jump to navigation

Chegubard, SAMM, dan DM PAS buat laporan polis terhadap Najib October 22, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 03Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis “Najib penuh skandal! Ketika menjadi menteri pertahanan.”

Foto-foto Najib, isterinya Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam turut dipaparkan di kain rentang tersebut.

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 04Semalam, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa “lebih mahal” berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Bersandarkan surat syarikat Mentari Services Sdn Bhd kepada Najib awal bulan ini, yang telah diterbitkan di Internet termasuk Malaysiakini, SAMM mendesak polis menyiasat secara menyeluruh pembelian pesawat ini yang dibuka tendernya ketika timbalan perdana menteri masih lagi menjawat menteri pertahanan.

Najib kini menteri kewangan.

Mereka juga mendesak polis membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia yang didakwa berkaitan Najib.

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 05“Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya,” kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, dokumen lain yang dilampirkan termasuk transkrip khidmat pesanan ringkas (SMS) antara timbalan perdana menteri dengan peguam kanan Datuk Shafee Abdullah berhubung perbicaraan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, seorang kenalan Najib.

Selain menafikan beberapa kali pembabitan dengan Altantuya, Najib juga menolak dakwaan wujud salah guna kuasa seperti teks mesej SMS yang disebarkan itu.

Dalam suratnya 7 Oktober lalu, pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan Kementerian Pertahanan mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter “agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.”

Kementerian bagaimanapun menafikan perolehan helikopter itu melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan. 

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Kelmarin, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Badrul Hisham menambah, SAMM juga bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara tersebut.

“Kita akan membuat laporan (kepada BPR) secepat yang mungkin, sama ada hari ini atau selewat-lewatnya esok,” katanya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: