIRI DIA DAN SANGGUP BIARKAN ISTERI SIKSA SORANG2 SARAT KAT RUMAH DAN DALAM MASA SAMA MENJAGA ANAK2 YANG LAGI 2 ORANG TU SENDIRIAN? SUAMI DAN AYAH APA MACAM NI?
3. KALAU DIA KATA BALIK RUMAH ABBY ASYIK MEMBEBEL DAN MARAH2 AJA, SO KENAPA PILIH TINGGAL KAT OFFICE BERSAMA2 MEMEY??? KENAPA ADA TILAM DAN TOWEL BASAH KAT DALAM BILIK TU DAN BELAKANG KERUSI MEMEY PULAK TU? KENAPA TAK BALIK TINGGAL DENGAN ABANG DIA YANG SORANG TU? ITULAH ORANG KATA ….JANGAN DEKATI FITNAH, JADI BILA ORANG DH MULA MENGATA MENGUMPAT SALAH SENDIRILAH SEBAB SENDIRI YANG CARI PASAL…
4. KENAPA PILIH MEMEY (SI BUDAK MENTAH YANG KONONYA CANTIK WITH BRAIN) UNTUK CERITA MASALAH? KENAPA TAK CERITA MASALAH PADA ABANG ATAU KAWAN LELAKI?…SO COINCIDENT LA…..PANDAI CIPTA ALASAN…
5. SI MEMEY TU PULAK KENAPA KELUAR DARI RUMAH DARLING? KATA ADA MASALAH….SO SAYA BERANGGAPAN YANG MASALAHNYA IALAH…TAK DAPAT BEBAS SEBAB MAYBE DARLING OBJECT HUBUNGAN DGN NORMAN DAN KEEP MEMBEBEL JADI LEBIH KURANG SAMALAH JUGAK ALASAN DGN SI NORMAN…TAK TAHAN BEBELAN JADI KELUAR RUMAH…KALAU NAK TINGGAL SENDIRI PUN KENAPA PILIH OFFICE NORMAN?????? KENAPA TAK SEWA SENDIRI KAT LUAR??? BANYAK RUMAH SEWA KAT LUAR TU…JGN CKAP TAK MAMPU…DUIT LAKONAN TAKKAN HABIS DOK BERSERONOK KOT…ATAU SAYA RAYA MAYBE SEBAB KLAU DOK LUAR NANTI NORMAN NAK DATANG SUSAH ATAU BILA KENA TANGKAP MESTI TAKADA ALASAN NAK KASI KAN…KANTOI LA…TAPI KALAU DOK KAT OFFICE NORMAN SO BILA KENA TANGKAP MESTI ADA ALASAN NAK KASI…ALASANNYA IALAH….JENG JENG JENG…BARU LEPAS MEETING, SO BANYAK KERJA PENDING…BANYAK MASALAH NAK KENA SETTLE…ETC…TAPI BUKTI TIDAK BOLEH MENIDAKKAN…TILAM DAN TOWEL DAN JUGAK TUHAN JADI SAKSI…

TAPI SAYA PELIK LA SATU BENDA…SAYA PUN ORANG JOHOR…TAPI MASA TIME UMUR SAYA MCM MEMEY SUSAH UNTUK SAYA DILEPASKAN ENJOY MACAM TU AJA…BILA SAYA KEJE KAT KL NI PUN ..SAYA DISYARATKAN UNTUK TINGGAL DGN KAKAK SAYA….YELAH TAKUT TERJEBAT MACAM2 HAL…TAPI MAK BAPAK SI MEMEY NI PELIK LA JUGAK…KATA BAPAK MEMEY SETIAP HARI PAGI PETANG SIANG MALAM MEMEY DOK CAL MAK DIA…TAKKAN TAK TAHU KESUSAHAN ANAK DIA…KALAU MAK DAN BAPAK SAYA SIANG2 LAGI SIAP CARIKAN RUMAH UNTUK ANAK DIA…TAPI ENTAHLAH…MUNGKIN MAK BAPAK MODEN KOT…SETAKAT KEBAS LAKI ORANG SMALL MATTER…SETAKAT KENA TANGKAP KHALWAT SMALL MATTER…PALING2 SENANG KAHWIN…CEPAT DAPAT KAHWIN…

44. benggang gurls - November 22, 2008

HARAP abby sabar dngan dugaan ini kmi tetap menjadi peminat abby pergi mati la lu memey……………………..

45. huhuhu - November 22, 2008

Kalau DAH gatal sangat 2 jangan LA RAMPAS LAKI ORANG RAMAI lagi orang bujang kat luar 2 yang memey 2 kenja sangat ambik laki orang buat apa dah pupus ke orang BUJANG kat dunya nie..???

46. sofea_zahra - January 21, 2009

bodoh siot…lelaki bangang!!!!!!si memey 2 suh die lakun cite momok 9…cun abes..muke cam momok….huhuhuhuuuuu

47. RUZIQS - March 8, 2009

Normanlah Nurman……ingat lagi aku masa muda remaja dulu.Minat sangat aku ngan wajah kau tue..sampai aku dapat boyfrendz pun iras2 cam muka kau tue…Tapi sayang aku tinggalkan saja boyfrendz aku tue sebab dia tak kuat pegangan!!..Untung Besar aku tinggalkan dia sebab rupanye dlm diam2 di buntingkannyer anak dara org..!!Dahlah seminggu aku terima dia jd kekasih hatiku, aku dgr khabar angin ada pompuan tuduh dia kasi bunting!Aku bg juga dia peluang ke2..Akibatnyer kami sering bertengkar sepanjang hubungan kami..2 tahun jugalah kami bercintan!Bila dah dekat nak kawin dia liat nak masuk islam!!Aku patah hati dan menjauhkan diri..2 tahun lagi kami berjauhan!!Bila aku tahu dia merana aku datang balik walaupun dah tak biasa nganyer..Cintalah katakan..Tp aku dpt tahu ada org len yg rapat nganyer..aku pun intailah…dahlah rampas bf org sombongnyer pulak.Muka takdelah lawa,aku rasa muka aku bangun tidur pun masih boleh tahan..Rupanyer dah 8 bulan dorang rapat…bila aku tahu mcm tue aku terus tinggalkan dia tanpa kata putus!!Untung besar aku bila tak dgr ckp mak dia minta di tangkap basah nganyer!!!Cis..!!Tp tersentap jugalah aku bila dgr dia bertunang,dan bukan lgi bertunang terus pula kahwin!!Uikz..apa citer ni?..Argh!!Hampir terkulai gaklah aku..mengeletar seluruh tubuh..Tp aku terima hakikat!!Aku bawa diri jauh ke seberang lautan_2 bln aku pergi bininyer beranak!!Sekali lagi aku Untung Besar!!Nasiblah aku tak terhegeh2 kacau dorang punyer hubungan..Kalu tak malu sendiri pun ada..Untuk Abby,memang aku tak minat kat awak tue tapi aku lihat awak sorang yg teguh penderian..aku rasa sumi ko tue cam bf lama aku juga takde pendirian…Taunyer ‘mengamput’ sana sini jea..Tenang awak abby.Cam aku nie biarpun 10 tahun berlalu baru aku berumahtangga tapi akhirnyer inilah hikmah disebalik yang tersurat…Lama juga aku rawat hati ini..aku pun dapat org baik2..yang takde kes berat..kira bolehlah…bukanyer kite nak cari yg handsome tapi cukuplah penuh pengertian yang abadi..ABBY kan ABADI…Untung Besar awak jika dapat buat keputusan dengan bijak!!!!

48. Tanah Gambut - March 8, 2009

Hey NORMAN!! Kau sedang kabur sekarang nie!!!……………….Tergamak kau biarkan isteri kau tue yang sedang sarat mengandung anak kau dirumah!!Pandai kau membibit tapi tak reti nak jaga tanaman..Lepas tu kau cangkul tempat len dan tanam macam2 benih..banyak kau punya aksi ya…kau laratkah…setakat manalah kau punya larat tue!!..kalau di tanah sendiri pun tak larat nak manyangkul lama2 janganlah nak cangkul tanah orang!!…Baiklah kau balik urus kau punya tanah..tanaman dah elok2 jadi tinggal kau jaga jea..dah dapat tanah subur pun kau masih tak bersyukur..Biasalah orang pompuan ada waktunyer muka tak senonoh..abis ko tue senonohlah..!!..Isteri ibarat sebidang tanah..jangan sekali kau jual atau gadai taupun buat cagaran ataupun disia-siakan.Sok-sok kau mati ditanam juga kat tanah,kalau tanah pun taknak terima kau lagi,LU PIKIRLAH SENDIRI!!!..WA CAKAP SAMA LU..LU JAWABLAH!!

49. untung besar - March 8, 2009

Normanlah Nurman……ingat lagi aku masa muda remaja dulu.Minat sangat aku ngan wajah kau tue..sampai aku dapat boyfrendz pun iras2 cam muka kau tue…Tapi sayang aku tinggalkan saja boyfrendz aku tue sebab dia tak kuat pegangan!!..Untung Besar aku tinggalkan dia sebab rupanye dlm diam2 di buntingkannyer anak dara org..!!Dahlah seminggu aku terima dia jd kekasih hatiku, aku dgr khabar angin ada pompuan tuduh dia kasi bunting!Aku bg juga dia peluang ke2..Akibatnyer kami sering bertengkar sepanjang hubungan kami..2 tahun jugalah kami bercintan!Bila dah dekat nak kawin dia liat nak masuk islam!!Aku patah hati dan menjauhkan diri..2 tahun lagi kami berjauhan!!Bila aku tahu dia merana aku datang balik walaupun dah tak biasa nganyer..Cintalah katakan..Tp aku dpt tahu ada org len yg rapat nganyer..aku pun intailah…dahlah rampas bf org sombongnyer pulak.Muka takdelah lawa,aku rasa muka aku bangun tidur pun masih boleh tahan..Rupanyer dah 8 bulan dorang rapat…bila aku tahu mcm tue aku terus tinggalkan dia tanpa kata putus!!Untung besar aku bila tak dgr ckp mak dia minta di tangkap basah nganyer!!!Cis..!!Tp tersentap jugalah aku bila dgr dia bertunang,dan bukan lgi bertunang terus pula kahwin!!Uikz..apa citer ni?..Argh!!Hampir terkulai gaklah aku..mengeletar seluruh tubuh..Tp aku terima hakikat!!Aku bawa diri jauh ke seberang lautan_2 bln aku pergi bininyer beranak!!Sekali lagi aku Untung Besar!!Nasiblah aku tak terhegeh2 kacau dorang punyer hubungan..Kalu tak malu sendiri pun ada..Untuk Abby,memang aku tak minat kat awak tue tapi aku lihat awak sorang yg teguh penderian..aku rasa sumi ko tue cam bf lama aku juga takde pendirian…Taunyer ‘mengamput’ sana sini jea..Tenang awak abby.Cam aku nie biarpun 10 tahun berlalu baru aku berumahtangga tapi akhirnyer inilah hikmah disebalik yang tersurat…Lama juga aku rawat hati ini..aku pun dapat org baik2..yang takde kes berat..kira bolehlah…bukanyer kite nak cari yg handsome tapi cukuplah penuh pengertian yang abadi..ABBY kan ABADI…Untung Besar awak jika dapat buat keputusan dengan bijak!!!!

50. matahariku - May 2, 2009

wat abby u bersabarlah bnyk2 allah menyayangi orng yang bersabar ingt kita x lepas dari sebrang dugaannya ie adalah pembakar semangat tuk kita membesarkan anak. tunjukkan corak yang terbaik utk anak berikanlah mereka agama yang secukupnya agar besar sok mereka ingt kita ni yang di alam barzakh, doa dia untuk kita. Kamu patut bersyukur telah dikurniakan zuriat.. ingt 3 perkara yang akan kita bawa ke liang lahat nanti (1) Amal ibadat (2) Amal di dunia (3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu n ayahnya nanti. Norman 2 biarlah kabur dengan angan dunia dia. Ada masa dia akan ingt apa yang telah dia lakukan kepada u, tanggungjawab dia sebagai suami n ayah kepada anak-anaknya. Apa yang ada didunia ni adalah sementara saja. Jangan tamak dengan harta dunia. U sekarang pndang keduniaan memang rasa tamat 2 ada, cuba baca ayat suci al quran jiwa u akan tenang sebab 2 kena banyak banyak bersabar. anyway wat masa ni memang u lost, tapi jangan sampai hilang semangat bila membesarkan anak tapi u kena ingat banyak g dugaan cos anak u masih kecil, anak laki kalau ayah dah x de dia punya memberontak 2 kuat oooo. ingat allah k.

51. POWERPUFF GURLZZ!! - October 2, 2009

no coment dh trlalu rmai cment


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: