jump to navigation

TG Nik Aziz masih berehat di HUSM October 23, 2008

Posted by nikmj in General, harakahdaily, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

Rakyat Kelantan tidak perlu risau biar pun Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Beliau dimasukkan ke wad HUSM petang Ahad lalu selepas dinasihatkan doktor setelah mengadu penat dan sakit di bahagian lutut.

Anak kelimanya, Nik Omar, 43, ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam berkata, Menteri Besar dijangka dibenarkan pulang dalam masa sehari dua lagi.

“Ayah sihat tidak ada sebarang masalah. Beliau masuk wad baru-baru ini pun kerana penat dan mengadu sakit lutut. Disebabkan masalah itu doktor meminta supaya ayah berehat.

“Ayah juga sempat menziarahi Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Mohd Jamil yang dirawat di hospital yang sama akibat masalah pendarahan,” ujarnya.


Sementara itu , KETUA ANGKATAN MUDA KeADILan 
Shamsul Iskandar Mohd Akin, menziarah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,21 Oktober lalu.

Dalam ziarah tersebut, Nik Abdul Aziz sempat berceritakan mengenai pengalaman politik beliau melakukan perundingan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin tertinggi DAP Ronnie Liu semasa parti DAP mengambil keputusan untuk keluar dari Barisan Alternatif beberapa tahun lalu.

Shamsul yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairuz Khairuddin dan rakan-rakan pimpinan AMK Malaysia serta Negeri Kelantan meluangkan masa selama 15 minit di samping Nik Abdul Aziz yang sedang dirawat di bahagian lutut yang sedang sakit.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: