jump to navigation

Sultan Kelantan murka dengan KERAjaan pusat, banyak projek belum dilaksanakan October 21, 2008

Posted by nikmj in General, harakahdaily, National.
Tags: , , , ,
trackback

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan.

Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.sultan ismail

Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.

“Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya,” titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Baginda juga memeriksaan perbarisan anggota pasukan Gerak Am dari Batalion ke-8, Pengkalan Chepa.

Titah baginda projek-projek lain yang dalam pelaksanaan seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli juga perlu diambil perhatian.

“Oleh yang demikian beta menyeru agensi yang terlibat memantau pelaksanaan projek yang dirancang supaya berjalan mengikut jadual.

“Beta juga mendapat maklum Kelantan adalah di antara negeri yang disenaraikan dengan projek hub halal dalam RMK-9 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta, bagaimanapun ia juga belum dilaksanakan,” titah baginda.

Sehubungan itu baginda menyarankan kerajaan negeri memberi penekanan ke atas pelaksanaan hub halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal di negeri ini.

Baginda turut menyarankan kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu � Kuala Krai dan pelebaran jalan Gua Musang � Kuala Lipis.

Menurutnya pembangunan tersebut begitu penting bagi memastikan segala program yang dirancang di bawah Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Tumur (ECER) berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Tambahnya dalam pelan induk ECER, kerajaan pusat telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 53 projek utama di Kelantan.

Bagaimanapun baginda mempertikaikan mengapa pelabuhan tidak disenaraikan sebagai salah satu projek infrustruktur di bawah ECER walaupun kerajaan negeri telah meluluskan tiga projek pelabuhan.

“Beta berharap kerajaan pusat boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi Kelantan pada masa akan datang,” titah baginda.

Diatas adalah laporan dari Harakahdaily. Lain pula apa yang dilaporkan oleh BERITA HARIAN tentang berita yang sama. BH dengan sengaja telah memutar belitkan titah sultan dengan menyiarkan berita seperti dibawah.

Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan. 

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu. 

“Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

“Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu,” titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. 

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan. 

“Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif,” titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan. 

Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003. 

“Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas. 

“Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat,” tegas baginda.

Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan. 

“Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya,” titah baginda. 

Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan. 

Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra

“Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan. 

“Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal,” titahnya. 

Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan. 

“Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. 

“Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar. 

“Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini,” titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D’Raja Kelantan. 

Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

Yang pasti, jika diamati kedua-dua berita, terdapat pertindihan maklumat yang ditekankan oleh dua pihak yang berbeza fahaman politik. Justeru itu, ia amat tidak beretika sebagai seorang penulis atau pemberita menyiarkan berita sebegini. Sebetulnya, teks yang sebenar mesti diberi sebagai bukti maksud sebenar titah baginda. 

Siapa yang baginda murka sebenarnya? Negeri atau pusat atau kedua-dua?

Comments»

1. Ekoran siar berita palsu, Berita Harian dilarang membuat liputan sidang DUN Kelantan « The Blog Of My Life - October 22, 2008

[…] hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan. “Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar […]

2. Remali Yusoff - October 23, 2008

Pada pandangan saya (pendapat saya).

1) Kita orang Kelantan, tak kisahla sama ada ianya Melayu, China, Siam dan lain-lain nya perlu bersatu dan berkerja KUAT secara HABIS-HABISAN untuk memajukan Kelantan – itu saja caranya, seperti mana masyarakat China datang ke Malaysia dan akhirnya menguasai KUASA EKONOMI (ECONOMIC POWER) di Malaysia.

2) Orang Kelantan perlu berkerja TERLALU KUAT tak kiralah sama ada di Kula Lumpur atau di SEMUA NEGERI dan kembalikan WANG untuk PELABURAN KR KELANTAN. Iaitu berdasarkan kepada EKONOMI LUAR ( REMITTANCE) ke Kelantan.

3) Orang Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan perlu bangunkan beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan Kelantan, seperti Tabung Perumahan, Tabung Perindustrian, Perkilangan, Pendidikan dan sebagainya.

4) Cara terakhir pohon keluar daripada PERSEKUTUAN MALAYSIA – seperti mana Singapura dan Brunei keluar dan tidak joint Persekutuan Malaysia akhirnya Singapura menjadi negara maju dan Brunei sebuah negeri yang kaya. Kerana dibawah kerajaan persekutuan 80 peratus hasil Kelantan di bawa ke negeri lain, seperti GAS Kelantan ke GURUN Kedah (waktu era Mahathir).

Itu lah di antara cara terbaik PEMBANGUNAN KELANTAN.

“Semuga Berjaya”

Remali Yusoff

3. yasir - January 10, 2009

berpisah dengan malaysia adalah bukan cara yang baik untuk bgunkan kelantan.itu namanya makin lemahkan persatuan ummat.kelantah sudah maju,otak kelantan jauh lebih maju.kita jgan tgok kepada bgunan sahaja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: