jump to navigation

Chedet – Saya bebas kritik UMNO October 22, 2008

Posted by nikmj in mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

 

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bebas untuk memberikan pandangan tentang Umno termasuk mengkritik pucuk kepimpinan walaupun masih bukan merupakan ahli parti.

 

Dalam kenyataan balas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga hari lalu, Dr. Mahathir berkata, “saya terkejut apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli Umno saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.”

 

“Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan Umno dalam tahun 1970.

 

“Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli Umno (saya telah disingkir oleh Umno pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja,” kata beliau dalam blognya.

 

Dr. Mahathir juga menjelaskan tentang halangan yang beliau hadapi untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno sejak kebelakangan ini.

 

“Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli Umno setelah letak jawatan sebagai Presiden Umno saya juga tidak dibenar berjumpa ahli Umno dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi.

 

“Ahli Umno juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam kerajaan dan parti.

 

“Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab Umno Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat Umno,” katanya.

 

Dr. Mahathir keluar Umno Mei lalu dan telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini.

 

Kata Dr. Mahathir, adalah jelas sama ada ahli Umno atau tidak beliau tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan Umno atau berkenaan apa-apa perkara lain.

 

Sehubungan itu, kata bekas Presiden Umno, buat kali pertama beliau bersetuju dengan “orang Pak Lah” bahawa beliau berhak membidasnya.

 

“Buat kali pertama saya bersetuju dengan “orang Pak Lah” bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai “elegant silence” Tun Musa. Tetapi sama da saya bidas balik adalah hak saya juga.

 

“Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya,” katanya.

 

Pada Sabtu lalu, Abdullah membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil mendakwa bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan.”

 

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” kata beliau di Kota Kinabalu.

 

Perdana Menteri berkata, Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

 

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

 

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian.

 

“Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

 

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri,” kata beliau yang jarang ‘menyerang balas’ Dr. Mahathir yang sering mengkritik gaya kepimpinan Abdullah sejak tiga tahun lalu.

Comments»

1. atok chu - October 23, 2008

memang benar kata Tun, beliau berhak untuk memberi pandangan komen serta apa-apa cadangan untuk kebaikan UMNO.
Masakan tidak selama Tun bergiat di dalam UMNO, boleh katakan selama 22 tahun, UMNO utuh dan teguh dan Malaysia dikenali di luar negara. Beliau tegas, peramah dan berpendirian. Sepatah kata-kata Tun, berpatah-patah dan mendalam maknanya.
Jadi bila beliau memeberi pandangan dan komen dari seorang yang berpengalaman dan pernah mentadbir negara selama 22 tahun, Pak lah boleh menolak atau tidak menidakkan bahkan disuruh berdiam apabila ditegur. Fikirkan lah sendiri, sapa dulu makan garam?dan apa yang terjadi masa kini di Malaysia?awab..

2. daud - October 28, 2008

Tun dilahirkan sebagai pemimpin, jarang orang seperti ini. buktinya beliau berkelulusan Doktor perubatan tetapi hebat dalam kepimpinan, bukti sangat jelas tentang keberkesanan tun dalam pemerintahannya, samaada dalam soal ekonomi, kestabilan politik, mahupun agama.Kritikan tun amat jelas, fakta dan benar. kemana saja saya pergi terutamanya apabila saya bersembang dengan orang berkelulusan PHD (Ahli Akademik) kebanyakan mereka memuji Tun

3. manpower - January 6, 2009

Syabas Tun,

Sepanjang Tun mentadbir negara kita yang tercinta ini saya aman mengkagumi gaya kepimpinan Tun. Tun mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dengan cara yang amat baik. Saya kira sekiranya Tun masih lagi mentadbir negara ini hingga sekarang ini, saya yakin keperitan yang dirasai sekarang ini tak mungkin akan dialami oleh rakyat negara ini.

Sekarang ini, walaupun harga minyak telah diturunkan (satu langkah yang perlu dipuji) tetapi harga barang keperlu harian masih lagi tidfak berubah, harga komoditi utama kita seperti getah dan minyak sawit semakin meruncing, ini sedikit sebanyak menghimpit kehidupan rakyat terutamanya diluar bandar yang bergantung hidup kepada komoditi itu.

Setakai ini saya lihat langkah yang diambik oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan harian tidak menampakkan kesan. Sedangkan saya yakin, di dalam kalangan kerajaan bukan tak ada pakar-pakar ekonomi yang boleh memberikan nasihat kepada kerajaan berhubung langkah-langkah mengatasi kemelut ini tetapi tak tahulah……………………… Soalnya mengapa kepimpinan kita yang ada sekarang ini tidak mahu belajar dengan pemimpin yang telah berjaya mengeluarkan negara ini daripada kemelut ekonomi seperti Tun yang masih hidup lagi, apa malu ke nak dapatkan nasihat dari Tun…..?

4. Sisingamangaraja Gorgor - January 9, 2009

Salam Horas!!!…~

Reply kepada manpower “Soalnya mengapa kepimpinan kita yang ada sekarang ini tidak mahu belajar dengan pemimpin yang telah berjaya mengeluarkan negara ini daripada kemelut ekonomi seperti Tun yang masih hidup lagi, apa malu ke nak dapatkan nasihat dari Tun…..?”

Jika anda mengkaji punca kepada masalah politik UMNO sekarang, mungkin anda akan nampak masalahnya adalah berpunca dari kepimpinan baru selepas TDM, dimana kepimpinan baru UMNO yang diketuai badawi yang lurus bendul telah dimanipulasi oleh segelintir pihak2 pro-barat & pro-singapore…~

Dan disebabkan oleh itu kebanyakan penasihat pakar2 ekonomi kerajaan juga yang diambil berkhidmat rata2nya mempunyai ideologi yang sedemikian. Hasilnya anda dapat lihat seperti ECM Libra, penjualan saham Proton ke Government Investment Corporation of singapore, penjualan saham Telekom Malaysia ke Temasek Holdings, pembatalan Jambatan Indah/Bengkok, perbincangan USFTA dan lain2…~

Tambahan lagi dengan sifat badawi yang pedendam. Sedangkan beliau menganggap TDM sebagai “kuku besi” (walhal niat sebenar Tun itu paling penting adalah mahu membina Negara ke tahap yang lebih cemerlang dan juga demi kesejahteraan & keselamatan rakyat) mana mungkin beliau mahu belajar dari bekas pemimpin itu…~

5. masminkadad. - January 10, 2009

Biasalah dlm parti UMNO, Tun Mahadirpun tak dihormati. Dlmn parti setiap orang ada silat pulut masing2. X atau jarang dlm parti PAS baling kerusi, bertumbuk,bahkan bunuh berebut jawatan Parti, Ah! dlm UMNO itu sgt, biasa….orang baik2 tdk tergamak menjadi ahli parti yg demikian melainkan orang itu gila- harta,pangkat,kontrak, kuasa, dn segala mcm. Saya hanya terpikat pd PAS. Wallahu alam…

6. rokiahrock - April 5, 2009

Salam Tun

Tun memang bebas!
Malah dia amat bebas- Tun boleh hentam! balas dendam! menerkam! atau menikam! cuma jgan pitam atau padam!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: