jump to navigation

Isu Manifesto Najib October 21, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Berikut adalah berita yang disiarkan oleh Tranungkite.net mengenai Manifesto Najib

 

     

:: Maklumat Peribadi ::
Nama : Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
 
Status Perkahwinan : Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan) 
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak
Pendidikan : 1974 – B.A. (Hons) Industrial Economic – Nottingham University, United Kingdom
Portfolio : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Alamat Pejabat : Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
No Telefon : 603-88881950
No Faks : 603-88880035

 

 

 

     

:: Kerjaya ::  
  2004 Timbalan Perdana Menteri
  2008 Menteri Kewangan
  1999 – 2008 Menteri Pertahanan
  1995 – 1999 Menteri Pendidikan
  1990 – 1995 Menteri Pertahanan
  1987 – 1990 Menteri Belia dan Sukan
  1986 – 1987 Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
  1982 – 1986 Menteri Besar Pahang
  1982 – 1986 Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
  1982 – 1986 Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
  1981 – 1982 Timbalan Menteri Kewangan
  1980 – 1981 Timbalan Menteri Pendidikan
  1978 – 1980 Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
  1974 – 1976 Eksekutif Petronas
     
:: Politik ::  
  Sept. 2004 Timbalan Presiden
  1993 – Sept. 2004 Naib Presiden
  1997 Pengerusi Biro Pendidikan
  1988 – 1993 Ketua Pemuda
  April 1987 Memangku Ketua Pemuda
  1986 Pengerusi BN Negeri Pahang
  1986 – 1987 Timbalan Ketua Pemuda
  1983 – 1988 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
  1982 – 1983 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
  1982 – kini Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang
  1980 – 1982 Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang
  1978 – 1986 Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat
  1976 – 1980 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang
     
:: Sosial ::  
  1980 – kini Ahli Kehormat FreeMason Malaysia
  1995 Presiden SEAMEC
  1988 – 1996 Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan
  1982 – 1986 Pengerusi Pahang Foundation
  1977 – 1979 Pengerusi Majuternak
  1977 – 1979 Persatuan Belia Malaysia
    Ahli Royal Sentul Golf Club
    Ahli Royal Selangor Golf Club
    Ahli Raintree Club
    Ahli Royal Pahang Golf Club
    Ahli Subang Golf Club
    Ahli Saujana Resort (M) Bhd
    Ahli Royal Darul Makmur Golf Club
    Ahli Lake Club Club
    Ahli Air Force Recreational Club

 

 
 

Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato’ Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

 

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS  saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

 

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!

 

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.

 

TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia. 

Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara. 

Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat “Glokal” akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

Kepada Tuhan saya berserah!

Walaupun manifesto ini nampak macam real, namun, ia telah dinafikan oleh DSNTAR dilaman, www.1malaysia.com.my

Comments»

1. xmizanx - October 21, 2008

segalanya sudah jelas diperkatakan,, tapi adakah rakyat hanya mampu melihat atau membenarkan segalanya berlaku ke atas diri mereka,, tapi sayangnya mengapa jadi seperti itu??

2. Wartawan Malaysiakini letak jawatan - Isu Manifesto Najib « The Blog Of My Life - October 22, 2008

[…] Seorang wartawan portal berita Internet, Malaysiakini yang menulis laporan palsu berhubung manifesto Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan hari […]

3. Najib puashati permohonan maaf Malaysiakini « The Blog Of My Life - October 22, 2008

[…] Tun Razak berkata beliau berpuashati dengan pemohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan mengenai manifesto yang tersalah dikaitkan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: