jump to navigation

TG Nik Aziz sedang dirawat di HUSM October 20, 2008

Posted by nikmj in General, National, news.
Tags: , , ,
trackback

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini. 

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata Nik Aziz dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi. 

“Doktor menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan. 

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lalu. 

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am Pas, pernah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi. – Bernama

 

Comments»

1. xmizanx - October 20, 2008

mari kita doakan atas keselamatan beliau… amin

2. jemput-jemput - October 23, 2008

smoga tuan guru kmbali sihat dan ksihatan beliau btambah2 baik hndaknya…amiinnnn


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: