jump to navigation

Razak Baginda dibebaskan October 31, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , ,
trackback

For English version visit Global Breaking News

[DIKEMAS KINI, 10 pagi] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

 

BERITA TERDAHULU:

Pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibu negara dan Shah Alam, Selangor menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi ini untuk mengikuti perkembangan kes berprofil tinggi – melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tinjauan mStar Onlinedi kawasan pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati orang ramai termasuk saudara-mara tertuduh kes pembunuhan Altantuya sudah mula berkumpul sejak 7.30 pagi.

Begitu juga di kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Bapa Altantuya turut hadir, kira-kira pukul 8.50 pagi.

Berbanding di Shah Alam, bilangan orang yang mula berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak 7.30 pagi tadi tidak ramai berbanding ketika Ogos lalu.

Anwar tiba di kawasan mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi peguam Sankara Nair.

Turut hadir untuk mengikuti kes Anwar ialah bekas penulisan ucapan beliau. Dr. Munawar Anees.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Munawar agar mahkamah menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya serta menyerahkan rayuan itu ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya dihujah berdasarkan merit.

Pihak keselamatan mula membenarkan wartawan masuk ke kamar mahkamah sejak pukul 8.30 pagi di kedua-dua lokasi – di Jalana Duta, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di Shah Alam, Mazlinda Makhzan – isteri Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh, tiba kira-kira 8.55 pagi dan disusuli Razak lima minit kemudian.

Apabila tiba di kawasan mahkamah, Mazlinda terus memeluk Razak dan menangis.

Keluarga tunang seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri tiba pukul 7.15 pagi.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin dijadual menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut iaitu sama ada ketiga-tiga tertuduh perlu dipanggil untuk membela diri ataupun sebaliknya.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lalu.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

 

 

Comments»

1. MK_odie - November 5, 2008

kenapalah sirul ngan azilah nak terlibat ngan pembunuhan altantuya?
.
.
razak lepas gitu aja… xpelah… nak wat mcm mana?
.
.
tapi….. xkan x nak cari sape MASTERMIND utk kes bunuh ni? n apa punca sebenar altantuya d bunuh kejam?
.
.
mmmmmmmm mesti ada dalang yg kita harus ambil tahu utk keadilan sesama manusia.
.
susah nak cakap!

2. Pak Karamu - December 9, 2008

Salam

Siapa yang membuat undang-undang maka mereka tentu faham bagaimana nak lepaskan orang dengan hujah asal yang bukan hujah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: