jump to navigation

Isu kahwin Mawi dan Ikin : Sidang Media khas petang ini October 21, 2008

Posted by nikmj in General, mstar, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

PETALING JAYA: Penyanyi popular Mawi akan menamatkan segala teka-teki tentang majlis perkahwinannya bersama kekasih hati, Nora’AshikinRahmat atau lebih dikenali dengan panggilan Ekin, pada sidang media khas di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, sekitar pukul 2 petang ini.

Sejak pasangan tersebut mendedahkan hubungan cinta mereka pada Mac lalu, pelbagai pihak mula membuat andaian sendiri tentang tarikh perkahwinan mereka yang dikatakan bakal menjadi ‘Wedding of the Year’ seperti mana perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk SeriKhalid Muhamad Jiwa dua tahun yang lalu.

Di kalangan pihak media juga, soalan tentang tarikh perkahwinan tidak lekang diajukan kepada pasangan ini tatkala berpeluang bertemu mereka di mana-mana majlis meskipun Mawi dan Ekin lebih senang mengunci mulut tentang perkara tersebut.

Pelbagai tarikh telah menjadi tekaan banyak pihak dan salah satu daripadanya, pasangan ini difahamkan akan dinikahkan pada 20 Disember di Johor dan akan melangsungkan majlis persandingan pada sebelah malamnya di Stadium Bandaraya Johor Bahru manakala di sebelah pihak Mawi pula, sebuah resepsi akan diadakan pada 27 Disember.

Sebuah majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan pada 11 Januari depan yang dikhabarkan mungkin akan berlangsung di Palace of Golden Horses dengan konsep ‘glam wedding’.

Seperti mana perkahwinan gilang-gemilang Siti Nurhaliza yang turut disiarkan secara langsung di TV3, kali ini majlis hebat Mawi dan Ekin juga akan turut disaksikan oleh jutaan penonton menerusi saluran Astroyang khabarnya sudah sah mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan pasangan selebriti ini.

Apapun, semuanya bakal terjawab petang ini apabila Mawi nampaknya mengotakan janji untuk mengumpul semua media bagi mengumumkan tentang hari bersejarahnya itu.

Sidang media itu juga bakal disiarkan secara langsung di Astro Awani.

Untuk selanjutnya, sila klik pautan ini…

 

Comments»

1. esha - October 21, 2008

Alhamdulillah … saya mendoakan kebahagiaan Mawi hingga keakir hayat ….. Selamat Pengantin Baru Mawi ….

2. ASHA - October 22, 2008

selamat pengantin baru mawi dan ekin semoga kekal ke akhir hayat

3. qwerty - November 28, 2008

ahhh….gi kursus kawin cam apa je…nape meja & kerusi dorang BERBEZA benar dari peserta lain…nape sijil dorang dah siap framed x macam peserta lainnn…apa lebihnya dorang tu……ke mawi ada r.a.s.u.a.h sape2 kat majlis agama….? who knows…?????

4. cik siti - December 16, 2008

Betulke apa yg di katakan oleh qwerty? Psl meja berbeza sy percaya sbb sy ada melihatnya sendiri, tapi psl sijil sy belum perasan lagi setakat ini….kalau betulla….Jabatan agama yang menganugerahkan sijil tu sepatutnya tidak patut berbuat demikian, mengagungkan nya hanya kerana Mawi artis popular… Pendapat sy berkursus nikah kawin ni bukan perkara main2, dicampuraduk dengan kepopularan seseorang menjadikannya ‘dicemari’ oleh pelaksana itu sendiri. Sewajarnya hanya dibuat seperti biasa sahaja, supaya si penerima sijil tidak terus merasa bangga dan ‘hilang’ bersama arus dunianya.

5. mohamad - December 20, 2008

semoga mawi dan ikin kekal ke anak cucu……sy akan sentiasa doakan dan menyokog karier korang berdua…AMIN!!!!!!

6. sue - January 9, 2009

bila saya dengar pasal perkahwinan dia, yang wartawan dari TV3 dan lain-lain kena halau naik meluat pulak saya tengok. Raja Nazrin shah dulu kawin pun semua waratwan dia jemput, apasal dia mengalahkan anak Raja pulak. Takpayah la nak mengada-ngada kita ni sama aje, ingat sikit dia tu dulu pun orang kampung juga, asal felda gak, takyahla nak berlagak sangat, buat org meluat aje

7. sayang n cayang - February 26, 2009

selamat pengantin baru to mawi n ikin.
smoge kekal ke akhir hayat.

8. Ann - February 28, 2009

aku tk suka cara depa ber2 ni. bandingkan gaya depa ni dengan masa siti norhaliza jadi pengantin, masa deja moss jadi pengantin, masa ning baizura jadi pengantin….semua yang lain ni….sopan….malu-malu dan tenang. depa berdua ni plak…..

9. no komen - March 8, 2009

no komeN……………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: