jump to navigation

Kerajaan Langit Ayah Pin ‘hidup’ semulakah? – Malaysiakini October 29, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , ,
trackback

 

PERKAMPUNGAN ‘Kerajaan Langit’ di Besut, Terengganu masih berpenghuni walaupun lengang.

 



BESUT – Perkampungan ‘Kerajaan Langit’ tempat tinggal ketua ajaran sesat, Ayah Pin atau namanya Ariffin Mohamad yang sunyi selepas kehilangannya empat tahun lalu tiba-tiba ‘hidup’ semula.

 

Ini kerana, menurut penduduk sekitar, sejak kebelakangan ini, terutamanya ketika cuti umum, banyak kereta mewah masuk ke kawasan perkampungan itu.

Bagaimanapun, menurut penduduk sekitar, sejak Ayah Pin hilang dari kampung tersebut selepas diserang kumpulan bertopeng pada 19 Julai 2005, kelibat ketua ajaran sesat itu tidak pernah dilihat di situ.

Namun, ada penduduk di situ mendakwa, keluarga dan pengikut ajaran berkenaan seolah-olah berahsia kerana mereka tidak membenarkan penduduk berhampiran mendekati kawasan berpagar seluas kira-kira 1.2 hektar itu jika ada sebarang majlis dilakukan di kawasan tersebut.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku di kawasan itu dan kalau ada kematian di kalangan mereka sekalipun, kami tidak dibenarkan untuk sama-sama menguruskan jenazah,” kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali ketika ditemui Kosmo!, semalam.

Akhbar ini ada melaporkan mengenai kemunculan kelibat seorang lelaki ala Ayah Pin yang dilihat memasuki sebuah premis karaoke di ibu negara baru-baru ini.

Menurut penduduk kampung itu lagi, biarpun hidup sekampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, namun kumpulan tersebut tidak bergaul dengan penduduk kampung yang lain.

“Pintu pagar ke kawasan ‘Kerajaan Langit’ itu juga sentiasa tertutup yang menandakan mereka tidak mengalu-alukan kehadiran orang luar selain pengikut mereka sahaja,” kata seorang penduduk lain pula.

Comments»

1. BOSCO - November 3, 2008

Salam… awat yang KERAjaan trengganu dok buat bodo lagi…
takkan nak tunggu ALLAH turunkan bala musibah… nnt abih tempias sluruh trengganu kena skali.

MB trengganu dok nganga dok pulun $$$ minyak kot…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: