jump to navigation

Isu kontrak sosial dan artikel 153 – ref Malaysiakini October 30, 2008

Posted by nikmj in General, islam, malaysia today, malaysiakini, National.
Tags: , , , , , ,
trackback

Kelemahan kerajaan sekarang telah menyebabkan banyak pihak telah mencabar Perlembagaan Persekutuan terutama berkenaan ‘kontrak sosial’ dan ‘artikel 153’. Contohnya calon presiden MCA yang tewas Datuk Chua Jui Meng pula menyarankan kerajaan lebih serius menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dengan jumlah kerusi (BN) yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar-menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka,” kata Salahuddin Ayub, mengulas cadangan naib presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai kelmarin.
Desakan parti-parti komponen BN semakin lantang menekan Umno, tambah ahli parlimen Kubang Kerian, setelah Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada BN bulan lepas. 

“Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk India, UPKO pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini. 

“Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan,” tambahnya.

“Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.

“Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu. 

“Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi.”

Desakan berterusan menyebabkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dilaporkan bersedia menggantikan unsur-unsur dasar itu secara berperingkat-peringkat.

“Adalah tidak munasabah dasar pemilikan ekuiti ini dihapuskan secara terburu-buru tanpa mengambil kira kesan menyeluruh tindakan itu terhadap kedudukan ekonomi bumiputera” gesa Abim. 

“Dasar sepenting ini tidak wajar diubah semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik sesetengah pihak,” tambahnya. 

Oleh itu, kata Yusri lagi, kerajaan digesa melakukan kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum mengubah teras DEB.

Sementara itu, dilaman Malaysia Today, Raja Petra menggesa agar diadakan Kontrak Sosial Baru memandangkan kontrak sosial yang sedia ada berbaur perkauman tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

It is time that the “Social Contract” be reviewed. A new “Social Contract” must be drawn up that looks into the SOCIAL structure and not RACIAL structure that the present “Social Contract” addresses. Only then can it be called a “Social Contract”. If not, then let us call it what it really is, a “Racial Contract”.

RPK mempertikaikan kontrak sosial sedia ada dengan memberi contoh kaum India dan China yang dilahirkan diMalaysia selepas merdeka yang mereka itu sendiri tidak pernah menjejakkan kaki kenegara asal mereka. Adakah mereka masih dianggap pendatang dan mesti mematuhi perjanjian mulut moyang mereka dan sampai bilakah situasi ini harus diteruskan. RPK juga mempertikaikan kenapa immigran Indonesia yang baru boleh diiktirafkan sebagai Bumiputra sedangkan orang China dan India yang telah datang keTanah Melayu sejak 1400 tahun dahulu masih dianaktirikan?

Seterusnya beliau mempertikaikan pertindihan artikel 153 (hak istimewa orang melayu) dan artikel 8 (tidak membenarkan diadakan quota kaum) yang tegasnya ramai rakyat Malaysia tidak faham.

Memang isu ini akan mengundang perbalahan kaum jika dibahas secara terbuka. Namun jika diamati secara halus dan ilmiah, mungkin kita rakyat Malaysia tidak suka jika orang luar memandang kita seperti KKK (Ku Klux Klan) atau Skinhead yang mementingkan warna kulit seperti diUSA, atau orang Israel yang mementingkan asal usul ibu mereka sebagai kaum Yahudi, atau diAfrika Selatan yang pernah mengadakan Dasar Apartheid, atau diBosnia tentang isu ethnic cleansing, atau  di Timur Tengah tentang konflik golongan Syiah dan Sunnah, atau diSelatan India tentang militan Tamil dsb.

Terserah kepada anda semua untuk berfikir secara logik berlandaskan pegangan masing-masing.

Apa yang dipaparkan disini sekadar pendapat buat renungan bersama tanpa niat menghina atau mencabar sesiapa.  Nabi Muhammad saw tidak pernah mengiktiraf kaum Quraish sebagai kaum terbaik atau kaum yang mesti diberi keutamaan, apatah lagi bangsa Melayu (tidak pernah disebut dalam hadis dan al-quran). Apa yang Baginda pesankan adalah agar semua umatnya menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dan panduan hidup. Dalam Islam semua orang adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit atau bangsa. Fikir-fikirkanlah. Assalamualaikum.

Comments»

1. sinewy - October 30, 2008

I believe all religions profess to practice the universal values of equality, fairness, honesty, integrity, kindness, charity, human liberty and dignity. They condemn cruelty, discrimination, lies, cheating, hatred and violence.
In our beloved country, why is the asking of equality and fairness among all citizens can be consider as an attack on the dignity of certain community? Why is the issue of treating every citizen the same can be consider a challenge to the supremacy of certain community? Is it more dignifying to condone affirmative discrimination against other fellow citizens? Is it an act of challenge to someone’s race and religion by calling all citizens malaysians?
I do believe that a responsible country will be compassionate to take care and uplift the economic status of the low income group in the rural area and the agricultural sector so that they can come to their own survival one day. Only the distorted minds of those supremacist and apartheist would want to suppress and marginalise others for their own greed and selfishness. Their intention is not on the welfare of the poor and lagging group, but to perpetuate their own power and gain from the advantage created.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: