jump to navigation

Wartawan Malaysiakini letak jawatan – Isu Manifesto Najib October 22, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, utusan malaysia.
Tags: , , ,
trackback

Seorang wartawan portal berita Internet, Malaysiakini yang menulis laporan palsu berhubung manifesto Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan hari ini.

Wong Choon Mei yang bertugas di Malaysiakini sejak tiga bulan lalu mengambil keputusan itu bagi memikul tanggungjawab terhadap kesilapan laporan berita tersebut.

“Ia salah saya dan saya bersedia bertanggungjawab terhadapnya serta meletak jawatan,” kata wartawan itu seperti yang dilaporkan dalam laman web Malaysiakini.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilaporkan menerima peletakan jawatan Choon Mei yang berkuat kuasa serta-merta.

Choon Mei mengakui beliau tidak mengesahkan kandungan manifesto berkenaan dengan pejabat Najib setelah menerimanya melalui e-mel pada Ahad lalu.

Semalam, pejabat Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menafikan laporan manifesto menyokong penawaran beliau bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan olehMalaysiakini.

Kenyataan itu menyatakan bahawa laporan Malaysiakini tersebut “dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan.”

Katanya, keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah ‘Kumpulan Sokongan Najib’ mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib.

Menurut kenyataan pejabat Najib, adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi membersihkan nama dan reputasi Timbalan Perdana Menteri yang telah tercemar.

Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga diri dalam cara yang beretika dan profesional.

“Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Comments»

1. Najib puashati permohonan maaf Malaysiakini « The Blog Of My Life - October 22, 2008

[…] Beliau juga memuji wartawan Wong Choon Mei – yang menulis laporan tersebut – kerana menunjukkan ‘nilai-nilai profesional yang tinggi’ kerana bersedia bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Beliau meletak jawatan semalam. […]

2. nikmj - October 22, 2008

Listed on Malaysiakini blog post at http://malaysiakini.com/inblogs.php?p=1&l=en


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: