jump to navigation

Isu PKNS:Low dilantik sementara kerana merit – Malaysiakini October 30, 2008

Posted by nikmj in islam, malaysiakini, National, news, Personal, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Low yang dilantik memangku pengurus besar perbadanan itu mulai 27 Oktober 2008 mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Melayu, termasuk Persatuan Pegawai Kanan PKNS dan exco PAS dalam kerajaan Selangor yang mahu seorang pegawai tinggi Melayu menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir bulan ini.

Low bersara tahun ini tetapi disambung perkhidmatannya selama setahun lagi sementara menunggu calon sesuai pengurus besar PKNS.

Sementara itu, kumpulan wanita parti komponen BN, MCA secara terang-terangan telah menyokong Menteri Besar Selangor dalam isu ini. Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun telah menggesa Abdul Khalid bertegas dengan pendiriannya melantik Low dan tidak tunduk pada desakan, khususnya rakan kongsi pentadbirannya PAS. 

Chew juga membidas bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dari parti UMNO yang membantah pelantikan Low kerana pegawai itu seorang wanita dan bukan Melayu.

Ketua Wanita itu menambah, dalam zaman globalisasi sekarang bukan masanya untuk melantik seseorang pentadbir atasan berasaskan warna kulit atau jantina.

Berikut adalah laporan Bernama :

Pergerakan Wanita MCA menyokong keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

 

Ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata dalam dunia global kini, perlantikan jawatan tinggi kerajaan tidak seharusnya berdasarkan kepada warna kulit atau jantina.

 

“Walaupun ideologi politik saya berbeza dengan Tan Sri Khalid, saya percaya dengan keyakinan serta kepercayaan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor itu terhadap keupayaan kaum wanita untuk menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau berkata mereka yang memiliki keupayaan dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan perlu diberikan peluang untuk mencurahkan khidmat bakti mereka.

 

“Sekiranya seseorang yang dilantik itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik, dia seharusnya dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya pada kedudukan itu, namun sekiranya di gagal, masih tidak terlalu lambat untuk menamatkan saja perkhidmatannya.

 

Chew turut menggesa Khalid supaya tidak dipengaruhi oleh pihakpihak tertentu yang prejudis dan mempersoalkan perlantikan Low berdasarkan kepada aspek kaum dan jantina

DAP juga turut menyokong tindakan Khalid Ibrahim dalam isu ini dengan menekankan soal merit daripada soal kaum atau agama. Berikut adalah laporan dari Malaysiakini:

“Bangsa kita masih terikat dengan cara berfikir dan bertindak gaya lama yang sudah tidak ada tempat dalam sebuah masyarakat moden yang demokratik,” kata naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini. 

Tunku Abdul Aziz menambah, bantahan terhadap latar belakang kaum pegawai kanan wanita keturunan Cina itu, atau mungkin jantinanya, menunjukkan wujudnya budaya yang tidak mengutamakan merit, sebaliknya mengharapkan faktor-faktor kurang relevan. 

low siew moi and pkns selangorPelantikan disandarkan pada pertimbangan yang kurang relevan kaum dan agama,” kata Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa pelantikan pemimpin agensi kerajaan itu menjadi hak mutlak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan berharap keputusan itu dihormati. 

Mengulas bantahan pihak-pihak itu, Abdul Khalid hari ini dilaporkan berkata beliau “tidak faham” perasaan tidak berpuas hati pihak-pihak itu tetapi mereka sendiri tidak risau apabila PKNS didakwa kehilangan berbilion-bilion ringgit. 

Beliau juga berkata Low, yang berkhidmat 35 tahun dengan perbadanan ekonomi itu, bersedia membantu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu. 

Sementara itu, exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok berkata Low seorang arif tentang organisasi tersebut dan sentiasa bertindak bagi kepentingan PKNS, termasuk sewaktu berurusan dengan pelabur.

“Beliau umpama ‘kamus bergerak’, bukan pada saya sahaja, tetapi pada kepada kakitangan kerajaan negeri.

“Beliau berpengalaman selok-belok dalam dunia pelaburan bahkan mengenali ramai pelabur dan pemaju di negeri ini dan beliau juga mempunyai latar belakang dalam pelbagai isu,” kata Teresa di blognya semalam.

Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali semalam mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut.

Dr Hasan selepas itu dipetik sebagai berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu. 

“Walaupun saya berbeza ideologi dengan Tan Sri Khalid, saya bagaimanapun percaya pada amanah dan keyakinan menteri besar Selangor terhadap keupayaan wanita memimpin PKNS,” katanya.

Sementara itu semalam Pemuda UMNO Selangor telah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor membantah tindakan Khalid. Berikut adalah laporan dari MStar yang dipetik dari Bernama:

Antara lain, kandungan memorandum itu mendesak supaya Menteri Besar tidak ingkar perintah Duli Tuanku yang tidak memperkenankan pemberian jawatan tinggi dan penting kerajaan negeri Selangor kepada bangsa asing, melainkan kepada orang Melayu yang beragama Islam.

 

Pergerakan itu juga menolak sekeras-kerasnya pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS selepas tempoh persaraan beliau (Low) dilanjutkan setahun oleh Menteri Besar.

 

Pemuda Umno Selangor juga menyelar tindakan Abdul Khalid yang didakwa biadap kerana memecah tradisi dan mengetepikan kemampuan orang Melayu menerajui tampuk tertinggi pengurusan dan pentadbiran PKNS yang ditubuhkan sejak 1964.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni, benda-benda macam ni pun nak heboh sekampung. Dah tau jawatan pemangku tu sementara, so nak bising apa. Low dah kerja 35 tahun bawah BN, takde pun orang kecoh. Sekarang dia memangku jawatan sementara ada pengganti yang terbaik, so what?

Comments»

1. vikram - October 31, 2008

use the politic properly

2. wahni idris - October 31, 2008

dats why ..wahai orang orang bodoh sekalian ..judgelah people by their abilities , not their skin colour or their sex…..fools…bila kah kamu akan sedar and buka mata kamu nand face glabolization????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: